Wednesday, 30 November 2016

2nd Year Anniversary "khaidirkhaizuki.blogspot.com" "Blog Rezeki Ku"



     Asalamualaikom readers.Ingat aku lagi tak?Sedar tak sedar sekarang dah 2 tahun aku terjun ke dalam dunia blogging yang aku tak sangka akan memberi titik perubahan yang besar.Sempena 2 tahun ni aku dah ubah design blog supaya korang rasa perubahan dan peredaran zaman blig aku.Ceh.....

     Kenapa saya pilih tajuk Blog Rezeki Ku ni sebenarnya sebab apa yang saya lihat sepanjang tahun 2016 ni apa yang berlaku semua rezeki.Rezeki kurniaannya.Dari masuk surat khabar,terpilih masuk pertandingan dan sekarang dapat tempat pertama dalam pertandingan BlogPenggunaMalaysia2016.

   Ya,memang ramai tak puas hati camner aku boleh menang semua,ade yang mengumpat belakang.Ade yang kata untung la menang.Tapi hakikatnya dorang tak tau susah perit aku buat blog tu dulu ngan kaan aku.Camner kitorang handle stress belajar ngan buat blog.Asyik gaduh dengan teammate.Tu semua dorang tak pernah nampak.Tapi apa yang dorang nampak just pencapaian aku.

Dunia yang berbeza

      Ketika membuat lawatan untuk kerja lapangan DiariH2O,aku pilih lawatan ke sekolah aku sendiri.Yang aku dah duduk selama 3 tahun ngan kawan yang aku dah rapat gila.Bonding kuat punya.So aku yang dari BASIS (Sekolah Menengah Sains Banting) agak bersemangat jugalah nak jumpa kawan lama.Baju batik dan seluar slack hitam disarung kemas pada badan,wax disapu pada rambut dan disisir rapi.Maklumlah nak jumpa crush lama kat TPG hahahaha.Pada pukul 7 pagi tu bersemangat jugalah nak naik bas.

      Sampai jer kat SMKTPG ,aku merasakan sekolah ni dah jauh berubah.Suasananya sangat berlainan.Sekolah dimana zaman pengakhiran aku 2014 jauh berubah pada tahun 2016.Agak sukar untuk aku mengaku ni sekolah aku.Aku tetap brkeras mengatakan SMKTPG  dah tak wujud.SMK TPG aku dah lama berakhir pada tahun 2014.Dimana Kooperasi yang aku selalu berniaga sekarang dah jadi stor,Tempat aku selalu lepak depan mesin gedegang pun dah jadi parkir motor.

     Masuk ke dalam dewan hati penuh berdebar.Tiada siapa kenalan kelihatan.Aku pun keluar dari dewan jalan jalan sekitar sekolah tu.Ya,baju batik dibadan ni memang memberi kesan keatas impression orang disini.Dulunya aku berjalan dikaki lima ni tiada siapa yang kisah mahupun pandang.Tapi sekarang macam macam,ade yang perempuan senyum senyum la,tegur abang la apa la.Kalau lawa aku layan la jugak...ceh :P

    Dalam perjalanan ke blok Form 5 tu jumpa cikgu cikgu lama.Terharu gak la cikgu masih ingat.Ustazah Arbaiah.Tak sangka dia ingat lagi.Dulu kalau nak throwback masa aku ketua kelas,dia selalu tolong aku bawak belajar kat surau.Supaya apa?Dapat usha crush belajar BARAB tiap pagi kat surau.Ahahahahaha.Ustazah.Arbaiah.Terima kasih untuk segalanya.

   Kelas Form5 tak de orang.Dorang kata ada kelas kat dewan makan asrama.So aku pergi la tunggu dorang kat dewan.Dalam perjalanan tu ramai gak budak kelas belakang tak puas ati tengok aku.Ade ynag datang cakap "Cantik kasut!!!!" Ahahahahahaha.Sebab daily school kan pakai kasut canvas putih.Sekali dia tengok aku pakai kasut PVC hitam.Dorang terkejut la.

    Then,budak budak member aku pun keluar dari dewan.Meber yang bergelar kawan baik aku dulu,namun sekarang hanya tinggal gelaran jer.Berdirinya aku kat situ macam tunggul.Aku tak disambut macam sepatutnya.Bukan apa.Bayangkan orang yang aku tak kenal dan tak rapat kat sini sambut aku,teman aku jalan jalan round satu sekolah,tapi kawan baik sendiri tak teman aku.Just salam lepas tu blah.

    Aku berasa terkilan gak la.2 tahun semuanya berubah.Mungkin ada beberapa faktor.Aku rasa macam aku dah tak de saper kat TPG.Dan hanya kawan kawan yang aku ade sekarang just kat Sekolah Menengah Sains Banting.
  

Analisis Pencapaian 2016
 Dalam masa 2 tahun menglibatkan diri dalam blog.Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada  pembaca pembaca yang tak berhenti memberikan sokongan kepada saya dalam dunia blogging walaupun dalam usia muda yang agak mentah.Saya tiada pengalaman tapi korang la akar yang menolak aku keatas sekarang.Terima kasih terima kasih dan jutaan terima kasih!!!!
Hontouni Arigatou.

Jumlah Pengunjung Sepanjang 2014-2016

Berdasarkan analisis Purata Jumlah Pengunjung dalam sehari ialah 200.Dalam sebulan pula lebih kurang 20000.Dan jumlah pengunjug sehingga kini 2014-2016 adalah 175974.Dan andalah sebahagian daripadanya :D

Terima kasih kepada 129 Blogger yang menjadi 129 Followers saya.

Pendapatan 2014-2016
 Part ni paling malas arrr nak tunjuk.Kalau ada anugerah yang diberikan kepada blogger termiskin.Aku rasa akulah pemenangnya.Dalam 2 tahun aku baru dapat RM9.00 jer.Baru aku tahu rakyat Malaysia ni pemalas dan kedekut nak klik iklan... -_- piiiiiiraaaaahhhh!!!!!

Newspaper
 Artikel ni dah banyak mengubah hidup saya.Terima kasih Cik NorAzma Laila.

Pencapaian

Tempat Pertama:Blog Pengguna Malaysia 2016







 Terima kasih atas sokongan anda selama dua tahun.Jumpa lagi tahun depan.Setia dibelakang saya untuk 1 tahun akan datang ;)

 UPCOMING ENTRY
Photo: THANK YOU BASIS
FAREWELL,MEET AGAIN 10 YEARS SOON








2 comments:

  1. kalau lah saya tahu ada pertandingan macam ni.. ya, memang rezeki awak. Tahniah! proud of you beb

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Rezeki masing2. Keep it up and keep blogging. 👌

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!