Naruto Shipudden Series Finally End (Kenangan Bersama Naruto dan Potensi Animasi Malaysia)


Siri Animasi Naruto Shippuden telah tamat pada 21 March lalu memberikan kesan nostalgia kepada rakyat yang tealh mengikut perkembangan animasi ini sejak kecil lagi.Masih jelas di ingatan.setiap Khamis 7:00 petang dulu,animasi Naruto ni lah aktiviti wajib tiap malam...tak leh terlepas setiap minggu...dan dari situ lah mulanya saya sakit hati dengan....iklan

Apollo!!!!!

Daripada kecik tengok cerita ni,saya ingat lagi pengaruh citer ni pada member meber saya time era kegemilangan ninja.Mesti kat sekolah agama ada orang buat isyarat jari ninjutsu macam macam,laungan Chidori dan Rasengan kuat kedengaran dalam kalangan pelajar pelajar sekolah agama,namun jarang sekali dengar laungan Allah Huakbar....begitulah Tuhan nak tunjuk bahawa pelajar pelajar agama juga mudah terpesong akidah akibat ajaran ajaran menyeleweng ninja ninja.


dan kanak kanak berlari riang membali shuriken dan kunai pada kawan kawan mereka dek ingin menjadi ninja paling hebat disekolah.Kalau mak ayah  datang sekolah agama ni pasti terkejut...ni sekolah agama ke...akedemi ninja???macam set set cerita naruto...dan yang paling menjadi mangsa keadaan adalah wak pekebun sekolah....hari hari kena sapu bunag sampah shuriken kertas tu...maka keluarlah omelan wak lebih kurang cemni....
"Bapak korang penat berhabis duit nak beli buku tulis nak korang belajar,tapi korang pegi buang kertas buat sampah ni....."
mungkin pada masa itu saya tak memahami,tapi bila pikir balik,memang sayu rasanya...ahahahaha

Dan umumnya tahu..komik Jepun pun bukannya senonoh sangat ennn...saya ingat lagi time darjah 6.Seorang pengawas pervert,tapi UPSR 5A....dia bawak buku Naruto yang ada gambar bogel si Hinata ni...waktu mandi rasanya....akhirnya dirampas oleh cikgu apabila kaum perempuan dalam kelas mengadu....nampak tak kerosakan otak kanak kanak dengan budaya kuning dah mula seawal 12 tahun atau lebih awal lagi disebabkan komik komik Jepun jer...bukan sebab internet pun ....so rasanya RUU untuk Child Grooming ni,dengan menyekat website website lucah  sudah cukup?saya rasa tak...

Masuk ke alam sekolah menengah...pengaruh animasi Naruto ini masih tidak terhenti.Rakan saya merupakan seorang otaku...selalu beli kreko and lukis lukis character Naruto tampal kat meja....ya....itulah daily life of otaku.Saya masa tu menganut mazhab One Piece,saya tak berapa minat Naruto tapi layan juga....tapi saya lebih memihak kepada One Piece....tapi bila menjejakkan kaki ke SM Sains Banting,aku seakan akan masuk ke dalam alam Naruto....majoriti budak budak Sains Banting ni fans Naruto...baik dekat surau ,di dorm mereka akan borak pasal Naruto...memang boring juga...di surau waktu Maghrib,ada orang kuat pengasas akidah Naruto, selalu suka Chidori orang(cubitan yang sangat menyakitkan) dan saya pernah merasainya.Tiap Maghrib lepas solat berjemaah,pasti akan kedengaran laungan Chidori dan Rasengan di ruangan solat Form 5...dan sudah pastinya perempuan perempuan yang solat dibelakang kecewa melihat dan mendengar jeritan tanggisan dan cubitan para lelaki yang di chidori dan rasengan.....
"adakah ini bakal imamku???"

Labtop saya menjadi mangsa pemuasan nafsu peminat tegar Naruto apabila keluarnya movie Naruto...Boruto The Movie....mereka datang merayu rayu nak pinjam laptop nk tengok movie tu....dan akhirnya saya yg tengah study pun tewas sama menonton movie tu di tengah malam bersama semangkuk maggie....dan masih jelas diingatan waktu habis PPT....warden meronda malam masa kitorang tengah tengok movie separuuh jalan....masa tu kitorang terpaksa menajalankan....
PROTOKOL GEGAS!!!!


ya,kitorang telah dilatih bagai agen agen perisikan dalam citer Ejen Ali.Kitorang dah biasa.Dalam masa 10 saat,kitorang boleh tutup labtop,dan sorok ditempat yang selamat dan henfon henfon yang berlambak semua disorok dengan baik dan warden biasanya tak perasan....itulah kehebatan kami.Klau korang tengok skill lami handle menyorok semua dalam masa 10 saat korang akan kagum.You will see how we work in the dark,quietly in 10 second to hide our precious item.

Cikgu Seorang Peminat Tegar Naruto

Nak jadikan citer seminggu sebelum SPM.Suasana sangat tegang...cikgu pun dah putus asa dengan perangai budaknya...waktu ni wujudnya on call...cikgu dah tak masuk kelas mengajar dah...and sesi pembelajaran PDP dah tak de...waktu ni murid cari cikgu untuk tanya soalan jer....so dalam kelas memang ramai budak yang tidur....study macam nak gila hafal buku tu and etc...and aku ditugaskan untuk print nota bio hasil tangan lukisan aku sendiri....20 muka surat 35 copy.....dengan aggaran kos print sebanyak RM360,dan disebabkan kesungguhan aku nak bantu member,cikgu tu bagi diskaun bayar la berapa nak bayar yang mampu...so aku bayar berapa yang  ada kat tangan...time tu lebih kurang RM 260...Short lagi RM100...ya la kalau kita niat nak tolong orang...Allah akan tolong kita.

700 muka surat nak di print....bayangkan....saya bertapak dalam makmal tu dari pukul 8 pagi sampai ke 12 tengah hari.Disebabkan masa printing yang memakan masa...saya bawak la buku fizik aca nak study....tapi apa yang berlaku sangat tak dijangka....cikgu mengeluarkan VCD Naruto dia dari episode 1 smpai la episode 5.Konfem la buku Fizik itu di campak ke tepi dan menonton bersama sama cikgu saya tu citer Naruto...

"Saya follow citer Naruto ni sejak zaman saya Study lagi kat Universiti...sekarang saya dah jadi cikgu baru habis......"

sambil print tu...tengok episod 1.....series sedih.....kisah kehidupan Naruto....
Untuk siapa yang tak layan citer Naruto ni,Saya citer sikit la ennn
Naruto ni anak yatim piatu..yang hilang mak ayah disebabkan mak yah dia lebih kurang pawang bomoh la....dia mati masa nak tewaskan musang ekor 9....di sealkan musang ekor 9 tu dalam anak dia Naruto...so jadi la anak yatim....disebabkan musang ekor 9 tu ada dalam badan Naruto,orang semua pulaukan dia....konon dia macam malapetaka la kat kampung tu...dan dia pun hidup sunyi...tak de saper jaga...kat rumah sesorang hari hari makan mi segera...and dia jadi budak yang sangat nakal...trouble maker kat kampung tu....selalu buat hal.Walaupun nakal...Naruto sebenarnya baik...dia jadi nakal cemtu sebab dia nakkan perhatian...dia hidup sorang sorang tak de saper layan....jadi dia nak perhatian dari orang kampung so dia jadi la trouble maker....bila dia kena marah ngan orang kampung dia rasa gembira dan bahagia...means orang masih sedar kewujudan dia.....sedih kan???

So,wlaupun penduduk kampung pulaukan dia....ada satu cikgu ni dah macam bapak dia la...kalau korang tengok last episode Naruto,Naruto mintak cikgu ni datang majlis kahwin dia sebagai ayah dia...sweet enn???cikgu ni dia tau yang naruto ni dalam dia ada 9 tail fox,tapi tak rasa pun budak ni bahaya.Dia layan Naruto sebab dia pun mempunyai nasib yang sama macam Naruto lahir dalam keluarga yatim piatu.So satu hari Naruto dihasut oleh sorang spy nak suh dia dapatkan scroll shadow cloning jutsu...last last cikgu ni datang nak protect dia habis la kena tikam semua dengan shuriken kunai semua....and ayat cikgu tu memang thug my heartstring la....cara dia nak dapatkan trust naruto..
Tengok la sendiri...malas nak cerita...

Pengajaran cerita Naruto ni sangat banyak kalau korang follow tengok all the 700 episodes.Ni antara yang aku mampu uraikan la beberapa..

Tak semestinya kita akan end up dengan orang yang kita suka...Macam Naruto dah hold up crush kat Sakura sejak kecik kut....smpai ke besar kena friendzone...in the end dia end up dengan Hinata...yang bagi aku perempuan yang jauh lebih baik dari Sakura....

Kadang kadang ada manusia yang dilahirkan keseorang alone macam naruto...dan ada masalah kelurga macam Sasuke....kalau tak dapat ditangani dengan baik akan menimbulkan dendam dan kebencian macam Sasuke.Lain cerita dengan Naruto...kensunyian tu buat dia tetap optimis tuk bina bonding dengan orang lain...

Congrats Mashima Kishimoto for the great story and the great childhood that you had give to us


Potensi Animasi Malaysia

Dengan berita pasaran BoboiBoy telah menembusi Korea Selatan dan India adalah berita baik kepada rakyat Malaysia khususnya peminat animasi negara.Kualiti gerakan animasi dan jalan cerita pun pada tahap kualiti yang baik...dan tak seperti kebudak budakan dan sesuai dengan kematangan orang dewasa untuk menonton.Begitu juga dengan animasi baru tentang super agent Ejen Ali...pada mulanya sebelum tengok citer Ejen Ali ni saya macam agak kutuk la...pikir ala ni mesti storyline macam budak budak...tak leh pergi jauh....tapi saya silap....
Jalan Cerita Ejen Ali jauh lebih matang dari yang saya sangka.Saya akui kalau saya budak kecik tengok saya takkan paham apa...saya harapkan aksi aksi menarik ketika berlawan jer la....tapi sebagai orang yang dah agak besar sikit bila tengok...sangat puas ati dengan jalan cerita dia yang boleh dikatakan sangat futuristik dan pengetahuan sains SPM saya boleh diaplikasikan untuk memahami cerita tu....thumbs up

Harapan kepada animasi negara,kita boleh pergi lebih jauh dengan kualiti cerita dan animasi sedia ada....kita akan maju dalam bidang animasi.Saya dari kecik lagi dah minat nak masuk bidang grafik dalam animasi tapi saya selalu dimomokkan dengan kurang peluang pekerjaan....saya harap dengan perkembangan industri animasi akan memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Malaysia seprti Jepun yang merupakan gergasi animasi Dunia....berapa banyak animasi dia priduce dalam setahun...dan itulah salah satu pendapatan ekonomi negara mereka...Malaysia ada harapan....kalau tak jadi gergasi animasi ASIA pun sekurang kurangnya gergasi animasi ASEAN dah ada dalam tangan.... ;)


Post a Comment

3 Comments

  1. Elsa tak pernah langsung tengok naruti. Tahu tahu dah habis? Hakhakhak elsa masih duduk dalam gua hahaha

    ReplyDelete
  2. Dah lama sangat tak tengok naruto. Last skali zaman degree. Tu pun terjebak sebab roomate suka tengok anime dia.

    ReplyDelete
  3. same here! hehe prefer one piece and conan! hehe tapi selalu tgk kat tv je la kalau ada and taktau pun either dua dua tu dah habis ke belum hehehe and yes jepun dia punya komik shouju pun not badd even mmg agakk porn sikit hehehehehhe

    ReplyDelete