Sunday, 20 December 2015

Apresiasi


Bila tengok budak-budak kat mall,semuanya kita boleh judge,biasalah typical Malaysian ni memang tak boleh lari daripada minda menghukum seseorang daripada luaran.So jenis orang orang yang kita lihat,

Budak Dating
Budak baya aku dating starbuck,Keyepci,Mak Donald dan yang membuat aku sangat tercabar,budak darjah 6 dating sweet sweet,pakaian perempuannya per hijabster betul,memang hipster.Aku rasa insta dia beribu follower kalau tengok gaya,boifren dia pun macam fashionista.Perh,Kasut converse dia,beratus tu,Aku rasa masa aku darjah 6 tak merasa benda tu.Aku ingat lagi masa darjah 6 aku beli kasut kat Yebeng jer,pakai apa yang ada.Tau tak Yebeng?Ok aku tunjuk kat korang kasut aku makai masa childhood dulu.Harga dia tak sampai la 50.Tapi tahan gak la aku pakai cuma tak da nama la.Aku rasa kalau aku jadi artis aku nak promote kadai ni lah...AHAHAHAHAHA.
Image result for kedai kasut Yebeng

Budak Buang Duit
Aku tak tau la mungkin sebab aku budak kampungan ka,tapi aku rasa bayar duit tengok wayang aalah satu pembaziran yang teramat.Aku tengok wayang kalau sedara belanja jak.Tahun 2015 ni sekali jer aku tengok wayang.Citer Antman.Tulah,aku rasa sebab aku dah biasa download citer kat tenet secara haram,tengok secara haram,aku dah mula cinta kepada kemaksiatan dan cintakan tengok movie secara haram.Ahahahaha

Apalagi aktiviti depa?Masuk arcade main game tu.Alahai,aku tak berminat betui nak keluarkan duit nak beli token main menda menda ni,Hang boleh bash aku bakhil sekarang.

Budak budak hisap vape.fuhhhh siap citer flavour ni RM 40 sebotoi.Pastu depa hulur kat aku try,aku ni bukan lah seperti hebatnya Abu Bakar As Sidiq,Tidak setegas pendirian Umar Al Khatab.Dan Ustaz Kazim pun ada cakap kalau nak dakwah ngan orang ni kitak ena dekati dia and pahami dia.So aku pun amik fuhhh sekali,tak dak la best mana.Rasa sejuk kat tekak and rasa buah dia tak dak la rasa mana,rasa kat tekak,and bau dia wangi jer.Pastu member aku cakap,try la beli satu....aku pun jawab
"Aku tak dak duit...sayang la duit aku nak berabih beli menda ni,tapi kalau aku nak jugak aku nanti bakaq sampah pastu aku sedut asap dia,hang tau tak tu flavour apa? "Pencemaran Alam"

Budak Clubbing
Ni member aku tak dak,tapi aku nampak kat KL malam malam balik kerja selalu nampak melayu pompuan pakai seksi habih,Pastu nampak macam mabuk pun ada.

Persoalannya
Aku sangat hairan,Kategori yang aku lampirkan kat atas,aku bukan budak dikategori kat atas,dan aku bukan jugak geng geng ustaz lepak surau,aku mungkin akan jadi geng surau kalau anak tok imam tok bilal yang balik dari belajaq kelihatan.Aku bukan geng usrah apa semua.Aku ni orang biasa.Atas pagar.Tak baik,tak buruk.

Aku ni tak dak la clubbing,tak dak la hisap vape merempit semua.Aku cuma malas jer,result peksa pun tak baguih mana,tapi depa layan aku macam aku buat kesalahan paling besaq dalam hidup,asik bebel jer....marah aku itu ini.Apakah mereka ini golongan yang tidak bersyukur????
Aku rasa,kalau aku jadi golongan kat atas tu baru dorang rasa bersyukur dan apresiasi aku.


Apresiasi
Apresiasi didefinasikan sebagai penghargaan atau penghormatan terhadap jasa dan sumbangan sesorang atau sesuatu pihak.
Entry kali ni saya nak huraikan sikap manusia yang menjadi typical yang kita perlu or cuba ubah.

"Semua orang boleh bersabar menghadapi musibah,tapi tak semua orang boleh bersyukur."
Simple jer.
Macam cerita aku kat atas tu la...

        Kadang- kadang masa benda tu ada kita wat lek jer,but bila benda tu hilang baru la kita terasa.Ini pesanan untuk diri saya gak,Appriciate la orang yang skrang tengah concern kat kita,bila orang tu dah tak concern kat kita baru la rasa kehilangan.
Image result for syukur quote

------------------------------------------------------------------

      Aku mengayuh basikal lagi hari ni,pukul 6:55 pagi,Nak pergi ke sekolah.Aku lepas solat subuh,atas basikal jer aku dah set niat.Aku gi sekolah ni nak belajar kerana Allah so kalau aku kena langgar kereta motor mati pecah kepala aku dapat mati syahid,tapi tak pernah pun kena langgar ker apa ker itu membawa tiga maksud daripada tu.
"Nak masuk syurga bukan sesenang tu"
"Masa yang beri ni untuk kau bertaubat dan sediakan bekal"
"Kau perlu hidup lagi,kau masih ada benda yang perlu kau sumbangkan untuk agama kat duniani.Belum sampai masa untuk kau tinggalkan dunia ni."

     Dah sampai biasa lah aku kunci basikal pergi perhimpunan pagi.Nak pergi ke tempat form 4duk berhimpun tu ada dua laluan.Satu kaki lima (Tempat Pompuan Form3) satu kat pejabat (Tempat pompuan Form5).Aku selalu lalu tempat form 5 sebab aku memang femesh kat pompuan Form5.Ahahahaha
Rutin aku biasalah,mana ada orang minat,tak der saper berkenan.Kalau aku lalu pun memana macam bangla lalu.Tak der siapa kisah,tapi kalau member aku yang pendek tu Fikri semua orang usya dia.Aku jeles la jugak.Kalau lah aku jadi macam dia,ramai peminat.Bestnya.....

      Aku masih dibayangi mimpi ngeri semalam bila crush aku suh aku kirim salam kat besfren aku.Aku tak tahan betul la.Siap ugut aku dia nak deactive FB kalau besfren aku tak layan dia.Aku pikir "kalau dia deactive fb dia caner aku nak contact dia?" so aku ni tak bodoh,Aku main muslihat,
"Naz  tak de internet kalau nak mesej dia kena pakai number dia.Kau bagi aku number kau,nanti aku bagi kat dia." dan malam tu gak dia bagi.Gyahahahahaha dia tertipu and now I got her number.

      Macam macam la gak aku buat kat dia,tapi biasa la kalau dah suka kat seseorang tu memang yang lain tak pandang.So tiap apa usaha yang aku buat 2 tahun gak tak dipandang.Memang tak der rasa dihargai.Apresiasi dari dia tak der lansung.Tu la yang aku rasa 2 tahun.Bukan masa yang singkat nak lalui semua bendani dua tahun.

       Alhamdulillah,aku dah rasa peritnya duk bawah,macam citer kat entry lepas pesanan kepada yang tidak berjaya PT3,Aku dah berjaya ubah hidup aku,sesungguhnya perancangan Allah tak pernah silap.

      Lepas aku masuk Sains Banting,apa yang aku cakap " kan best kalau ramai peminat." aku dapat buat kesimpulan hidup masa kat TPG walaupun tak de orang kisah pasal aku sebenarnya lagi tenang.Series.
----------------------------------------------------------

    

Image result for pak yus dalam kenangan

Sudah hampir 4 minggu pemergiannya.Masih teringat lagi ketika hidupnya,Sepanjang 4 tahun menyertai Maharaja Lawak Mega tidak pernah merasa gelaran Men Of The Match apatah lagi juara Maharaja Lawak.Sepanjang masuk Superspontan tak pernah dapat Top3,sehingga kekecawaannya diluahkan pada Dato AC Mizal.
"Kenapa kami tak pernah menang,mereka tak suka kami ker?Kami dah buat yang terbaik kut.Saya tak pernah menang Man of The Match...Kenapa???Mereka memang tak suka saya ker?"
selepas mendengar cerita Dato AC Mizal,secara sendiri air mata saya bergenang.entah mengapa saya rasa seperti dapat mendalami perasaannya walaupun saya tak pernah kenal dia.Kehilangannya sangat terasa.Tribute Pak Yus telah membuktikan bahwa rakyat Malaysia sangat menyayangi Pak Yus tapi apakan daya,dia sudah tiada,hanya sahabatnya Tauke saja yang dapat melihat,jutaan apresiasi dari rakyat Malaysia kepadanya.

Apa yang saya cuba katakan seperti cerita Arwah Pak Yus ni,semasa hayatnya tidak pernah kita hargainya memberikan gelaran juara kepadanya,kita duk pandang pelawak pelawak hensem dan nobatkan mereka sebagai juara sedangkan they dont deserve it,jujur saya katakan Zizan Razak tu menang banyak sebab muka dia jer hensem.Dan kini,bila dia dah pergi,dia sudah tidak melihat apatah lagi merasa penghargaan dari jutaan rakyat Malaysia,apa yang dia dapat rasakan sekarang hanyalah....
sedekah Al Fatihah anda kepadanya.
Alfatihah........
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
Image result for pak yus dalam kenangan

"Ramai orang yang berjaya pada awalnya mereka tidak dihargai,namun setelah mereka pergi baru jasa mereka akan dikenang dan dihargai,namun pada ketika itu,ia sudah terlambat."

3 comments:

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!