Recently saya belajar bahasa Korea dengan lebih bersistem di kelas online didalam elatih hrdf
https://www.elatih.com/p/#/app/dashboard . Dekat elatih ni korang boleh belajar banyak bahasa macam Bahasa Mandarin, Jepun, Korea, German, Spanish secara percuma so rugi kalau tak ambil peluang ni. Percuma ni hanya samapai 31/12/2021 tau, lepas tu dah kena bayar.
So masa belajar ni aku perasan yang some of Korean words or vocab banyak dari perkataan dari China sendiri contoh Usan bermaksud payung sama untuk Mandarin dan Korean. Tushuguan in Mandarin Dosogoan in Korean bermaksud perpustakaan. So aku jadi curious dengan sejarah antara Korea dan China so aku pun study la sikit sikit. So sekarang aku nak kongsikan dengan korang hasil dapatan kajian aku.
Orang Korea Bukan Berasal Dari China
Ramai salah paham disebabkan kalau korang tengok drama, Drama zaman zaman klasik korea dulu zaman Raja dorang korang tengok dorang pakai tulisan China yang Chinese Character tu so korang pikir yang orang Korea ni berasal dari China. Tapi tak pun. Orang Korea ni lebih kepada belah Mongol sana. Tapi kenapa dorang pakai tulisan China adalah sebab ya la orang dulu suka perang. Dorang pun duduk sebelah sebelah jadi siri peperangan tu sentiasa ada.
Sejak zaman ini, orang Korea menggunakan Hanja dari China kuno untuk menuliskan bahasa lisan Korea kuno pada masa itu. Selanjutnya, mereka menyatakan cara berfikir mereka dalam Hanmun (bahasa Cina klasik) kerana mereka sudah biasa menggunakan Hanja (Tulisan Cina).
Hanja adalah sejenis medium. Dengan menerima Hanja, orang Korea tidak hanya dapat berkomunikasi dengan orang-orang China kuno, tetapi juga melakukan pertukaran budaya dengan mereka. Pada masa yang sama, orang Korea menjadi lebih sadar akan budaya mereka sendiri, kerana walaupun mereka dapat merakam cara pemikiran mereka sendiri, sukar untuk memperbanyak dengan setia nuansa dalam bahasa lisan Korea ke dalam bahasa tulisan dari media yang berbeza.
Penciptaan Tulisan Hangul atau Huruf Abjad Korea Sekarang
Huruf atau Abjad Hangul dicipta oleh King Sejong dibawah dinasti Chosun(1393-1910). Pada tahun 1946, huruf Korea pertama dinamakan sebagai Hunmin Chong um yang bermaksud "the correct sound for the instruction of people."
King Sejong ni one of the great ruler dalam sejarah Korea yang diingati oleh rakyat Korea sampai sekarang sampai ada institut foundation yang diasaskan atas nama beliau. Beliau juga dikenali sebagai raja yang bijak dan rajin dan sangat mencintai ilmu.
Pada suatu hari, beliau menyedari yang pada zamannya, ramai rakyat marhaen bawahan adalah orang yang buta huruf. Dan pada masa itu Goryeo menggunakan sistem tulisan China dalam tulisan seharian. So mereka yang memahami Chinese Character ini hanyalah golongan bangsawan sahaja dan juga kerabat diraja. Jadi rakyat bawahan kebanyakannya tidak tau membaca malah menulis menjadikan kehidupan mereka seperti tiada makna. Ilmu juga sukar berkembang dan rakyat tidak mampu meluahkan perasaan melalui penulisan.
"Kita pun kalau frust tulis kat twitter,FB,Whatsapp status panjang panjang. Bayangkan orang yang tak tau membaca menulis, dorang nak luah kat mana?"
Jadi untuk mengatasi masalah buta huruf dikalangan rakyat Goryeo pada masa itu, pada tahun 1446 beliau memperkenalkan huruf hangul bagi sebagai tulisan rasmi negara dan diajarkan kepada rakyat supaya tiada lagi penghalang keilmuan atau Knowledge Barrier. Dengan harapan, selepas menggunakan huruf sendiri, Goryeo akan mempunyai identiti dan budaya sendiri tanpa mengharapkan pengaruh luar. Fokus penciptaan huruf tersebut adalah memastikan huruf itu mudah difahami dan dipelajari.
Hasil sumbangan penciptaan huruf tersebut menyumbangkan kebaikan pada zaman itu dimana, tiada langsung orang yang buta huruf didalam negara tersebut dan sumbangan beliau dikenang oleh rakyat Korea sepanjang zaman.
0 Comments