Saturday, 6 February 2016

Alma Mater

Aku ada dapat satu borang dari sekolah,ni mesti unit bimbingan dan kaunseling duk sibuk suruh mak bapak isi.Aku dari form 1 sampai sekarang paling malas nak buat benda ni.Nak bagi mak bapak isi.Kalau mak isi jer tak per,ni duk tanya macam-macam.Stress dibuatnya.Dan bila di belek belek borang tu,aku isi jer la apa yang aku tahu,Tetiba ada satu ruang ni dia tulis Alma mater.Sejurus itu,lingkaran senyuman mula melingkari wajah.....

Alma Mater
Alma mater can be defined as the school,collage or university that one once attend.Maksudnya,aku sekarang kat Basis belum boleh kata Alma Mater lagi,sebab aku masih duk sini meringkup,duk tergolek golek ngan lautan buku-buku latihan SPM.Kalau SMK Telok Panglima Garang boleh la kut kira Alma Mater.

         Nak jadi cerita semalam,Sabtu,datang SMK TPG,member ajak lepak main Basketball.Kita darang kat alma mater kita,memang kita rasa macam alumni la kan....betul tak?Tapi hidup aku ni sadis sikit. Haters bersepah macam bilik dorm aku,dah malas nak kemas.Tak tau dah nak letak mana,so aku biarkan haters tu bersepah,tunggu ada orang kemaskan....

        Masuk-masuk ada budak pompuan cakap "wei,salah sekolah ni...ni bukan BASIS..."
Betapa keciknya hati aku...tapi aku cuba relaks,Sebab kalau hati aku bermasalah,nanti dapat mengemulsikan lipid.Sebab hati ni function dia mencernakan lemak.So tak nak kasi kabut sangat aku cakap la...
"Maaf la wei sebab salah sekolah."

        Mula mula nak jalan gi dewan terus cari member,jumpa kawan lama,Aiman,anak cikgu Saiful.Cikgu Saiful ni duk ajaq aku math masa sekolah rendah.Kelako orangnya.....
Bila jumpa dia kat situ,alhamdulillah,aku rasa seperti ada pemandu pelancong pula ahahaha.Aku pun teman la dia sebab dia tak der taekwando aritu.Datang datang taekwando batal.Bapak sadis hidup...

        So jalan jalan,macam macam dah berubah,Banyak gila.Antara yang aku paling tak puas ati Kooperasi dia.Tahukah engkau,zaman aku dulu,jaga koop panaih tuan puan.Namun walau panaih berapi tetap ku tak kisah,kerana apa???tuan puan,kerana awek awek cun yang datang beli kat koop menjadikan suasana disitu sejuk semula....tapi kalau mak orang yang bersekolah datang macam mana???
"Woi...tolong layan dia jap...aku nak susun air dalam peti ais..."
Kalau awek lawa...
"Wei tu tolong amikkan aku baju rumah biru saiz M... ya awak selamat datang nak beli apa"
Selepas beli dia pun blah...aku pun duk usha dari tingkap koop....dan junior tadi pun datang...
"Nah bajunya...."
aku terkejut dan "ohhh ok gi letak balik...."
Junior tersebut rasa sungguh dipermainkan.....

Tapi tuan puan,itu zaman saya tuan puan,kooperasi rasa macam stor tuan puan....kecik sempit panas,berbagai bagai lagi.Tapi sekarang dah luas...dah renovate....ada aircond...aduhduhduhduh....
Kenapa zaman aku tak merasa semua kenikmatan itu?

     Perubahan yang berlaku memang banyak.Puberty had hitthis school so well.Lain sungguh dengan 2014.Zaman -zaman kitorang dulu hanya tinggal sebutan "Zaman Kegemilangan" jer.Kalau jumpa member,teringat balik,dorang akan sebut 2014 merupakan zaman kegemilangan.Zaman Keemasan,Sweet memories kat situ,ibarat kalau belajar Sejarah or Pendidikan Islam,zaman 2014 tu ibarat Zaman Abbasiyah.

     Aku lalu tepi lorong kaki lima.Yang form4&5 yang kenal aku semua usha.Agak segan juga.Ego punya pasal,tak tegur pun.Buat bodoh jer....banyak sangat muka kat sekolah ni yang aku tak kenal.Aku kenal form 4&5 jer....yang lain....memang dah tak kenal la...muka-muka baru.Ni bukan SMK TPG yang aku hidup masa 2014 dulu....

     Walaupun SMK TPG dah berubah mengikut peredaran zaman,Tapi aku yakin SMK TPG 2014 tu masih ada lagi,masih wujud,yang takkan berubah sampai bila-bila,
Dalam gambar,dan dalam hati aku.....hati kami semua...Alma Mater.....

ikhlas daripada
Khaidir Amir  



1 comment:

  1. sayang kau. Kah kah kah. Tak ada bunyi macam gay kan. Muahahaha. Ya 2014 merupakan zaman Keemasan. Aku setuju 100% . Ada rezeki, berkumpul lah kita lagi seperti dalam gambar tu. Hahaha.

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!