Ikhtilat,Punca Tidak Menjadi Perhatian Masyarakat



       Baru baru ini saya telah membeli sebuah buku berjudul Tarbiyah Sentap karya Adnin Roslan anak kepada pengasas tadika Little Caliph.Beliau merupakan pengasas Page Tarbiyah Sentap di Facebook.Mari kita lihat buku beliau.Pernah baca tak?

Dimana boleh mendapatkannya?
             Antara yang menjadi perhatian sehingga 'trending' di instagram dan twitter bab ikhtilat dan crush.Crush tu semua tahu tapi ikhtilat ni amenda?
\
            Ikhtilat secara ringkas didefinasikan sebagai percampuran antara lelaki dan perempuan.
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini? (Sumber dari Dunia ISLAM Kini)


BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI

Awalnya, saya nak sentuh tentang apa itu ikhtilat. Ikhtilat ni kalau nak mudah faham, ia adalah pergaulan antara laki dan perempuan. saya rasa semua tahu. Ok, jom kita terjah satu-satu penerangan:

a)HUKUM

Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah

Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.

Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.

Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.

Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.

b)Kenapa ikhtilat HARAM?

Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!

Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.

Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.

FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT

Ramai orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan, ianya harus andai:

1)Kita terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.
2)Andai kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.

Tapi hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?

Ingat, kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat. Apakah ini?Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?
(sumber TarbiyahSentap.com)

        Kita ke bahagian seterusnya.Bila kita melihat masyarakat sekeliling baik di sekolah,kolej dan IPT.Mereka kurang mengambil peduli tentang ikhtilat.Mereka jadikan seperti adat.Paham tak?Means couple itu adalah adat sebelum berkahwin.Couple adalah saat untuk mengenal pasangan masing masing secara mendalam sedangkan ianya HARAM.Got it?

       Apa yang berlaku dalam dunia sekarangni ialah semua manusia cuba menghalalkan setiap maksiat yang mereka buat kerana....kerana dosa dosa ini sudah menjadi adat dan selalu kita nampak sehingga kita memandang dosa ini biasa seperti tidak boleh dielakkan.Kita ambil contoh aurat.Apa hukumnya kita menonton TV yang dalam program tu ade orang tak tutup aurat.Apa cer?HARAM.Tapi kita sering disuap suap hingga kita tidak benci dengan kemaksiatan yang dipaparkan dalam rancangan tersebut.Ek eleh adat arrr.

      Saya ambil lagi contoh,Hari Raya.Kita berhabis duit banyak banyak beli barang perabot.Hukumnya HARAM kerana berbelanja secara berlebihan daripada keperluan TAPI...."Ek Eleh....setahun sekali lek arrr...adat arrr..."Adat lagi dipersalahkan.

      Sama gak couple...Kita tengok orang couple couple....bahagia then kahwin.Ia berakhir dengan baik jadi kita rasa benda tu betul.Sebab itu couple menjadi adat dan ikutan sebenarnya ia salah dalam syariat Islam.Bila dah menjadi adat dan susah nak baiki.Cuba pikir,kuatkah kita nak berhenti tengok TV?Kpop best tu...Drama Korea best tu....

          Apa hukum minat artis,tengok KPOP,drama Korea,Melayu etc dan hiburan barat yang lain?Haram....Bukan setakat aurat,tapi maksiat yang mereka promosikan.
         Islam bukan secara  ibadat sahaja namun merangkumi kesemua aspek.Hiburan juga tidak terlepas.
"Apak arrr susah gila nk jadi orang Islam...semua benda tak leh...itu tak leh ini tak leh."
Memang arrr...Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahwa Orang Islam ni dunia ni neraka bagi mereka.Umat Islam ibarat dipenjara.Dikurung tak leh bebas.Disuruh itu buat tak leh tak buat.Macam banduan.Hakikatnya itulah yang baik.Kita tengok orang kafir berseronok luar sana.Memang arrr seronok tapi ingat hidup dorang tenang ker?Dorang sentiasa hidup dalam tekanan dan ketakutan.Sebabtu mereka berhibur sampai cemtu.Betul tak?
    


               Kenapa tengok menda menda ni haram.Point 1st melampaui batas syariat Islam.Kedua,melalaikan,Ketiga,mempromosikan maksiat.
Automatically haram.Tengok jer?Ingat tak hadis Rasulullah SAW?
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim
Habistu??? Kalau tengok Kpop contohnya minum arak peluk peluk tapi kita tak benci...Sedangkan kita kena benci maksiat yang dia lakukan.Kalau kita tak benci...Mana iman kita?????
Nauzubilah Himinzalik.

BERSAMBUNG.....
Sila berikan sokongan dengan sumbangan ikhlas anda dengan klik ruangan iklan yang terpapar diblog ini.Mudahkan tak keluar duit pun.Moga Allah memurahkan rezeki kalian.AMIN.....





Post a Comment

0 Comments