Belajar Kelas Bahasa Korea di Coursera selama Seminggu.



      Asalamualaikum, Apa khabar anda semua. Hari ini pada 24/7 saya telah berjaya menghabiskan kelas Bahasa Korea saya di Coursera dengan hanya  mengambil masa selama seminggu. Jadi saya ingin berkongsi pengalaman saya pada anda semua. 

      Ya ketika ini sekarang telah masuk fasa cuti semester dan saya masih menganggur. Namun ini bukan alasan untuk saya bermalas malasan. Kerana dalam hidup ini semua orang berlumba untuk bergerak ke hadapan, dan kalau anda duduk diam dan malas anda akan ketinggalan dan hanya mampu melihat orang lain maju kehadapan.

      Pengalaman saya belajar di Coursera ini amat mudah dan fleksibel. Saya boleh belajar pada bila bila masa saya mahu melalui Coursera Mobile. Kalau anda malas sekali pun anda hanya perlu tonton video seperti tonton youtube.Yang penting anda habiskan dalam masa yang ditetapkan, Untuk kursus bahasa Korea ini diberi masa selama 5 minggu atau sebulan untuk dihabiskan. Namun berkat masa lapang yang saya ada. Saya habiskan dalam masa seminggu. Alhamdulillah saat sijil ini dalam genggaman. Maka mudah la urusan saya dan  di masa akan datang saya akan dapat menggunakannya ketika meminta pekerjaan.

     In sha Allah apa yang saya pelajari akan saya praktikkan dan buat latihan. Anda boleh lihat video saya di Youtube seperti dibawah untuk anda melihat saya mempraktikkan Bahasa Korea saya kerana maklumlah kita duduk Malaysia mana ada kawan Korea ye dak?

Kalau korang nak belajar Bahasa Korea dalam bahasa melayu boleh la subscribe channel saya dan korang tunggu je saya update video dalam entri ni. So jangan lupa subscribe channel saya,like dan share. Asalamualaikom.
Part 1
Part 2


Post a Comment

0 Comments