Kasut Sekolah karya Khaidir Amir


"Kalau kekurangan penyebab kecundang,tiada Harry Potter dikenali sedunia,kerana penulisnya juga lahir,bukan dari kalangan bangsawan berjaya."

    Pelajar Tingkatan 1,nama aku Joe,Aku ni sangat jahil dalam trending ni,apapun aku tak tahu.Mak ayah aku sangat beruntung dapat anak macam aku,sebab aku tak pernah mintak duit dorang beli baju,seluar kasut mahal-mahal macam budak-budak lain sebaya dengan aku.Walaupun begitu,aku bukan kalangan pelajar yang pandai,aku ni biasa biasa jer,Kelas sederhana,hari hari kena panggil bodoh jugak,tapi aku dah cukup gembira asalkan mak ayah selalu cakap aku pandai.

    "Wei tengok ni wei kasut aku baru beli...." tunjuk Harris kepada aku dan geng aku.
Image result for hipster sport shoes

"Babeng hipster sia...." jerit Muaz kekaguman.
"Kau nak pakai masa merentas desa ker??" tanya Dahlan.
"Konfem arrr...series arrr aku pakai awek konfem leleh tengok." ujar Harris dengan penuh bangga.
Image result for hipster sport shoes
"Aku beli yang ni,Series selesa wei pakai,lari sedap jer,tapak dia selesa.Then kalau kau pakai ringan do.Kalau nak lari laju gila.Konfem la merentas desa minggu depan aku menang.Harga pun RM230,jenuh jugak pau ayah aku,merajuk tak nak belajar kalau tak beli." sampuk Idham tak mahu kalah.

        Aku tengok jer gelagat dorang berlagak dengan kasut masing masing,kasut sukan???Mahalnya RM230.Aku tak pernah pun merasa kasut beratus ratus.Terfikir dalam benak hati dan tertanya tanya."Kasut fungsi dia untuk pakai untuk alas kaki dari cedera jer,apa bezanya ngan kasut yang aku selalu pakai?Mahal tu"

       Mungkin kerana aku bukan budak pandai,tak tau apa apa pasal kasut,trend,kelebihan kasut ni.Ahhh biarlah diorang.

      Esoknya latihan merentas desa,aku hanya memakai kasut sekolah untuk berlari ketika itu.Harris dan Izham sibuk membelek kasut mereka.Melakukan senaman memanaskan badan sebelum berlari.
-------------------------------------------------------------------------
      Aku berlari dan lari,sepanjang perjalanan aku lihat ramai juga pelajar yang hipster pakai kasut kasut Converse,New Balance dan lain lain yang aku malas nak sebut.Semuanya pancit dan berjalan sahaja.Aku teruskan berlari tanpa memperdulikan apa yang berlaku di sekitar.

      Aku singgah beli air sirap sejuk kat gerai yang ada di tepi jalan,Aku duduk kejap sambil melihat pelajar pelajar yang ketinggalan dibelakang.Indahnya melihat gerak geri mereka yang berlari kepenatan,ada yang termengah mengah,aku seolah olah menyaksikan sinematografi sambil menikmati secawan sirap sejuk.Awek awek yang kepenatan pun mencuri perhatianku.Tiba-tiba ada seorang perempuan melintas dihadapan ku,Tak boleh jadi,dah tak boleh rehat dah,aku kena teruskan larian sekarang.

--------------------------------------------------------------------------
      Aku dah tiba ke garisan penamat,aku bukak stoking kasut and jemur sebab dah pijak lumpur,merungut sendirian dalam hati 
"Adoiii balik ni nak kapur kasut balik ni."
Setelah menghantar kad laporan kokorikulum dan ditanda tangani,sejam selepas aku menamatkan perlumbaan tersebut aku pun bertolak ingin pulang ke rumah.Masa tengah kayuh basikal aku terjumpa Harris dan Idham baru sampai ke garisan penamat.
"Asal korang lambat?" tanya aku 
"Kitorang pancit do" balas mereka berdua termengah mengah.
Aku hanya tersenyum sinis.

"Kasut korang yang hipster beratus ratus ringgit kalah dengan kasut sekolah yang ayah aku beli RM30?"
Aku bertanya dalam hati,tidak berani aku katakan kepada mereka,bimbang berlaku sebarang provokasi.
-------------------------------------------------------------------------

      Satu hari,ayah aku ajak pergi bank,nak check akaun aku katanya,lalu dia mengambil satu buku dan tunjukkan pada aku.
  "Joe,tengok ni,tiap bulan ayah masukkan duit dalam akaun Joe.Dalam usia Joe semuda 13 tahun dah ada RM20000 dalam simpanan.Ingat pesan ayah sampai bila-bila,hidup sentiasa bersederhana.Kalau hidup kita nak tunjukkan kemewahan atau nikmat yang kita ada,sampai bila Joe takkan puas.Hati Joe takkan tenang."

     Pesanan ayah aku masa tu aku bekalkan sehingga hari ini.Sekarang ayah sudah tiada.Berkat simpanan aku dan harta peninggalan ayah kerana sikap menyimpan ayah,saya mampu hidup mewah sekarang.Saya mempunyai rumah anak yatim saya sendiri.Berkat simpanan ayah juga,saya mampu menunaikan haji sebanyak 2 kali pada usia yang muda,Yang paling best.Masa kahwin haritu,si ayah mertua letakkan hantaran RM15000.Maklumlah anak lawa,esoknya saya bawa apa ayahnya nak,apa lagi.Tersenyum simpul ayah mertua aku.Masa tu jugak dia panggil aku 
"Anakku~~~"



P/s Ok maafla first time tulis cerpen,dapat idea daripada baa satu tweet ni kat twitter.Sebab ni kali pertama saya tulis cerpen so I make the story bit simple.Tak banyak emosi semua.Santai namun padat mesej yang aku nak sampaikan.Kalau budak budak biasa baca dia nampak 2 benda jer aku nak sampaikan kat situ.Tapi kalau budak pandai dia baca dia nampak 10 mesej yang aku nak sampaikan and dia akan bash aku sebab dia rasa cerita ni seolah olah penghinaan.Ahahahaha jangan duk ovrthinking sangat weh.

Aku menulis cerita ni bila teringat pasal kisah Abu Ubaidah Gabenor Syam yang Zuhud.Saya akan copykan melalui http://tawarikhkehidupan.blogspot.my/2011/10/abu-ubaidah-bin-jarrah-gabenor-ang.html

Memang Abu Ubaidah dikenal orang di zamannya sebagai orang yang zuhud. Umar pernah berkunjung ke Syam ketika Abu Ubaidah menjabat sebagai Gabenor. “Abu Ubaidah, untuk apakah aku datang ke rumahmu?” tanya Umar. Jawab Abu Ubaidah, “Untuk apakah kau datang ke rumahku? Sesungguhnya aku takut kau tak kuasa menahan air matamu begitu mengetahui keadaanku nanti.”

Namun Umar memaksa. Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Umar berkunjung ke rumahnya. Sungguh Umar terkejut. Ia mendapati rumah Sang 
Gabenor Syam kosong melompong. Tidak ada perabot sama sekali.
Umar bertanya, “Hai Abu Ubaidah, di manakah penghidupanmu? Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain sepotong kain lusuh dan sebuah piring besar itu, padahal kau seorang 
Gabenor?”

“Adakah kau memiliki makanan?” tanya Umar lagi. Abu Ubaidah kemudian berdiri dari duduknya menuju ke sebuah ranjang dan memungut arang yang didalamnya.

Umar pun meneteskan air mata melihat keadaan 
Gabenornya seperti itu. 

Abu Ubaidah pun berujar, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sudah kukatakan tadi bahwa kau ke sini hanya untuk menangis.” Umar berkata, “Ya Abu Ubaidah, banyak sekali di antara kita orang-orang yang tertipu oleh godaan dunia.”

Suatu ketika Umar mengirim wang kepada Abu Ubaidah sejumlah empat ribu dinar. Orang yang diutus Umar melaporkan kepada Umar, “Abu Ubaidah membagi-bagi kirimanmu.” Umar berujar, “Alhamdulillah, puji syukur kepada-Nya yang telah menjadikan seseorang dalam Islam yang memiliki sifat seperti dia.”

Begitulah Abu Ubaidah. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dan harta yang ada di dalam genggamannya. Baginya kedudukan bukan jalan memperkaya diri. Tapi, kesempatan untuk beramal lebih kuat bagi meraih syurga. Insya Allah.

Nantikan Entry saya seterusnya Qadha' Solat

Post a Comment

1 Comments

  1. like wow do cerita kau...... thumbs up. JANGAN BERHENTI MENULIS.

    ReplyDelete