Terawih...Done!!! (Selamat Menyambut Ramadhan)

"Amir!!! pakai la baju melayu ngan kopiah"
"Alah malas lah.kita niat nak pergi masjid biar ikhlas.Nak pakai pakai baju melayu ngan kopiah semua nak tarik perhatian manusia.Munafik.Malam ni baru nak tengok filem Munafik mak,dah jadi munafik."
"Heih...tak malu ke nanti orang tengok.Nanti perempuan apa semua tengok pakai t-shirt jer selekeh.Tak malu ker?"

Aah la...terawikh ada perempuan,lupa pulak...

"Mak amik jubah Amir,kopiah,minyak wangi....kita nak ngadap Tuhan mesti lawo lawo..."



Sedar sedar dah bulan Puasa.Bulan Ramadhan.Ramadhan dah ketuk pintu dah.Kita jemput dia masuk.Takkan kita nak biar dia duk luar betul tak?

Sekarang ni,Bila Ramadhan dah datang masuk rumah,apa reaksi korang?Buat dek?Mian fon macam tak de apa apa?Bayangkan la Ramdhan ni awek lawa or laki hensem gila.Hang buat tak layan ja buat urusan sendiri?Anak Dato tu hang buat eksyen hang jer sombong tak layan tetamu?Hang bengong nak mampuih.

Cuba la,ubah diri kita sikit,bulan mulia ni datang sebulan sekali.Pernah tak korang rasa manisnya bulan Ramadhan ni?Ni aku nak share sikit experience aku ni.

Kemanisan Ramadhan
Dulu masa form 1&2,ada ustazah ni selalu tanya masa bulan puasa.Siapa malam tadi pergi terawih?
Mesti aku sorang je yang tak angkat tangan.Pastu aku tanya abah nak gi solat terawih.Tak pernah pergi.Tapi abah aku berniaga bazar balik lambat.Jadi tak dapat pergi.Nak juga merasakan.

Tahun 2014,masa tu abah dah tak berniaga bazaar.Aku ajak gi terawih.Dapat....Untuk pertama kalinya dalam seumr hidup aku pergi solat terawih.Sangat meriah dan best masa tu.Aku masih ingat lagi.segar dalam ingatan.
Terawih kali pertama.Balik jalan kaki ngan cousin.Lalu kubur memalam.Aahahaha sebab kitorang merayau.Tak pergi terawih pun.Lepas tu insaf...duk masjid jer lepas tu.
Pastu masa tu ramai member-member kat masjid.Jumpa borak borak....Memang meriah suasana terawih masa tu.Lagi lagi ada sorang pompuan ni....Kakak angkat dulu masa pantun gi terawih.Selalu aku cari dia kat masjid.Tapi selalu jumpa adik dia.....

Tapi tu tinggal kenangan.Suasana terawih tahun ni jauh beza berbanding 2014 dulu.If we could turn back time.....

Done
Sahur done....
Subuh done....
Quran done.....
Iftar done.....
Tarawih done.....

eyyyy riak gila awek ni.....sia sia jer dia gi terawih tapi tak dapat pahal sebab riak...

Abang-abang,akak akak yang judge ni....tak tkut dosa ker ?Setan dah kena ikat duk megata orang.Sia sia puasa tu dowh.Lagi satu,awat hang suka judge orang ni????hang mazhab apa?menurut mazhab ahli sunnah waljamaah berpegang pada prinsip bahawa  kita tidak bleh menghukum seseorang itu melainkan Allah. So hang ni apa?Syiah?Tarikat Bahai?Ahmad Matahari?????
Taubat lah kawan....

Selamat berpuasa....ikhlas daripada saya :)
Photo: Selamat Berpuasa

Post a Comment

0 Comments