Pengalaman Menyertai Sukarelawan Keluarga Malaysia Bukit Changgang 2021 (OPS BAHIS KELUARGA MALAYSIA)

 


Ops BAHIS atau Bantu Hingga Selesai berlangsung sejak Rabu lalu hasil inisiatif Menteri KKMM dimana semua agensi kerajaan dibawah KKMM dikerahkan sukarelawan sukarelawan untuk membantu mangsa mangsa yang terkesan akbiat bencana banjir 18 Disember lalu. Antara kawasan yang saya ditugaskan adalah di kawasan Bukit Changgang.


Antara yang saya mampu bantu saat program sukarelawan itu berlansung hanyalah membantu dalam membasuh perabot perabot yang penuh dengan selut dan lumpur. Melihat kerosakan dan kelumpuhan pekan disana memberikan suatu pengalaman yang sangat menginsafkan. Kekadang terdetik dihati, kalau saya berada ditempat mereka melihat kemusnahan banyak harta benda, bagaimana untuk memulakan dan melangsungkan kehidupan seperti sediakala. Oleh itu, menyumbang apa saja yang termampu, kerana mungkin bantuan kecil kita itu amat bermakna bagi mereka yang terkesan dengan bencana tersebut.


 Semoga kita diberikan kekuatan untuk menempuhi tahun baru pasca banjir dan diberikan kesihatan yang baik di zaman pandemik yang dilihat tidak berkesudahan.








Post a Comment

0 Comments