Selangor adalah antara negeri yang jarang dilanda banjir, selalu menjadi penonton, akhirnya kini merasai sendiri. Tidak pernah terfikir dibenak pemikiran saya sepanjang duduk di Selangor akan merasai banjir, walaupun rumah berada disebelah parit kerana kawasan rumah saya boleh dikatakan agak tinggi berbanding jiran jiran.
Punca banjir di Selangor (Pantai Barat) berlaku
Musim Tengkujuh yang berpunca dari angin monsun timur laut ditambah dengan air pasang besar apabila ditengah bulan dimana kedudukan bulan yang agak dekat dengan bumi menaikkan paras air laut. Menyebabkan air didarat tidak dapat keluar dari daratan. Ditambah lagi dengan angin taufan yang melanda Vietnam menambahkan lagi ketumpatan air hujan dinegara kita.
Rain is expected to clear up tomorrow morning hang in there! 🌤 #malaysia #flood #vietnam
♬ POSTERITY - Ludwig GöranssonJenis Kerosakan yang dialami
Tak banyak kerosakan yang dialami cuma perabot perabot yang berasaskan kayu mostly semuanya rosan seperti yang anda boleh lihat gambar dibawah.
Alhamdulillah paling pun rumah kami sekeluarga hanya merosakkan perabot saja, rumah orang lain seperti di Shah Alam , Klang habis tenggelam dan merosakkan banyak barang. Banyak kerugian harta benda yang berlaku kepada mereka. Disaat waktu malam yang getir air bah sudah menaiki dan memasuki rumah mereka, tak kurang berperang dengan ular dan haiwan liar. Alhamdulillah ada segelintir pihak masih sempat buat konvensyen dan mesyuarat parti, lambat dalam membantu. Tahniah diucapkan. Ini baru KELUARGA.
Moga semuanya dipermudahkan.
0 Comments