Bagaimana Menjadi Seorang Blogger Bergaya (Kenal Pasti Level Anda Sebagai Seorang Blogger )

Asalamualaikom para pembaca sekalian.Kali ini saya menulis khas untuk para blogger so rugi tak baca.Apa yang saya tulis pada tajuk diatas ialah Bagaimana Menjadi Seorang Blogger Bergaya...saya tekankan bergaya bukan berjaya....disitu kerana saya pun belum dikategorikan berjaya...masih follwer bawah 200 lagi...jadi saya masih ditaraf Convensional yang baru meningjak kaki kedunia blogging ni?Kenapa saya katakan begitu.Nanti saya akan terangkan pada anda tentang Level atau Stage anda sebagai seorang blogger selepas ini.Sabar ekkk....

Sedikit preview sebelum kita menuju kepada topik kita,kita berkenalan la dulu dengan penulis blog ni.Tak kenal maka tak cinta betul tak????
Nama diberi Ahmad Khaidir Amir bin Rodzman dan nama pena khaidirkhaizuki.Melibatkan diri dalam dunia blogging pada hujung 2014 bulan November disebabkan kegagalan diri menjadi seorang Vlogger memaksa saya menceburi bidang blogger buat sementara waktu bagi mengukuhkan nama dan identiti dijaringan internet.

Sebagai blogger baru yang mempunyai pengalaman 2 tahun mengurus blog peribadi.Banyak pencapaian yang telah diperoleh dan membuatkan saya berdiri lebih tinggi daripada blogger lain seusia saya.(Usia pengalaman blog)

Dalam masa 1 tahun,berjaya menempa nama di dada akhbar  pada 2 Mac 2016 hasil daripada entri Pesanan Kepada Pelajar PT3 yang mendapat respon yang baik daripada pelbagai pihak.
Pada tahun yang sama sekali lagi mengukuhkan kedudukan dalam dunia blog dengan pencapaian memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Blog Pengguna Malaysia 2016 sempena Karnival Kepenggunaan yang diadakan oleh kerajaan pada peringkat kebangsaan.
Bagaimana Mengenalpasti Level Anda Sebagai Seorang Blogger????

Pasti anda mula tertanya dan tak sabar sabar untuk mengetahui level andakan?Ni hanyalah hasil analisis saya sahaja.Bukan peringkat kebangsaan atau international.Ini hanyalah sarcasm kalau anda rasa nak terima just pakai la kalau tak nak terima jangan kecam...ahahahaha

Image result for little girl animeNewbie
 Ya....anda seperti bayi yang baru dilahirkan.Sangat noob dan tak tahu nak tulis apa dalam blog.Biasanya design blog mereka adalah design dari blogger sendiri.Template blogger punya sebab dia tak tau nak tukar template dari internet.Apa yang lagi hina pada tahap ini adalah,apa yang anda tulis adalah sangat memalukan dan bila anda baca balik apa yang anda tulis pada ketika ini anda akan menyesal,merintih dan menangis kenapa anda menulis benda yang sangat mengarut and non sense seperti ini.Kebiasaannya blogger pada tahap ni menulis entry yang tidak bermanfaat dan memalukan seperti diari diri sendiri.Kisah cinta diri sendiri...kisah crush and whatever so on.Perlu diingat.Sebagai seorang blogger ada matlamat iaitu setiap entry kita must beneficial for others.Kalau kau tulis kisah cinta kau diari kau semua....we not even care and not worth our time to read your creepy story.Novel kitorang berlambak tak baca kat rumah.Quran pun tak de masa nak baca....

Design blog beginner yang dah nak masuk ke tahap lain dia more to snowie snowie....ada hujan kalau masuk....ada lagu lagu SCM player....pastu cursor dia pun tukar konon nak tunjuk blog dia canggih and dia hebat la....ada banyak widget....come on....jangan jado noob.Blog yang bagus ialah blog yang simple and style...kemas tak serabut ngan widget kau...snowflake kau hujan kau...ngan lagu kpop kau....Asal???Sentap??


 Image result for cry gag

Amateur
 Pada level ini,entry dia semakin matang namun tak jumpa hala tuju lagi.Dia masih tulis kisah hidup dia.Pikir orang kisah.Tapi jangan salahkan dia....dia foreveralone.Boleh jer nak citer.Kalau kau lawa gorgeous handsome...try la...kalau aku la ennn contoh owner blog tu lawa...aq stalk la...baca blog dia...kalau kisah cinta dia aku tak nak baca...aku nak cari kalau ada kisah putus cinta....supaya bersedia aku menjadi ubat untuknya.....
Image result for w korean drama 












Nak describe blogger amateur ni,dia tak sehina blogger beginner.Dia blog dia dah style sikit.Dia dah pandai cari template.Blog pun dah kemas.Entry so so la...Follower dia dalam lingkungan 130 kebawah.Tapi dia dah mula nampak blog ni bukan sekadar laman untuk menulis kisah kisah picisan tapi boleh buat duit kalau kena gaya.Tapi masih tak tahu nak buat macammana.So dia mula la join bloglistmasuk itu masuk ini sebab nak jual link...ya lah asik main CBOX,blogwalking jer....visitor dalam lingkungan 100000 kebawah lagi.Banyak perlu dipelajari...dari segi entri..apa yang nak ditulis...caner nak attract viewers bagi banyak...Tahapni kiranya dia baru masuk akil baligh dalam dunia blog lasenang cerita....

Convensional
 Saya rasa saya sendiri pada tahap ini...Pada tahap ni dia tak jauh beza dengan profesional...dia lack dari segi follower jer..
Pada tahap ini,blogger mula menulis dengan malas sikit.Dulu kalau entri dia panjang gila...sekarang simple.Pendek dan ringkas sebab dia dah malas nak menulis..pengalaman dan viewer follower dah ramai.Dah stabil...so dia lek jerla...dia menulis bila dia rasa nak menulis...dan kalau dia menulis tu mesti orang akan suka sebab entri dia memang beneficial and ada attractionnya yang tersendiri.Pada tahap ini,blogger tu memang dah masak dalam bidang blog dan tak nak buang masa tulis benda benda yang boring dan tak menarik viewer dia.Pada tahap ini,anda jarang baca dia sibuk cerita pasal kisah hidup dia,kisah cinta crush atok nenek dia sebab kali ni dia fokus entri dia tuk bagi benifit kat orang.Dan dia mula analysed entri mana dia paling banyak viewer.Dia akan fokus kat bahagian tu.Dia mula analysed traffic view,search key semua sebab dia nak pastikan purata viewer blognya setiap hari kekal konsisten dan ramai supaya menarik pihak pihak luar untuk meletakkan iklan ke laman blognya
Untuk follower pula,syarat minima follower mesti 150 sehingga 500
 Image result for doctors hong ji hong

Professional
Image result for park shin hye  
Tidak banyak berbeza dengan convensional....sama ejr cuma nak capai tahap ni kena ada follower 501-3000 dan viewer mestilah sudah mencapai 500000 sepanjang alltime history.Dan proffesional biasanya mereka sudah ada bisnes sendiri dan gunakan laman blog mereka untuk perniagaan mereka.Biasanya jual jual ubat kurus,produk kecantikan ,baju or someting online
Artist(Famous)
 Pada tahap ni follower perlulah 3000 keatas dimana sememangnya blogger ni dah famous dan dikenali ramai.Ada berlakon kat TV or masuk TV macam macam la pencapaian dia.Dan mempunyai kelab peminat 

Image result for hanis zalikhaImage result for mira filzah
Legendary 
Ni tahap ataih artist lagi ni....dia milik otai otai masih berbisa jer....malas nak komen lebih.Orang tertentu jer dapat sampai ke stage ni.....


 Selamat Maju Jaya Dalam Bidang Blogger dan Selamat Tahun Baru 2017
 
 

Post a Comment

4 Comments

  1. Sis tahap amateur la kot. Haha. Selamat takde tulis kisah psl crush klu x malu nk baca balik wei.

    All the best to u.

    ReplyDelete
  2. Agaknya saya punya blog ni kena label apa pulak ha . lol >> The Talking Diary

    ReplyDelete
  3. hahahaha idk why I get so sentap (probably 'cos my posts are all about my life and not beneficial to others. LOL). Nice post tho :) I like your way of thinking

    ReplyDelete
  4. Alamak level newbie lg ni even tho dah lama involve in blogger hahahaha good update!

    ReplyDelete