Monday, 30 January 2017

ReviewBuku:Kisah 25 Filsuf Barat by MatLuthfi (Mereka Bukan Nabi,Tapi Mereka Juga Inspirasi)

Asalamualaikom,jarang saya buat kerja review buku buku orang ni,sebab saya ni jenis baca and serap and make it benifit for myself only.But lain pula yang jadi untuk kali ni.Ya,ini dia buku ke 3 karya Mat Luthfi sekarang dah terletak di rak buku aku.Wahhhh,orang mesti ingat aku obses sangat ngan dia.Tapi tak lah....

2 buku dia sebelum ni,dan buku pertama dia adalah pada pendapat aku adalah buku yang paling membazir aku beli.Dan dia overcome balik ngan buku ke 2 yang agak berbaloi gak arrr....kini dia buat comebck buku ke 3...yeah...ini dia MatLuthfi...you not dissapointed me this time bro ahahaha

Mat Luthfi kena berbangga sebab,untuk aku promote produk orang secara percuma bukan senang/Percaya atau tak,purata viewer aku sebanyak 600 sehari minimum dalam kalangan tu akan ada 50 orang yang possibility akan beli buku dia....ahahaha 50x27....berapa????berapa bnyk royalti dia dapat nanti????

Review

Ok,ramai daripada kita selalu mengambil teladan daripada kisah para nabi dan rasul dalam aspek kerohanian.Kerana apa?Kita sebagai umat Islam,kita sudah menutup skop minda kita bahawa yang ajaran yang benar terhadap roh dan kehidupan ini adalah nabi dan rasul dan kesempurnaan pendidikan dalam segi intelektual adalah hanya boleh diambil daripada para nabi dan rasul.Konsep ketuhanan juga harus diimani berteraskan para nabi dan rasul.Disebabkan skop yang kita tutupkan itu,kita jadi tidak berani mendengar atau menerima apa yang ada pada tokoh tokoh purba kala.

Contoh terdekat Galelio Galilei yang memperkenalkan bahwa bumi berputar mengelilingi matahari,disebabkan kita disogok dengan pemikiran
"Ek eleh mat saleh baru tahu...dalam Al Quran dah sedia kata dalam Surah Yassin ayat 37-40.Dorang ni curi ilmu dari Islam..."

Secara membuta tuli kita lemparkan tuduhan yang depa mencuri ilmu kita tapi hakikatnya tak.Depa bukan macam kita...kita beruntung diberikan pengetahuan kenabian sedangkan mereka tidak.Kita tahu tentang kebenaran tapi mereka masih mencari.Disebabkan pemikiran kita yang begini kita tidak maju.Kita bukan sepatutnya terus melabel disebabkan mereka bukan Islam maka mereka pencuri ilmu kita.Dan disebabkan kita Islam,kita bagus dalam semua hal dan bidang ilmu.

Dari pada kita sibuk duk lable Galileo Galilei tu pencuri dan pelbagai lain tuduhan.Lebih baik kita pikirkan tentang bagaimana Galileo Galilei boleh menemui dan membuktikan teorinya yang bumi mengelilingi matahari????bagaimana dia menemuinya dan mengetahuinya sedangkan kita tahu berdasarkan Al Quran.Jangan nak berlagak.Kita tahu benda tu pun sebab Al Quran.Mereka jauh hebat daripada kita sebab mampu menjumpai kekuasaan Tuhan itu tanpa sebarang kitab mukjizat pemberian Tuhan.

Setelah saya selak selak buku ni baru saya perasan,apa yang Mat Lutfi cuba sampaikan ialah,25 filsuf barat ini ada sikit keselarian dengan para nabi dan rasul.Saya tidak guna istilah persamaan...tapi perselarian.Apa beza dia???

Kalau saya kata sama....dia memang ada menyerupai atau memang ada yang sama dengan nabi... tapi kalau saya kata selari...dia bermaksud dia bergerak sama arah tapi mencapai satu tujuan.

Contohnya Socrates....dengan Nabi.Keselarian dia terlihat apabila Socrates dia seakan akan cuba mengubah budaya penduduk Athens yang terbuai kemewahan....hedonisme dan menyembah ramai Tuhan dan mengajak mereka mencari kebenaran....kehidupan dia agak selari dengan kehidupan nabi....yang berdakwah kepada kaum kaum yang menyembah berhala.....cuma yang membezakan Socrates ini dia mengajak mencari kebenaran tetapi nabi dan rasul mengajak mengikuti ajaran kebenaran....kedua dua filsuf dan para nabi dan rasul menghadapi tentangan daripada golongan sasarannya.Apa yang dipikirkan Socrates juga seakan akan selari dengan Islam bahawa menyedari bahawa ada misteri disebalik kehidupan ini yang belum terungkai iaitu kewujudan Tuhan....Sebab tu dia seakan akan orang mereng dan gila.Dia dalam keadaan sangat daif dan selalu termenung.Dan dia selalu termenung seperti orang gila memikirkan sesuatu.Dia cuba memikirkan tentang kewujudan Tuhan.Dia akan selalu bertanya dan bertanya sehingga dinamakan oleh anak muridnya Plato iaitu Socratic Method.

Perbezaannya jelas kita lihat.Socrates tidak diberi wahyu dan pengetahuan kenabian,disebabkn itu dia jadi camtu.Dia menyedari dan mencari kewujudan Tuhan dan bukti bukti syangnya dia tidak mempunyai wahyu dan pengetahuan kenabian.Itu sahaja kekurangannya.

Tapi disebabkan pemikiran sempit kita,Kita menolak terus ahli filsuf ini sebagai sumber rujukan intelektual dan rohani sedangkan pemikiran dia tidaklah menyesatkan dan ada je yang selari dengan Islam sikit,tak semua.....yang kita boleh ambil sebagai ibrah.

Pada entri akan datang,saya akan kupas lebih lanjut tentang filsuf filsuf dalam buku ini dengan lebih terperinci dari buku Mat Luthfi ini sendiri.Kalau Mat Lutfi define it in 5 or 6 page,I will make it around 15 page.....nantikan....

2 comments:

  1. p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!