Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Apa Persediaan Yang perlu Dilakukan Oleh Anda Jika Ingin Memasuki Program Matrikulasi?)

    Asalamualaikom.Masih kenal aku lagi tak?Dah setahun lebih tak menulis ni.Mana lah tau dah lupa kewujudan blog ni ennn.....ennn????Mana lah tau.

    Penang Matricullation College ni banyak ajar aku benda dalam hidup ni.Bukan setakat 4 subjek yang tak berapa berguna untuk hiduppun lepas ni,tapi ilmu tentang kehidupan tu yang aku akan gunakan untuk meneruskan hidup yang akan datang yang lebih mencengkam.Nak cerita pahit manis kat sini memang tak cukup.Kena buat drama bersiri.Tapi cerita cerita pahit tu nanti dulu lah cerita.

     Beberapa bulan lepas,mesti dah ade junior batch 2000 yang dah dapat result masuk matrikulasi ennnn.Sama ada korang happy atau tak jer,Ada yang dapat straight A,8A,7A dapat masuk sini merungut.Macam aku ahahaha "Sepatutnya aku masuk asasi...asal aku dicampakkan ke sini???Penang lak tu....aduhhhh."

    Tak juga ade orang yang dapat result so so je...ok lah dapat masuk matrikulasi pun dah cukup happy dah.Tapi jangan sekali kali pandang rendah kat dorang.Aku ada member result SPM biasa masuk Matrikulasi 4.0 tau.So benda ni yang akan aku bincangkan pada post kali ni supaya korang yang nak masuk Matrikulasi ni buat persediaan apa yang korang kena buat.

Kalau korang nak masuk Matrikulasi ni banyak benda yang kau kena tengok dan nilai dan fikir dari segi pro and cons dia tapi aku akan cuba bagi korang pikir antara cara pemikiran aku supaya tidak menyesal kemudian hari.Kalau korang tanya aku menyesal tak masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ni?Aku akan jawab tak sebab banyak benda pasal hidup aku belajar kat sini membuatkan diri aku yang sebelum ni masuk gate kolej Matrikulasi buat kali yang pertama adalah berbeza dengan aku yang baru keluar dari  gate Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ni.Like one of my favourite lecturer's last word for us.

"Its okay,when you get out from here you not get A for the Chemistry,or you not get 4.0 in the end.But at least work very hard for it.So once you walk get out from this gate,you said I already done my best.So you will walk out from here without guilt.And make sure when you walk out from the gate,you are diffrent from the one when enter the gate for the first time."  Miss Wong C.T

1.Kenali Diri Anda Golongan Yang Lemah,Biasa,Gifted
Kenali diri ni adalah benda paling penting sebab bila kau tak kenal diri kau,kau tak tahu keboleh kau,and kau pilih kawan yang tak sekufu ngan kau.Kau akan silap besar.
Kita kena muhassabah diri kita ni golongan yang mana.Kalau kita ni lemah,result SPM pun masuk cukup cukup makan,masuk masuk terus dapat modul 2 dan 3 jadi kena muhassabah balik.Diri tu macam mana.Sebab bila kau dah lemah belajar kawan ngan dak gifted yang jenis tak studypun main game je.....then end up kau ikut cara dia main game gak tak study.Dude.You dig your own grave.

Kalau kau dah tau member tu gifted,jangan ikut cara dia.Tuhan bagi dia kebolehan absorb ilmu and simpan dalam otak dia lama and otak kau tak de benda tu,Tuhan bagi dia kelebihan dia boleh fokus dalam kuliah,faham on the spot and simpan selama lamanya tak macam kau.Then kau dah tau diri tu tak pandai mana,gi ikut dia main game Mobile Legend dalam kuliah,kat kafe.Pastu bila member tu ada awek kau pun ade awek.Bila final,Member tu dapat 3.8,3.9 kau dapat 2.6 mintak kuar matrik bayar balik RM1500 balik elaun yang kau dah guna.Kan disebabkan kebodohan sendiri menyusahkan semua orang tu.

Kalau kau ni dari golongan yang lemah,belajar susah nak paham,ilmu susah nak masuk.Buat latihan seminggu dah lupa.Jangan kawan baik ngan budak gifted.Tapi kawan baik ngan orang yang sederhana yang jadi pandai sebab dia usaha banyak.Cari yang tu.Ya tak leh nak deny.
"Ek eleh kawan ngan budak gifted pun okay je dia boleh ajar kitorang.Kalau stress sesama main game."
Member gifted tu kalau dibagi masa seminggu study week study 48 chapter total dorang boleh cover masuk semua do.Dorang tu gifted,Kau tu dah la lemah,nak ikut cara dia last last seminggu tu apa tak masuk,menyesal 10 bulan kau masuk tak belajar apa.

2.Study Bukan Segalanya
Ya ni adalah benda kesilapan aku yang paling besar dalam hidup matrikulasi aku yang buat aku sengsara hidup kat sini 10 bulan.Aku dah siap mind set aku datang kolej matrikulasi ni nak belajar je.Tak nak buang masa bercouple bercinta berkawan and so on.And benda tu aku paling menyesal.

Aku belajar sungguh sungguh time sem 1,belajar je hidup aku belajar.Masuk kelas banyak tanya belajar,Perempuan cuba nak bercakap ngan aku and aku tak layan sebab nak jaga hati,kan terjatuh cinta susah ahahaha.Mmember ajak outing jejalan aku tak nak.Aku guna masa cuti aku tuk siapkan kerja kerja tutorial semua ulang kaji.Sampai tak de orang berani nak kawan ngan aku.Antara dialog yang keluar dari mulut dorang,
"Khaidir tu sombong." "Khaidir tu dia asik duk dalam bilik dia jer belajar tak kuar pun.Bersukan pun jarang.Tak berani lah nak dekat."

and masa sem 1 disebabkan aku tak de ramai kawan.Aku di tindas,Aku kena buli.Aku tak boleh lawan orang yang banyak pengaruh.Kalau dalam kelas,laki yang berpengaruh,yang selalu borak ngan pompuan dalam kelas,pak cik bawang ni dia control everything dalam kelas,kalau pak cik bawang ni tak suka ngan kau.Maka kau akan terseksa seumur hidup kau kat matrikulasi ni.Sebab dorang tak suka kat aku,dengki kat aku,dorang pun buat fitnah kat aku,Pulau aku.Masa tu untuk aku back up dan pertahankan diri balik tak de apa.Masa tu baru aku sedar.Aku duduk dalam bilik study selama ni,ilmu kimia,fizik,matematik,biologi yang aku telaah tiap pagi petang siang malam tak mampu menyelamatkan aku pun dalam keadaan ni.

And sebab tu aku nak nasihat,korang.Belajar memang penting tapi.Cari kawan baik tu lagi penting.Bina influence ngn orang sekeliling sangat penting.So bila kau kena fitnah or dajjal by someone,there will be someone will standing for you.Ada yang percayakan kau.Akan ada yang fight untuk kau.But disebabkan silap aku.Aku jadi mangsa fitnah and tak de siapa yang percaya aku.And aku terpaksa teruskan hidup sem 2 dipulau oleh kelas sendiri.Dan kawan yang aku ada dalam kelas hanyalah lecturer je.Sebab tu aku baik ngan lecturer je,selalu siap kerja dorang semua.Sebab kalau  lecturer pun tak suka aku siapa lagi nak suka aku?

Aku tiap hari pergi kelas dalam keadaan tak de orang nak cakap ngan aku.Semua jauhkan diri dari aku.Dalam eksperimen,semua team ngan aku sebab terpaksa.Dengan rasa berat hati dorang team ngan aku.Kau rasa kalau kau duk tempat aku nak bertahan lagi 6 bulan boleh tahan ke?

Kalau ikut hati memng dah tak tahan nak berhenti dah time tu.Tapi pikir balik aku ni lahir bukan dari keluarga orang senang.Ayah duit tak banyak.Takkan nak bayar elaun segala yang aku dah pakai selama ni.Jadi aku telan jugak.Lantak lah dorang nak benci ke apa.6 bulan je.Aku telan jugak.Belajar.Macam mana aku tempuhi hidup 6 bulan dipulau oleh 2 kelas yang aku masuk aku akan cerita lain kali.Stay tuned.

3.Study Planning
Planning nak study memang sangat penting.Lagi lagi jenis benda banyak ni nak study dalam masa setahun.Bayangkan program diploma 3 tahun tu kau compilekan jadi setahun.Banyak gila thats why lanning tu penting.Rajin tu penting.Selalu rajin jumpa lecturer tanya dorang soalan.Jangan risau lecturer kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ni baik baik semua.Diorang akan marah bila korang tak tanya soalan je.

4.Bercinta
Ya.Benda ni benda yang macam benda ruji la dalam hidup matrikulasi ni.Dalam tempat ni mesti kau akan jumpa someone yang kau akan berkenan punya.
Alhamdulillah Allah masih jaga saya.Saya berjaya menamatkan hidup saya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tanpa seorang awek pun.Tipu arrr tak sedih,tipu arrr tak sendu.Tipu ahhh tak iri hati,bila ada event besar kawan kawan mesti ada awek nak bergambar sesama,masuk library dorang semua study ngan awek.Aku study sorang.Sejak tu aku study bilik je....sebab aura percintaan mereka kuat sangat menyebabkan orang forever alone macam aku ni lemas.
Tipu arrr last day tak sendu bila member member lain bergambar kenang kenangan ngan awek dorang but aku duk balik bilik packing barang terus balik.

Tapi itulah pengorbanan ennnn.Kita memang lah jeles ngan dorang.Tengok dorang bahagia but kita sunyi sendu sorang sorang.Mmeber kalau down malas nak belajar,ade awek bagi motivate ajak belajar sesama.Bila down ada masalah ade teman nak cerita.
Yang macam aku ni kalau ade masalah pendam sorang sorang,telan sorang sorang.Last last pergi jumpa doktor gila dah banyak sangat pendam and makan hati ahahahaha

Tapi tu lah kena sedar diri.Sedar diri ni bukan orang kaya,nak belanja awek hadiah itu ini pun tak de duit.Nak buat dia happy caner,Ayat ayat manis mana cukup nak bahagiakan anak dara orang.Tak per lah.Tak der rezeki.

 Kepada yang akan menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi samaada di Pulau Pinang atau di mana mana sahaja Kolej Matrikulasi diseluruh Malaysia.Saya ucapkan selamat maju jaya.Good luck and all the best.Saya akan lampirkan gambar gambar suasana kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang cantik cantik dari instagram rakan rakan saya.Terima kasih kerana membaca.Asalamualaikom.

Suasana di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.





Post a Comment

2 Comments

  1. Wahhh terima kasihhhh,bestnya bacaaa,sekarang ni dah kerja dah ka?ataupun tengah sambung degree

    ReplyDelete
  2. rindunya kmpp..sy batch 2004/2005..lama dah ..

    ReplyDelete