Apa Itu Gas VX???Sejarah Penemuan Gas VX (Kes Pembunuhan Kim Jong Nam)


13 Februari 2017 di KLIA 2. Disini Kim Jong Nam yang berusia 46 tahun telah diserang dengan cara kepalanya diserkup dengan kain yang berisi cecair beracun, ketika sedang menunggu di balai pelepasan di satu sudut ruang.

1. Kim Jong Nam diserkup dengan kain yang berisi cecair beracun.

2. Ketika itu Kim Jong Nam sedang menunggu di balai pelepasan KLIA 2 untuk penerbangan ke Macau.

3. Kim Jong Nam berada di Malaysia sejak 6 Februari 2017.

4. Kim Jong Nam diserkup dengan kain oleh seorang wanita. Manakala seorang wanita yang lain berdiri berhadapan dengannya untuk menyembur sesuatu cecair di mukanya.
5. Selepas menyerkup Kim Jong Nam dengan kain yang mengandungi cecair beracun, wanita itu melarikan diri bersama seorang wanita yang lain, wanita itu ialah suspek dan rakan subahat menurut kenyataan PDRM.

6. Selepas diserkup dengan kain, Kim Jong Nam mengadu matanya pedih di kaunter KLIA untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke hospital Putrajaya namun mati dalam perjalanan.

7. Penemuan polis mendapati Kim Jong Nam masuk ke Malaysia menggunakan identiti palsu, iaitu menyamar sebagai Kim Chol.

8. Hasil siasatan awal, polis mendedahkan 2 wanita yang menyerang Kim Jong Nam kemudiannya 2 wanita berkenaan ditahan oleh polis sebagai suspek. Seorangnya dikenali dengan nama Siti Aishah, 25 tahun, warganegara Indonesia manakala seorang yang lain ialah Doan Thi Huong, 29 tahun, yang menggunakan dokumen perjalanan Vietnam.

9. Ketika ditahan, kedua-dua wanita itu mendakwa bahawa mereka menyangka serangan yang mereka lakukan ke atas Kim Jong Nam merupakan satu bentuk 'prank' (bergurau/olok-olok).

10. Siti Aishah bekerja di salah sebuah kelab malam di Kuala Lumpur dan dibayar sebanyak USD100 untuk melakukan serangan itu.

11. Penahanan yang begitu mudah ke atas kedua-dua suspek membuktikan kedua-dua suspek itu mungkin adalah alat bagi satu pembunuhan yang telah dirancang lebih awal.

12. Selain dari 2 suspek wanita tersebut, polis juga telah menamakan 4 suspek penting lain dalam kejadian tersebut. Kekasih Siti Aishah turut ditahan bagi membantu siasatan namun disahkan oleh PDRM bahawa dirinya tidak terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut.

4 Suspek Utama Didedahkan Polis -

ii. Media tempatan, rakyat, keliru, tertanya-tanya

13. Ketika Malaysia masih dalam proses pengesahan mayat, berita kematian Kim Jong Nam telah tersebar di seluruh negara dan dilaporkan secara meluas oleh media-media antarabangsa dan ini sekaligus menimbulkan tanda-tanya dikalangan rakyat dan media tempatan.

14. Siapa sumber yang mendedahkan kematian Kim Jong Nam kepada media luar? Sudah tentu Malaysia perlu masa untuk proses pengecaman identiti apatah lagi Kim Jong Nam menggunakan identiti palsu semasa masuk  ke Malaysia.

15. Apakah tujuan sumber itu mendedahkan kepada media antarabangsa - apakah tekanan yang mereka mahu berikan kepada Malaysia? Ini menjadi persoalan orang ramai.

16. Media tempatan terpaksa mengutip berita dari luar dan terpinga-pinga, sistem keselamatan negara kita juga dipertikaikan oleh rakyat sendiri.

17. Ketika ini rakyat Malaysia telah berpecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama, mengkritik, kumpulan kedua, menyokong dan kumpulan ketiga tunggu dan lihat.

Akan bersambung untuk bahagian kedua.

Sumber media, rujukan :

Gambar, infografik : Berita Harian, Bernama, Free Malaysia Today.

Berita : Sinar Harian, Malaysiakini, Berita Harian, NSTP, The Star Online.


Apa yang menarik perhatian saya,Terbaru,Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa Kim Jong Nam dibunuh menggunakan agen saraf Gas VX.So,apa sebenarnya gas VX ni???? and saya nak tahu sangat sebab dengarnya benda ni sangat dahsyat and saya nak share dengan anda semua supaya kita  sedar bahawa dunia sebenarnya dalam keadaan yang bahaya akibat kewujudan senjata yang dahsyat yang kita sendiri tidak tahu akan kewujudannya.

VX (IUPAC name: O-ethyl S-[2-(diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothioate), adalah organofosfat yang sangat bertoksik dan ianya tidak mempunyai bau,rasa dan warna dan merupaka agen saraf yang mampu merosakkan sistem saraf manusia dan digunakan secara meluas semasa Chemical Warfare.10mg sudah cukup untuk membawa maut apabila bersentuh dengan kulit. Dan dos maut median untuk sedutan nafas dianggarkan dalam 30-50 mg min/m³.Dalam kategori senjata kima,ia dilabel sebagai weapon of mass destruction (WMD) oleh United Nations Resolution 687.Penghasilan dan penyimpanan  VX melebihi 100g setahun adalah dilarang Chemical Weapons Convention of 1993 kecuali untuk tujuan kajian.Kehebatan gas VX ni lebih hebat lebih kurang 10 kali ganda kuat dari gas sarin yang juga merupakan agen saraf.VX and Sarin works in similar way.

Mempunyai kelikatan yang tinggi,VX mempunyai tekstur dan rasa seakan akan minyak motor.Tu yang buat bahaya tu.Kalau tak dapat beza.Tiba tiba tau dalam alam barzakh jer ahahaha....mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap persekitaran,dan sifat dia yang tak de warna dan rasa,dia boleh diedarkan dalam bentuk aeresol.

VX is an acetylcholinesterase inhibitor, i.e ia berfungsi dengan menghalang fungsi   enzyme acetylcholinesterase.Kebiasaannya,apabila neuron motor diransang ia akan membebaskan neurotransmitter asetikolin  ke ruang antara neuron dengan sel otot bersebalahan.Apabila asetikolin diambil oleh sel otot,ia akan meransang pergerakan otot.Citer dia bila dia terhidu VX,VX menghalang aktiviti acetylcholinesterase  dan menyebabkan  pengumpulan  asetikolin  diruang antara neuron dan sel otot menyebakan ketidakmenentuan aktivit pergerakan otot.Hasil daripada pengecutan awal yang ganas dan diikuti pengecutan luar biasa yang  terhad kepada plat hujung sarcoplasm yang subjunctional dan berpanjangan mengakibatkan sekatan saraf, kedua mengakibatkan lumpuh lembik semua otot di dalam badan.Lumpuh berterusan yang dialami otot diafragma diparu paru menyebabkan kematian.

Simptom awal agen saraf VX ni,dikawasan yang terkena tu akan berpeluh dan otot seakan bergerak gerak diikuti muntah muntah dan nausea.Salah satu simptom awal apabila terhidu gas VX ialah rhinorrhea atau sesak dada (bronchial constriction)

Instances of VX use



Ahli Kimia Ranajit Gosh La-a dan J.F Newman menjumpai V-Series agen saraf dibawah firma British  pada tahun 1952.Terus dipaternkan sebagai diethyl S-2-diethylaminoethyl phosphono- thioate (agent VG) in November 1952.Kajian berterusan pada 1952 pada sebatian yang sama pada 1955.U.S mahu penghasilan besar besaran VX  pada tahun 1961 di Newport Chemical Deport.

Penemuan ini  berlaku apabila ahli kimia duk sibuk mengkaji kelas sebatian organofosfat.Seperti Gerhard  Schrader ,pengkaji awal organofosfat ,Gosh menjumpai bahawa organofosfat sangat berkesan sebagai racun serangga.Pada 1954 ,ICI menjualnya dengan dilabelkan sebagai Amiton. Ia telah ditarik balik kemudiannya, kerana ia adalah terlalu toksik untuk penggunaan toksik yang selamat.  dan sampel itu telah dihantar ke fasiliti penyelidikan Angkatan Tentera British di Porton Down untuk penilaian. Selepas penilaian itu selesai, beberapa ahli-ahli kelas ini sebatian menjadi kumpulan baru agen saraf, ejen V. Yang paling terkenal di antaranya ialah mungkin VX, yang ditugaskan di UK Rainbow Kod Ungu Possum, dengan Rusia V-Agent datang tempat kedua (Amiton sebahagian besarnya dilupakan sebagai VG). Ini kelas sebatian juga kadang-kadang dikenali sebagai ester Tammelin, selepas Lars-Erik Tammelin daripada Institut Penyelidikan Pertahanan Sweden. Tammelin juga menjalankan penyelidikan mengenai kelas ini sebatian pada tahun 1952, tetapi tidak secara meluas publisiti . Nama ini adalah perkataan "ejen venom X

Bukti Peristiwa Penggunaan Agen VX


Terdapat bukti penggunaan gabungan agen kimia yang digunakan oleh Iraq menentang Kurds pada 1988 di Haljaba dibawah Saddam Hussein.Hussein kemudiannya membuat pengakuan kepada UNSCOM bahawa mereka melakukan kajian  terhadap VX tetapi gagal menggunakan agen itu sebagai senjata akibat kegagalan dalam penghasilan.Semasa US dan Allied menakluk Iraq,tiada VX agent or facillities dijumpai.Walaubagaimanapun,UNSCOM laborataries mengesahkan ada kesan peninggalan VX pada kepala peledak.

Itu saja yang mampu saya kongsikan,kalau ada salah sila betulkanSaya pun research wikipidea and translate ikut kefahaman saya.Saya pelajar lepasan SPM.Kalau salah dalam penterjemahan atau penyampaian fakta tu biasa so janganlah kecam.But tak salahkan share and amik tau pasal benda ni??? ;)Lepas n awak yang baca boleh la berlagak depan kawan kawan,borak pasal Agen Saraf VX ni konfem kawan kawan korang akan respek and tabik spring kt korang...ehehehee
terima kasih la .kt aku...penat penat aku rsearch ;)

.



Post a Comment

1 Comments

  1. Lucunya bila terbaca mereka buat macam tu semata2 nak buat prank.. memang ada isu disebalik tabir ni

    ReplyDelete