Istimewa 8 Tahun (Hiatus Panjang,Pembangunan dan Penjenamaan Semula)

 


Back in 2014, seorang budak 14 tahun mula menulis entri blog pertama dia. Berangan angan nak jadi seorang influencer yang berjaya seperti Mat Lutfi. Tapi apa jadi 8 tahun akan datang? Masih tidak berjaya seperti yang diangankan 8 tahun lalu.


8 tahun lepas aku terinspire dengan Mat Lutfi. Dia ade impian yang sama dengan aku which is nak jadi Pengarah Filem, but keluarga suruh dia sambung belajar dulu. Sama la ngan Shazreen Fazleenda. Dua dua ini inspire aku nak sambung belajar kat uni 8 tahun lepas. Dua dua video dorang yang inspire aku adalah vlog graduation day dorang. And aku pernah berazam untuk buat vlog for graduation aku macam dorang. Which is cinematic.

Tahu tak apa persamaan dua orang vlogger ni.

1. Dua dua tak jadi pengarah filem seperti yang diimpikan.

2. Dua dua menghilang dan dah ada life masing masing.


Sepanjang 2014-2017 aku sangat aktif menulis blog. Kata kata dan tulisan aku pada masa itu sangat lantang seolah olah aku adalah orang paling matang berbanding orang seusia aku dan penulisan aku matang untuk dibaca orang orang dewasa tapi hakikatnya penulisan aku syok sendiri ja. Kalau aku baca balik pun rasa cringe but aku still tak padam. Untuk bacaan anak anak aku. Yeah ayah dia pun cringe jugak.


Hiatus Panjang


Hujung 2017, aku mula ditampar dengan realiti kehidupan, aku mula nampak sisi gelap dunia dan kehidupan. Tak semua orang berpeluang untuk melihat sisi gelap kehidupan ini terutamanya mereka yang dilahirkan dalam dulang emas. Hidup kita ini sebenarnya selesa sebab ada benteng kuat yaitu mak ayah kita yang menjadi benteng untuk kita melihat apatah lagi merasa kepayahan dan kepedihan sisi gelap dunia ini. 

Tapi tak semua orang bernasib baik. Ada orang yang lahir sebagai yatim piatu dan ada juga lahir dalam sistem keluarga yang tidak berfungsi dengan baik. Aku bukanlah tergolong dari orang itu, tetapi aku tergolong dalam orang yang boleh dikatakan selesa.

Tetapi bila melihat mereka yang kurang bernasib baik ni, apatah lagi mereka itu adalah orang yang kita sayang atau concern, dan kita sedar kita ni tiada kuasa atau daya upaya untuk buat apa apa, maka kita akan selalu rasa kecewa dan hina diri sendiri.

Waktu itu aku rasa macam, benda lah tulis degar degar punya kencang tapi hampeh. Bila depan mata sendiri kena setepek masalah baru la kau sedar betapa lemahnya diri aku ni. Sampai satu tahap aku dah tak de keyakinan diri nak menulis lagi. Sebab sedar aku ni tak de apa apa pun yang hebat dan bagus sangat. Hidup aku bukan berjaya sangat pun.


Zaman Gelap


Zaman Gelap aku tidak lah segelap yang tahap teruk. Rebellion aku ni mild je. Ketika zaman gelap aku ni adalah time awal awal masuk universiti. Time ni financial pun teruk. Banyak kerja part time sampai tak sempat nak belajar. Result pun agak teruk dan susah nak bawak. Lagi lagi belajar benda tak minat ni lagi la struggle. Masa ni aku mula ada anxiety. Boleh ke aku survive bidang ni? Boleh ke aku graduate and kerja ngan benda ni? Sampai la aku jumpa ramai orang, aku mula pindah kelas bercampur dengan orang lain, baru la anxiety aku tu hilang sikit sikit. Aku mula buat benda yang aku minat kat universiti macam menyanyi, berlakon dan lain lain.



Pembangunan Semula

Aku mula sedar bila dah tahun kedua. Aku rasa macam, kalau la aku ada someone yang aku boleh refer untuk belajar programming, mungkin aku tak rasa apa yang aku rasa sekarang. So aku rasa nak buat satu page dekat blog aku iaitu Collection Of Code as one stop center untuk aku and orang lain refer untuk belajar or reference assignment. So in future kalau aku lupa, aku boleh refer balik blog ni and cari assignment or coding lama yang aku boleh refer.

Dalam masa setahun, page aku dapat sambutan dan dikenali hingga disuggest oleh lecturer di universiti aku sendiri. Dan selepas itu, aku mula fikir, kenapa banyak tutorial tutorial programming ni semua orang India? tak de ke orang Melayu bangsa kita sendiri yang ajar senang sikit paham. So dari situ aku mula decide untuk buat Youtube Channel. Hit three birds with one stone.

1. Buat personal branding which is cuba jadi influencer but in a new way (In Education and Proffesional Industries)

2. Bina portfolio untuk rujukan majikan

3. Membantu menyumbang kembali kepada masyarakat (membina anak bangsa dengan memberikan ilmu secara percuma)

4. Nak buat duit tapi tak berjaya.


Pencapaian

Setakat hari ni, hanya blog ini sajer yang berjaya monitize. Sebab tu kalau korang perasan, ada la sikit iklan dalam blog ni. Tolong la tekan iklan tu jap sebagai tanda korang support perjuangan saya. Ahahahahaha



Youtube saya dah mencapai 2800 subscriber tapi dah tak meningkat sejak tahun lepas. Dia stagnant. Mungkin sebab editing saya yang teruk atau orang tak minat content programming. Walau apa pun aku akan still cuba untuk commit. 1 Video Seminggu about Computer Science. Dan 1 Entri Seminggu.

Saya buat penjenamaan baru which is sebelum ni saya buat rants je pasal hidup dan masalah viral. But sekarang saya akan bercakap proffesionally about IT or any drama series review yang saya suka. Ahahaha. 

Sampai bila? Entah la sampai saya dah malas. ahahaha






Berharap untuk berjaya seperti Khairul Aming? Financial Faiz dan Dr Adam Zubir? Mungkin tak..... Saya dah masuk fasa malas nak berharap atau berimpian besar. Ada rezeki adalah. Yang penting konsisten menyumbang kepada masyarakat.

Terima kasih untuk 8 tahun bersama saya. Mungkin kita akan bersama lagi untuk yang 10 tahun anniversary akan datang.

Jangan lupa follow blog saya dan tekan iklan iklan di blog saya.

Dan jangan lupa subscribe Youtube channel saya.

Take Care, Bye....... Asalamualaikum.


Post a Comment

0 Comments