Perkara-Perkara Yang Perlu Anda Redha Jika Ingin Hidup Di Asrama

     Ade beberapa orang telah bertanyakan kepada saya,best tak duduk asrama ni?Best ke duduk SBP ni????Best ke duk sekolah budak budak pandai ni???? dan soalan yang seumpamanya dengannya.Saya sangat berat untuk menjawab semua soalan soalan begini kerana saya risau saya berdosa keranamenipu,dan memberikan cerita yang indah khabar dari rupa.Impaknya,mereka tertipu dengan dakyah dakyah manis dari saya dan mencetuskan masalah kemurungan berpanjangan hidup di asrama.Ahahahahahaha.

    Bagi menjawab persoalan berikut,Saya dengan rasa penuh prihatin menerbitkan entri ini supaya sesiapa yang nak masuk asrama takkira MRSM,SBP or memana membuat persediaan yang rapi,dari segi kewangan.Paling penting....Mental.SAYA ULANG....MENTAL.....

Saya akan menguraikan beberapa faktor dan mengepa persediaan ini perlu dilakukan.

Bersiap sedia menjadi hamba abdi atau bibik sejati
Memasuki asrama terutamanya form 1,form 4 juga tidak terlepas.Contohnya,RMC,KISAS takkan terlepas dari menjadi BIBIK SEJATI.
Hal ini kerana di asrma mengamalkan sistem tamadun Mesir Purba iaitu memerintah mengikut susun lapis masyarakat.Form5 menduduki susun lapis masyarakat yang tertinggi yaitu Raja berkuasa Mutlak.Diikuti Form4 Golongan Bangsawan dan Form3 Rakyat Biasa.Malangnya Form2 menduduki tempat BIBIK SEJATI dan Form1 lebih menyedihkan,Hamba Abdi.
Bersedia untuk melakukan kerja kerja yang di suruh tanpa upah kecuali belas ehsan raja dan bangsawan.Jangan melawan kerana hukuman berat bakal menanti,

Jika Melawan,Bersedia Untuk Di Hukum
Asrama mengamalkan undang undang purba berasaskan Sistem Tamadun Mesopotamia yaitu Kod Undang Undang Hammurabbi.Undang undang berbeza mengikut susun lapis masyarakat.Contohnya jika Form1 mematahkan kaki Form1,maka dia akan dibelasah raja raja atau bangsawan terlebih dahulu sebelum diserahkankepada guru disiplin.Namun jika Form4 mematahkan kaki Form1,hanya urusan dia dan guru disiplin.

Makanan Mu,Makanan Ku Jua
Perkara ini lumrah dan tidak terlepas dalam kalangan Raja raja juga.Pertelingkahan Raja Raja juga berlaku akibat permasalahan ini.Apabila hidup di asrama,jangan bawak makanan sedap sedap,konfem kena pau.Kerana asrama menjalankan sistem Jizyah dan Kharaj kepada junior.Makanan yang dibawa mestilah di beri kepada senior mengikut kadar yang ditetapkan oleh senior.Kekadang 50%,lebih malang lagi,raja yang kejam mengenakan jizyah kepada makanan hamba dan bibik sejati sebanyak 95% dan hanyalah sisa untuk mereka.

Barang Kau Barang Aku
Janganlah bawak barang mahal mahal,baju mahal mahal kasut mahal mahal.Kerana Raja raja akan mengambilnya sebagai ufti......

P/S:Cerita kat atas ni rekaan semata,sekadar hiburan,good luck kepada pelajar yang nak duduk kat asrama.



Support DiariH2O sempena pertandingan Blog Pengguna 2016.Doakan kemenangan kami :)))






Post a Comment

2 Comments

  1. Part hamba bibik sejati tu kurang setuju sikitlah hahahaha... sebab aku ialah seoarang abang yang baik time sekolah dulu :P

    ReplyDelete