Ramadhan Terakhir Sebagai Pelajar Sekolah Menengah (Qiamulail Masjid Besi)


Beberapa minggu lepas,kitorang bermalam kat Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) Putrajaya.Series best.Meh sini aku kasi korang usya suasana sekitar Masjid Besi ni....











 Credit to Photographer:Palish







 Series aku rasa macam nak propose bini aku kat sini suatu hari nanti.











 Nak cerita camner kat sini.Nikmatnya tak leh tergambar wei.Series.Ni aku bukan besar-besarkan apa aku cakap supaya korang syok baca pastu klik iklan nuffnang.Tak.Ni series sumpah lagi benar.Ibarat kebenaran Papazola."Kebenaran tak pernah membesar- besarkan perkara~~~~"

Ada la reaksi aku kawan perempuan dak debate malas nak screenshot...tapi aku bersetuju apa dia cakap...
"Ada kat Masjid Besi ni tak sampai pun 24 jam,tapi nikmat ketenangannya sama dengan 24 tahun."

Yang berhormat,saya bersetuju dengan pendapat yang berhormat...ceh~

Nak cerita bestnya kat sana,susah nak digambarkan dengan kata-kata.Bayangkan kat surau asrama tu aku terawih 8 pun dah terbaring golek golek kat lantai,tidur kat tepi surau tu...tapi kat masjid besi ni siapa sangka,solat 20 rakaat tak rasa penat.But rasa tenang ya Amat.Dengan suara imam tu sedap bila baca surah masa solat tu bergema kat seluruh masjid besi tu dia macam mendamaikan.Subhanallah.

Lepas tu dah habis terawih,kitorang jalan jalan sekitar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ni.Subhanallah,cantiknya pemandangan malam kat sini.Even kat padang tadi ramai orang berbuka kat sini.Meriah sangat.Namun kemeriahan tu tetap tak hilang walaupun larut malam.Sepanjang perjalanan tu rasa seronok dan sangat tenang.Stress aku belajar kat sekolah.Stress hafal buku Bio,Chemist...buat buku past year question hilang cemtu jer....macam aku  hidup semula.Series tak tipu.

Sebab tu antara tanda tanda orang yang mendapat petunjuk atau hidayah daripada Allah ialah orang yang hatinya mula terpaut kepada masjid.
\
Hal ini dijelaskan dalam Surah At Taubah ayat 18
" Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan dihari kemudian, mendirikan shalat, membayar zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18).

Malah balasan Allah kepada orang yang hatinya terpaut kepada masjid ni amat besar tuan puan,cik adik,bakal makmum,bakal zaujah saya masha Allah.
Rasulullah pernah bersabda tentang golongan yang hatinya mula terpaut atau rindu untuk kemasjid

 "Ada tujuh golongan orang yang akan dinaungi Allah yang pada hari itu tidak ada naungan kecuali dari Allah: Seseorang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid ketika ia keluar hingga kembali kepadanya" (HR. Bukhari dan Muslim).

MashaAllah.Nak citer lagi.Masa tidur malam malam kat situ.Sejuk gila.Sedangkan tak de air cond pun.Aku berselimut ngan kain pelikat.Dan kalau perasan dalam masjid tu tak guna aircond pun.Guna kipas jer.Pun dah dapat sejukkan seluruh masjid.Tau tak sebab apa????
Sebab masjid tersebut dibina dikelilingi kolam air.Dan air tersebut sentiasa mengalir.Mengikut konsep fizik.Air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.So apa muatan haba tentu???

Muatan haba tentu ialah jumlah haba yang diperlukan untuk mengubah 1kg bahan kepada 1'C.So muatan haba tentu air ni 4200kg/J.So air ini antara ajen penyejuk yang baik sebab dia boleh menyerap banyak haba untuk menaikkan suhu sebanyak 1'C.Sebab tu kat radiator kereta,air cond yang kita pakai semua pakai air sebagai ajen penyejuk.

Lepas tu air kolam yang dah serap banyak haba daripada persekitaran masjid besi akan dialirkan keluar masjid dan digantikan dengan air baru.Proses ini dilakukan secara berterusan supaya haba di persekitaran dapat dialirkan dan proses penyejukan dalam masjid berlaku secara berterusan.



Masa tengah duk iktikaf dalam masjid tu enn,aku terfikir,kalau masjid besi ni pun dah nikmatnya sebesar ni,apatah lagi masjid nabawi dan masjidil haram kat Mekkah sana???Macam mana nikmatnya enn???Aku masa terawih tu aku tak tau macam mana aku boleh terfikir nak tanam azam yang tahun depan aku nak cuba bawak abah aku pergi terawih kat sini.Kasi abah rasa terawih kat sini.Kepada pembaca semua...doakan saya agar dipercepatkan menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah yer....Ameen...Thanks~ cayunk awuck chemua...ahaahahahaa

Ceramah Subuh (Asbab)


 
Bangun seawal 4 pagi,solat tahajud,solat witir dan solat hajat.Terasa segar walaupun pada mulanya memang mengantuk.Tapi terasa aura masjid ni seolah olah memberikan kekuatan.Disaat rakan rakan yang pemalas sedang lagi tidur,aku pun rasa macam nak mengangkat kain pelekat dan menyarungkan balik ke kepala nak sambung tidur.Tapi bila pikirkan balik tujuan kau datang sini..datang masjid yang penuh ketenangan ni bukan nak tidur.Tapi nak ibadat.Balik asrama nanti tidur la puas puas.So aku gagahkan jugak diri aku bangun pergi tempat wudhu kat bawah tu.Keheningan masjid tu dipecahkan dengan suara takbir,suasana gelap masjid tu membuatkan aku rasa macam nak menangis pun ada.ak tau la.Bila takbirratul ikhram diangkat,masa tu bukan lagi rasa aku macam manusia yang selalu melalui kehidupan biasa,tapi lebih kepada hubungan antara hamba dan pencipta.Dan untuk pertama kalinya,pada pagi itu aku merasai kemanisan dalam solat.

Sahur pada pagi itu sangat meriah,Lampu cahaya neon.Putrajaya pada ketika itu seolah olah seperti sudah bangkit dari lena untuk menyambung hari hari yang seterusnya.Sahur beramai-ramai.Memang meriah.Macam macam orang ada.

Selepas solat subuh,ada kuliah subuh daripada seorang ustaz ni.Tajuknya.Asbab.Asbab ini kalau di definisikan secara ringkas ialah sebab atau punca.Antara pengisian dalam ceramah ini saya highlightkan...
*"Semua orang malas nak solat.Malas nak puasa.Sebab apa?Mereka lakukan kerana terpaksa.Mereka tak tau melakukan semua itu untuk apa untuk siapa?Kalau mereka tahu mengapa Allah mewajibkan semua perkara itu.Pasti kita akan rajin untuk solat,puasa."
*"Allah mewajibkan kita solat sebab pahala solat ini sangat besar.Kerana solat ini yang akan membawa kita ke syurga.Cuba bayangkan kalau Allah tak mewajibkan solat.Berapa orang jer yang nak solat?Tak de.So dari mana nak korek pahala nak masuk syurga???itu lah asbab Allah mewajibkan solat.Untuk mendapat pahala yang banyak.5 kali sehari untuk masuk ke syurga.Kalau Allah tak wajibkan puasa,siapa nak puasa?Kita ambik contoh puasa 6,berapa kerat yang buat?tapi puasa Ramadhan semua buat.Kalau Allah tak wajibkan pergi haji.Tak de siapa nak gi haji.Buat susah kumpul duit jer.Tapi Allah wajibkan sebab banyak pahala yang menanti,dan itulah yang akan menjadi asbab masuk syurga Allah."
*Kepada pelajar pelajar yang nak menduduki peperiksaan.Kalau adik adik belajar rajin,keras macam mana pun,belum tentu akan dapat straight A.Belajar tu adalah asbab untuk mendapat straight A .Orang yang solat 5 waktu belum tentu masuk syurga.Tapi solat tu memaNg kena buat,sebab dia asbab untuk masuk syurga.Kalau tak solat,sah sah masuk neraka.sama jugak dengan belajar,Belajar keras,deras macam mana pun,belum tentu dapat straight A.Walaubagaimanapun,kena belajar jugak.Sebab kalau tak belajar confirm tak dapat straight A.Sama jugak dengan sakit.Makan ubat belum tentu dapat sembuh penyakit.Tapi nak tak nak kena makan,sebab kalau tak makan...konfem sakit tu tak sembuh.Inilah namanya asbab."

Dah habis ceramah subuh,hati terasa sayu dan sedih nak tinggalkan masjid.Tapi aku dah tanamkan azam.Satu hari nanti kalau ada peluang,dalam bulan Ramadhan jugak.Aku nak terawih kat sini,berbuka,tidur,qiam,sahur kat sini lagi.

Kepada semua readers,sempena ngan bulan Ramadhan yang bakal melabuhkan tirai,dan raya yang bakal menjelma.Saya ingin memohon ampun jika tersilap kata,terbuat entri menyakitkan hati korang,perli korang,mulut celopaq semua....mintak maaf banyak banyak....doakan saya berjaya 9A+
SPM bulan 11 ni,doakan kejayaan saya dunia akhirat.Terima kasih kerana menyokong saya,
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
 



Entri Seterusnya
(Penutupan Diari H2O:Iftar 5 Farabi)


Post a Comment

1 Comments

  1. jom singgah. SELAMAT BERHARI RAYA :) http://impianacikyaanie.blogspot.my/2016/07/6-julai-2016-syawal-menjelma.html

    ReplyDelete