Sunday, 29 May 2016

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara (Pengalaman Kantoi Fly Asrama)



     Pagi sabtu di asrama,seperti biasa.Ramai orang tengah sibuk study masa prep pagi,menyediakan diri untuk paper chemistry hari selasa akan datang.Tapi apa yang aku buat kat sini?Dengan cangkul yang berada dalam genggaman,bersama kawan kawan yang ....boleh dikatakan muka muka suci yang tak pernah melanggar peraturan.Kami sedang sibuk mencangkul tanah untuk menanam buluh kerana di denda sebab fly prep malam.Tapi,apa yang berlaku ketika ini sangat seronok.Macam tiada rasa penyesalan.Kisahnya bermula begini....

   "Woi!!!!ko nak study kat kelas ke?jom follow aq...port study baik punya...." kata Ali kepada aku.

"study kat mana?" "Jangan banyak tanya ikut." Aku pu kemas la buku masuk dalam beg,ikut lam ana dia nak bawak.La la dia banak aku ke bilik rehat asrama.Masa ni masa prep,tak leh masuk.Tapi kitorang form 5,niat pun baik bukan main fon ke apa...so masuk jer la.

     Dah duduk atas meja,bukak buku math mode nak mula study.Semua budak yang study kat sini semua muka budak budak geng surau.Ada sorang ni namanya Sheikh.Muka innocent gila.Last last kena tangkap ngan warden..bum tangkap gambar hantar kat guru disiplin,

    "Siapa yang aritu,fly prep,study kat bilik rehat????" jerit Sensei,cikgu disiplin.
Aku ngan geng geng aku pun ngaku.
"Niat kamu tu dah murni dah,tapi ikut la peraturan,lepas prep nak pakai bilik tu pakai la...."
ada je selain kitorang yang kena panggil sebab fly baca Yassin kat surau.....
"Hah....yang korang ni...fly baca yassin apasal...baca yassin kat dorm???tarikat apa korang buat ni?ajaran taslim ke bahai kau ni???" Pada ketika itu,aku sangat tak paham,klau buat benda baik pun macam study kena marah macam ni...apatah lagi kalau buat masalah disiplin....
"Ingat ek...kita tujuan kita hidup adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain." itu pesanan terakhir yang aku masih ingat dari sensei.

   Tak pasal pasal aku bangun pagi,kena turun ngan tak mandi kena pergi tanam buluh sekitar sekolah kena denda.Tapi not bad la...release stress...asik 24 jam hadap buku...series stress...tapi bila dpat main tanah,main cangkul....hilang gak tertekannya.Tapi bila time aku bawak cangkul depan kelas....ade sorang pompuan ni tegur.....alangkah malunya aku yang classmate pompuan semua tau yang kitorang kena denda tanam buluh sebab fly prep......Aku just lepaskan geram dengan korek lobang.






1 comment:

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!