Wednesday, 23 December 2015

Hadiah Buat Junjungan karya Khaidir Amir (Sempena Maulidur Rasul)

















         Pagi 24 Disember itu bermula dengan suasana bingit di rumah sewa tersebut.Azri bersiul gembira dan menegur kepada roommatenya Johar.
"Wei hari Birthday aku,tak wish ker?"
"Happy birthday!!! ni kau sengih sengih happy ni apasal ni,macam kambing jer.." balas Johar dengan endah tak endah.
"Aku nak sambut bufday aku ngan awek aku kat IOI...Hehehehe" balas Azri dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.Terlihat lesung pipit yang manis menghiasi wajahnya apabila dia senyum.
"Kau tau tak harini hari apa?" tanya Johar ingin menguji Azri.
"Hari Khamis,cuti...asal???ada hal ker hari ni??aku ada janji ngan sesiapa ker?" balas Azri seperti tidak menyedari sesuatu.
"Hari ni maulid nabi la...Hari Lahir Baginda SAW.Hang tak concern lansung.Cuba sensitif sikit.Duk rumah selawat kat nabi kan elok.Ni tak,hari jadi nabi kau lepak ngan anak dara kau ke hulu kehilir."
tegur Johar dengan tegas.
"Woi,hari jadi aku kot,aku mesti lah nak sambut ngan orang istimewa." balas Azri bengang,tidak berpuas hati dengan teguran Johar yang ada betulnya.
"Hari ni birthday kau ennn,apa rasa kalau awek ko kawan ko tak ingat birthday hang,tak bagi hang hadiah.Apa rasa?Sedi tak?"
Azri terdiam seketika.
"Nabi Muhammad SAW tak mintak pun hadiah beg LV ker Iphone6 yang macam kau bagi kat awek kau.Selawat 100 kali pagi petang kat dia,ikut sunnah dia,Tu jer...kalau hang yang kawan awek tak ingat birthday kau pun sedih,apatah lagi nabi,konfem sedih umat dia and sebahagiannya adalah kau tak ingat pun kat dia,pastu gi usung anak dara orang lak tu.Kau boleh spent 360 hari kau ngan awek ko,tak boleh ker ko spent 1 hari kau untuk nabi,tuk rohani kau tu.Awek kau tu belum tentu kau end up kawin dengan dia tau.Tapi ni Nabi ni dah duk tunggu kau kat akhirat nak bagi syafaat,ko buat tak kisah dia jer.Nanti kat sana Nabi ignore kau,jangan masa tu kau nak menyesal sebab kat dunia kau sombong tak nak ingat dia." leteran Johar yang menyentap tanpa berselindung.
"Yalah,kau lah menang...malas aku nak layan kau." Azri mencapai kunci keretanya dan meluru keluar lalu meghempaskan pintu tanda protes.
Johar mengeluh panjang sambil mengucapkan istirgfar.
"Aiii Ya Allah,kau bagi la hidayah kat dia tu"
-------------------------------------------------------------------------------------
tak tak tak
bunyi jari Azri mengetuk meja di sebuah restoran mewah di IOI City Mall.Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling sambil menghembuskan asap vapenya.
"Lamanya Najiha ni..." getus hatinya.
"Sorry I lambat you.....jam kat KL...anyway happy birthday..." kejut Najiha dari belakang Azri.
Najiha melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Azri.
Najiha seorang perempuan yang cantik dan pandai dalam berfesyen.Dia juga free hair,rambutnya bewarna perang.Tiba- tiba pada hari ini Azri kurang senang melihat gaya Najiha.
"Hari ni maulid nabi la...Hari Lahir Baginda SAW.Hang tak concern lansung.Cuba sensitif sikit."
kata kata Johari terbayang dimindanya.
Setelah mereka berdua memesan makanan.Azri berasa tidak senang hati melihat gaya Najiha.Lalu Azri menegur.
"Bi~Sorry tau kalau I cakap...hari ni maulid nabi,you tak rasa sensitif ker pakai cerni hari ni." tegur Azri walaupun dia tahu kata katanya itu akan membangkitkan kemarahan kekasihnya,
"You ni kenapa???I datang ni nak sambut birthday you,bukan nak dengar ceramah you." marah Najiha.
"But baby,as a muslim we should respect this day,I mean you tak rsa bersalah ker?" balas Azri.
"Sejak bila you nak tegur I bab agama ni?Sudahlah,kalau you tak nak sambut dengan i .Cakap jer lah...dah I nak balik..." Najiha bangun lalu meninggalkan Azri sendirian di restoran itu.

Azri mengeluh panjang dan terbayang lagi kata kata Johari,
"Kau boleh spent 360 hari kau ngan awek ko,tak boleh ker ko spent 1 hari kau untuk nabi,tuk rohani kau tu.Awek kau tu belum tentu kau end up kawin dengan dia tau.Tapi ni Nabi ni dah duk tunggu kau kat akhirat nak bagi syafaat,ko buat tak kisah dia jer.Nanti kat sana Nabi ignore kau,jangan masa tu kau nak menyesal sebab kat dunia kau sombong tak nak ingat dia."

------------------------------------------------------------------------
         Azri menghembuskan asap vapenya di sekitar Taman Tasik Titiwangsa,dia ingin melepaskan tekanan yang dihadapinya tengah hari tadi.Tiba tiba dia terlihat dua orang pemuda sedang berjoging,
"Kau tengok bangla tu,rambut dia sikat tengah...skema gila do,...jijik siar..." kata salah seorang pemuda itu.Lalu kawannya yang kelihatan agak baik sedikit membidas cemuhan rakannya dengan ayat yang paling menyentap.
"Sikat tengah tu sunnah nabi,kau nak hina sunnah nabi ke apa ni?"
Kawannya terdiam seribu bahasa dan bayangan mereka terus hilang dari pandangan.
Terlintas dipikiran Azri,gaya hidup aku hari hari ni,berapa banyak yang aku ikut sunnah nabi ek?
 Azan Asar berkumandang,terdetik dihati ingin menunaikan solat berjemaah setelah sekian lama tidak solat berjemaah.Solat dirumah pun kadang kadang.Tidak menentu.Kalau rajin Solat.Kalau malas tak buat.
Sebelum memasuki surau,diperkarangan surau terdapat warga Bangladesh sedang menjual jubah putih dan serban.Dia membeli jubah dan serban tersebut dengan harga RM80.
Selepas menunaikan solat Asar,Azri berselawat kepada nabi SAW sebanyak 100 kali.Dia menjadi tenang dan masalah tengah hari tadi dapat dilupakan secara serta merta.
"Ya Rasulullah SAW,ini sahaja hadiah yang mampuku kirimkan untuk mu,berikanlah syafaat untuk ku diakhirat nanti."
-----------------------------------------------------------------------------
"Amboi Azri,pakai jubah kau harini,bila kau beli???kau nak pergi kelas pakai jubah ker?" tanya Johari kehairanan.
"Ana ada usrah dakwah sama Akhi akhi(saudara perempuan) bakal zaujah(isteri)ana,ana mahu musyawarah sama mereka nak sedarkan mereka tentang bahaya ikhtilat...ana pergi dulu ya antum...asalamualaikum" jawab Azri penuh bersemangat.
"Duk kalut apa usrah ngan pompuan,pasal ikhtilat lak tu,sesat ni,dia dah peluk fahaman syiah ker wahabi ni?Ya Allah selamatkan aku....."

TAMAT


3 comments:

  1. eh best crita diatas ni.trima kasih share..salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!