Website Untuk Abah

 

Alhamdulillah, tak sampai sehari, abah dah dapat customer buat tempahan serai 20 kilo. Hasil promosi di Facebook hari ini. Dah lama nak buat website untuk abah sebenarnya tapi tangguh sebab takut tak cukup supply. Sekarang supply serai dah cukup and dah siap untuk deploy.
Sejak Covid19 melanda 2 tahun lepas telah mengubah landskap kehidupan abah untuk berniaga. Dulu boleh la berniaga secara tradisional jual buah ditepi jalan. Sekarang dah susah dah, umur pun sudah semakin tua. Tidak larat untuk duduk lama tengah panas di tepi jalan. Landskap peniagaan pun dah banyak berubah kepada online. Harga barang semakin naik dan takkan turun dek inflasi.
Untuk onlinekan bisnes adalah cabaran terbesar untuk abah sendiri yang kurang mahir untuk menggunakan gajet. Tetapi tiada pilihan selain beradaptasi. Apa yang boleh diusahakan, kita usahakan setakat ini.

Di bawah ada business card abah yang saya design untuk tujuan abah bagi kepada customer dia selepas ini. Nampak ade qrcode?
Setiap pengguna telefon pintar pasti ada qr code scanner. Tipu la tak de.
So andai kata abah jumpa customer lepas tu customer tanya berapa harga itu ini, apa lagi yang abah jual, abah tak yah nak pikir bawak katalog dah. Berikan saja business card dan suruh mereka scan. Terus akan pergi ke website dan tunjuk senarai produk dan harga.
Sekarang zaman teknologi pintar, jadi kita pun kena kreatif.





Post a Comment

1 Comments