Doa Kami Sentiasa Bersama Anda Mangsa Mangsa Banjir Pantai Timur

   Gula.Ianya manis.Ianya amat baik kalau di tambah pada minuman yang pahit.Kadang kadang gula elok digunakan sebagai medium untuk menambahkan tenaga.(Glukosa)Tapi kalau hari hari duk amik gula secara berlebihan,nanti kencing manis.Mungkin ia sama juga dengan kehidupan.Kalau hari hari gembira,hari hari ketawa,hari hari bahagia akan membinasakan seseorang itu.Mana tahu?

  Terima kasih kepada Pak Ngah Mak Ngah sudi celebrate keputusan PT3 yang tak seberapa tu.Belanja buku latihan tuk preparation form 4.Saya amat menghargainya.Terima kasih.

  
    Saya percaya di dalam smartphone anda mempunyai lambakan media sosial.Anda setiap minit anda akan memuntahkan perasaan pendapat anda didalamnya.Ia akan menghubungkan anda kepada orang yang jauh daripada anda secara PERCUMA.
   "Telefon bimbit mengeratkan dan merapatkan orang yang berjauhan dengan anda,tapi menjauhkan anda daripada orang yang bersebelahan anda."
Itu bukan perkaya yang saya hendak bincangkan.Sudah ramai yang saya pasti mempunyai kredit yang sangat banyak di dalam telefon bimbit mereka dan tidak digunakan kerana lambakan media percuma ini.Daripada anda menggunakan kredit anda untuk call or mesej sedangkan ada media yang percuma.Dari anda menggunakan untuk mengundi rancangan realiti yang menjadikan sumbangan anda sebagai saham Jahannam.Apasalahnya anda menggunakan kredit berlebihan anda itu untuk menyumbangkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.Anda tidak lokek mengeluarkan wang untuk mengundi artis kesayangan anda tetapi tidak untuk menyumbang kepada saudara sebangsa dan senegara?
    Mungkin anda akan berbisik di dalam hati anda."Ahh apa kena mengena ngan aq?"
Biar saya memberikan beberapa lampiran agar dapat mengetuk akal fikiran dan hati nurani anda.Apakah kau rasa jikalau anda berdiri di tempat mereka?Rumah di bawa arus bah?dan dinding menyembah bumi?Lumpur menyelimuti lantai dan barang barang plastik bersepah bagaikan hujan?Sabarlah wahai jiwa.Doa kami bersama anda.





Post a Comment

2 Comments

  1. yup btul tu. Apa salahnya habiskan kdit untuk menderma dkt mangsa2 banjir. Gembira dpt, pahala pun dpt. Kita mudahkan urusan org, Allah permudahkan urusan kita. Btul tk.. hehe :D

    ReplyDelete