PERJALANAN SEBAGAI BLOGGER The Untold Story of Khaidir Khaizuki (PENYERTAAN BLOGLIST FARHANA JAFRI)

Asalamualaikom....hari ni nak join peraduan bloglist.Kenapa dalam berpuluh puluh peraduan aku pilih yang ni????sebab ni agak menarik perhatian aku.Syarat dia.Walaupun tak kejar hadiah tapi join jer la...
https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-blog-baru.html#

So kita proceed ke syarat syarat dia dulu

1. Follow blog Farhanna Jafri (done)

2. Buat satu posting ringkas mengenai (done)
   - Perjalanan sebagai seorang Blogger
3. Tag 3 orang blogger yang lain. (done)
Elsaalicious
Nourayuadieb
FatenBanana
4. Copy banner di atas & backlink ke post penganjur. (done)
5. Letakkan link posting di bahagian comment penganjur. (done)

  Perjalanan sebagai seorang Blogger

Wahhhh kalau saya nak tulis perjalanan sebagai blogger ni,dah banyak juga saya tulis sebelum ni dekat 5 entri dah.Ni nak kena ulang balik pon boring asyik nak tulis benda yang sama....so aku decide nak tulis satu cerita yang lain daripada yang lain

Journey of Khaidir Khaizuki (The Untold Story)

Chapter:Untuk Apa Aku Menulis???

Pernah tak kita sebagai blogger,kita tak tahu apa tujuan kita menulis?Contohnya bila awak tulis merapu merapu,your nonsense love story? siapa yang baca???and siapa kisah???but why you still stay in this platform???Everyone had their own stories....aku selalu pikir buat apa aku stay kat sini.Untuk apa???bukan ada siapa kisah???tak de siapa kisah kewujudan aku dalam jaringan laman web maya ni.Dan masih terbukti pemilik tulang rusuk kiri ni semestinya ada dalam laman blog walaupun 160 followers aku perempuan....kahkahkah???

Semua orang yang menulis blog peribadi pasti pernah tertanya tanya pada diri sendiri,mungkin anda rasa nak berhenti.Anda rasa lifeless,anda tulis semua catatan diari anda di laman sesawang kerana didunia nyata tiada yang mendengar.Tiada siapa untuk anda berkongsi.Dan luahan anda hanya dibaca oleh stranger yang tak pernah kisah and just tulis komen komen hipokrit dibawahnya supaya anda visit balik blog dorang.Dorang tak pernah kisah pasal anda???dorang nak korang jenguk blog dorang...naikkan traffic dorang and klik iklan nuffnang....so kenapa masih nak menulis lagi????
Kenapa masih setia menarikan jemari dipapan kekunci???

Persoalan ni terus berlegar dipikiran even sampai sekarang.And persoalan ni yang buat aku terus stay walaupun jauh dalam sudut hati sebenarnya aku rasa dah lama nak quit menulis blog ni....ni cerita aku.

Dalam hidup ini,kita akan mengalami satu pengalaman.Pengalaman yang tak nak kita lupakan.Sama ada pahit dan manis.Semuanya kita perlu simpan.Dan ia sebahagian dari hidup kita.Aku masih ingat lagi masa aku beli labtop.Ya first labtop...hasil simpanan kerja dengan akak aku campur dengan duit abah.Aku gembira gila but end up tak sampai seminggu rosak.

Masa tu aku rasa sesak sangat.Caner ni?Saper yang boleh tolong aku???Baru belikut dah rosak.Aku tak nak menyusahkan orang...Then masa abang tu sepupu aku.Hantar hat malam tu jugak pergi kedai komputer tu yang jauh 30KM dari rumah.Sedangkan dia baru balik kerja.Aku rasa bersalah gila.Sebabkan diri aku,aku dah susahkan orang lain.Masa tu,malam tu.Deru angin laju motor tu,dan malam malam lampu disekeliling highway tu menyinari perjalanan 30 km menuju kedai komputer tu.Dan aku terfikir satu persoalan.Iaitu watak,

Watak dan tujuan watak itu wujud.Kehidupan ini adalah satu cerita.Pada malam itu,diatas motor yang bergerak sangat laju tu membuatkan aku terawang awang memikirkan persoalan kewujudan.Siapa kita???kenapa kita wujud???kenapa kita berkait antara satu sama lain???siapa sebenarnya watak utama dalam kehidupan ini?kita???adakah orang lain watak sampingan...atau setiap orang adalah watak utama bagi kehidupan masing masing????Tak per lah...falsafah ni terlalu compilcated...biarlah aku pikir sorang dalam jamban tengah berak nanti....

Tapi pada malam itu aku rasa terhutang budi sangat.Kekadang kalau kita membantu dengan ikhlas.Kita yang membantu memang tak de rasa apa.Tapi yang menerima bantuan tu.Mereka pasti menghargainya.Dan pada malam itu aku rasa aku nak simpan kenangan tu.Kenangan menyusahkan orang tengah malam.ahahahaSebab tu aku rasa aku kena terus menulis.Setiap orang mesti ada pengalaman yang perlu dikongsi yang orang lain tak rasa.Kita manusia ni buta.Kita hanya nampak dalam ruang lingkup kita tapi kita tak lihat yang lain.Kita ibarat dalam sebuah buku.Kita hanya membaca muka surat kita dan tak pernah melihat ke buku orang lain.Kekadang kita perlu potong dan tampalkan muka surat kita pada buku orang lain. Supaya kita lebih bersyukur.

Sebab tu aku rasa aku perlu menulis.Untuk bagi orang lain melihat apa yang aku nampak tapi orang lain tak nampak.Apa yang aku rasa yang orang lain tak rasa?Kau pernah jadi sampah masyarakat macam aku???kau pernah dilabel sebagai budak tak pandai and dilayan sebagai low class macam aku???kau pernah nampak macam mana aku bangkit???and bila aku dapat overcome zaman gelap aku and kau lihat aku macam orang yang berjaya and sempurna tapi kau ada nampak macammana aku bertatih merangkak keluar dari  penjara gelap masa silam tu????

Aku pernah bertekad nak berhenti dalam menulis blog.And hidup macam orang lain biasa.Tapi satu hari.13/12/2015.Budak batch 2000 frust dengan result PT3  dorang.Aku paham apa dorang rasa.Dorag dibash oleh old generation.Akupun rasa benda yang sama.3 bulan jer belajar format and in the end tetiba tukar format.Then result tak mencapai apa orag expected dan kena marah itu ini.Salah kan semua benda,Sebab dorang tak nampak.Jadi aku decide nak tulis untuk junior aku jer.Entry aku pujuk dorang la yang dunia ni belum berakhir.

And then satu satu respond positive datang dari ramai phak.Blog aku jadi trending di twitter disebabkan entri tu.Berapa banyak jiwa masayarakat yang aku berjaya positifkan.Ramai yang terinspirasi.Ucapan terima kasih datang bukan sahaja diblog,ditwitter malah diinstagram.Dan akhirnya diinterview surat khabar pula...

Ramai rakan disekolah mula mnyedari kewujudan blog aku.Cikgu cikgu dengan bangga memanggil aku Encik Blogger di sekolah...aku tak tau kenapa semua benda berlaku sepantas ini.Disaat aku hendak berhenti menulis dan mengurus laman blog peribadi.Adakah ini satu petanda atau arahan dari Ilahi???Adakah keajaiban ini akan berulang lagi suatu hari nanti.

"Time will take care everything."







Post a Comment

3 Comments

  1. jemput join ya :) http://fws00blog.blogspot.my/2017/02/pencarian-bloglist-mac-2017-by-fws.html <33

    ReplyDelete
  2. thank you tag awak :) In Shaa Allah nanti elsa akan join ye. seronok baca entry nie hehe. semoga sukses dalam blogging :*

    ReplyDelete
  3. So you're writing for a reason? :) Kalau saya, saya menulis sebab passion and the fun that comes with it hahaha kalau kawan kawan tahu saya ada blog, saya malu apatah lagi satu sekolah lol

    ReplyDelete