Friday, 3 June 2016

Kawan Perempuan

"Mak!Kalau Amir nak keluar study kat library boleh?"
"Dengan siapa?"
"Dengan kawan lelaki ke perempuan?????"
".............."

Asalamualaikom.Ni pengalaman yang biasa dilalui oleh lelaki.Tapi perempuan pun pernah rasa malah lebih dasyat.Tapi nak citer apa yang lelaki biasa lalui la.Perempuan biar dorang lain citer.Kali ni nak try kupas sebab apa jadi macam ni.Or aku jer yang lalui benda ni???
Siapa yang ada kawan perempuan???

Semalam saya hang out dengan kawan kawan lelaki.Tengok ninja Turtle.Kawan belanja.Hensem orangnya,tinggilak tu.Saya berbangga berkawan dengan dia.(Ok done)
Nak tengok muka orang yang belanja tu???
Photo
Tu yang baju putih tu yang belanja.Kalau ada perempuan berminat.Boleh mesej email saya.Kita slow talk.Lelaki tak boleh .Gay not allowed

Cakap dengan ibu.Nak hang out tengok wayang.
"Dengan siapa?"
"Kawan."
"Kawan mana?"
"Alah sekolah lama dulu..."
"Tanya abah..."

Panjang tak?????
Cuma tengok aku tanya abah.bezakan......

"Abah esok nak tngok wayang kat JJ"
"Hmmmm pergilah..."
"Nak duit sikit...sikit jer RM20 jer..."

Nampak tak bezanya?????Teringat satu situation masa tahun lepas aku studygrup dengan perempuan.Yu know what happen?

"Ibu,Amir nak studygrup...kat rumah kawan.."
"Rumah kawan mana?"
"Alah rumah kawan perempuan dekat Taman Dato Hormat jer"
"PEREMPUAN?????"
"Aah,kenapa?"
"KENAPA PEREMPUAN,TAK ADA KAWAN LELAKI KE?"
"kat sini mana ada lelaki yang pandai nak ajar Amir.Biasanya kawan laki amir.Amir yang ajar dorang."
"Alasan....entah entah mak we..."
"Bukan....kawan."
"Dua orang jer ker?"
"Ramai"
"Ada lelaki lain?"
"Amir sorang jer"
"Amboi seronoknya kau.Kau jangan macam macam..."
"Amir belajar...."
"Ya la tu belajar....Belajar sorang sorang pun boleh..."
"Amir ada yang tak faham...nak tanya dorang..."
"Emmm ye lah"

Pastu pergi cerita kat mak cik sedara aku kat sebelah
" kau nak tau,Amir studygrup ngan perempuan"
"Ye ker?"
"Dia sorang jer laki kat situ..."
"Mak we dia ker?"
"Tak...dia kata kawan kelas lama dia"
"Mak we dia la tu...kau percaya dia???mak we dia tu long..."
"Entah la dia kata tak paham nak suh kawan dia tu ajar."
"Tak de kawan laki ke long???"
"Dia kata kawan laki dia tak leh ajar dia..."
"Alasan tu jer long...choi!!!"

Panjang tak citer?????Cuba tengok kalau aku tanya abaha aku.....

"Abah amir nak gi studygrup..kat rumah kawan amir..pompuan"
"Hah....jangan merayau mana-mana...."

Nampak tak bezanya????????Apa sebab jadi macam ni???????

Perempuan lumrahnya overthinking.....dari mereka umur sekarang samapi lepas kahwin tak lepas daripada sifat overthinking tu.Ni pengalaman aku berkawan dengan perempuan la kan.So lets discuss.

Contoh citer kawan kawan aku yang bercouple

"Wei sakit kepala la wei,menyapah aku..."
"Pahal?"
"GF aku la,marah ngan aku?"
"Period pain ka?"
"Dak...aku tak balas mesej dia berapa hari sebab fon aku bateri rosak.Dia kata aku dah x suka dia.Mesej pompuan lain sibuk sampai tak layan dia."
"Wow...2 hari tak mesej...macam macam dia pikir.Nasib baik aku tak couple macam hang."

Sebab tu aku tak heran.Industri pendidikan masa kini.Di monopoli kaum perempuan.Sungguh aku tak heran.Lagi lagi kerajaan memperkenalkan KBAT.Sesungguhnya ini memberi kebaikan yang lebih besar kepada kaum perempuan yang sifat semula jadinya memang over thinking.

Sifat overthinikng ni lah puncanya wujud aktiviti mengumpat kerana idea idea mereka akan dibincangkan bersama.

"Kenapa Kimi suka pakai baju warna pink dia jambu ker?"
"Aku rasa dia gay,sebab dah frust selalu putus cinta.."
"Kau pun rasa camtu???"
"Blablablabla"

Sebab tu la...mak kita banyak tanya.Bila dengar anak lelaki dia keluar dengan kawan perempuan.Berbulu jer telinga diorang.Hati tak tenang.Rasa gundah gulana.Sebab apa???
Sebab depa semua dok pikir....macam mana la aku nak jumpa mak bapak anak perempuan ni.Kalau anak aku mintak kawen umur 18 ni macam mana????Ni baru anak lelaki.Cuba kalau anak perempuan nak keluar dengan kawan lelaki.Tak tenang mak ayah korang.Tiap jam doa..."Ya Allah lindungilah anak dara aku sorang tu..."Anak perempuan balik  mak mintak tengok gambar kawan laki yang keluar sama tu....Berbulu jer maknya tengok muka budak lelaki tu....."Ni ker muka bakal menantu aku????"

Ok,akhir kata kepada anak anak lelaki.Aku nak nasihatkan korang sikit.Janganlah buat mak korang semua sakit kepala memikirkan pasal korang.Mak kita ni sangat sensitif apabila mendengar perkataan "Kawan Perempuan." Kalau nak hang dengan perempuan cakap dengan kawan jer fullstop.Bukan apa...Cukuplah mak kita dulu susah memikirkan hal kita nakurus makan pakai kita setiap hari...pikir nak masak apa hari ni....pikir basuh baju...dan kau menambah lagi beban dia dengan memikirkan soal kau...
"Ya Allah...caner aku nak jumpa mak ayah dorang ni???"
"Mak bapak dia orang kaya ker???"
"Berapa hantaran dia nak ek???"
"Perempuan tu baik ker tak ?"
"Khemah nak sewa tiga hari berapa???"

P/S Sebab tu Allah suruh jaga Ikhtilat.Alhamdulillah saya seorang lelaki yang tidak berkawan rapat sangat dengan perempuan apatah lagi bercouple kerana sedar akan kekurangan diri.
Sekian terima kasih membaca ;)
Photo
Disebabkan tiada duit.Insan ini hanya mampu mengemis makanan dari kawannya.Oleh sebab tiada pinggan.Maka gunalah tray untuk meletakkan mi.Makan lah mi atas tray.Malunya ada akwan macam ni...

2 comments:

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!