Koleksi Frasa Matang (Tips Menulis Karangan Bahasa Melayu PT3 dan SPM) PART I

Image result for Bahasa Melayu Spm
Sebelum saya melabuhkan tirai blog saya pada 2015,izinkan saya mempublishkan entry yang mampu membantu pelajar diluar sana.Sumber daripada sekolah saya dan saya ingin kongsikan manfaatnya bersama anda semua.Hope perkongsian ini sangat membantu anda semua.BLOGGER YANG DAH HABIS SEKOLAH PUN BACA...HOPE DAPAT UBAH GAYA PENULISAN KORANG YANG MEMBOSANKAN....JOKE.....

Koleksi Frasa Yang Matang

1.Keluar dari himpitan pemikiran lama
*Dalam era transisi modenisma kini,masyarakat perlu keluar daripada himpitan pemikiran lama agar kegagalan masa lampau tidak menjadi penghalang kepada kejayaan yang bakal ditempa.

2.Menyuburkan budaya persejagatan
*Ikatan kerjasama bersinergi yang dilakukan untuk mengatasi masalah penipisan lapisan ozon bumi yang semnakin meruncing dari hari ke hari ibarat barah yang melarat dan telah menyuburkan budaya persejagatan dalam menangani kegawatan ini.

3.Tetap mengakar dengan budaya tempatan yang luhur
*Anak-anak remaja yang berhijrah  ke luar negara sayugia menampilkan kecemerlangan jati diri yang mengakar dengan budaya tempatan yang luhur supaya mereka tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sebenarnya.

4.Kesungguhan yang sayugia jelmakan
*Usaha-usaha untuk memapankan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat merupakan kesungguhan yang sayugia dijelmakan bagi menobatkan imej Malaysia dipersada dunia agar Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memilik komuniti bersepadu.

5.Menggelungsur Ke Belakang 
*Realiti pada hari ini jelas mempamerkan gejala tumbuk rusuk yang melata dalam senyap dan dikhuatiri  akan mengakibatkan imej negara kita terobek dengan kemajuan negara yang seakan akan menggelungsur ke belakang.

6.Menolak Kewajaran
*Kita sememangnya perlu menolak kewajaran pengamalan rasuah kerana dibimbangi akan sebati dengan masyarakat era modenisma ini yang bersikap materialistik.

7.Kejujuran akaliah dan kencintaan pada kebenaran.
*Sekiranya kejujuran akaliah dan kencintaan pada kebenaran mengakar dalam hati  nurani setiap rakyat Malaysia,maka harapan negara kita untuk membanteras kegiatan tumbuk rusuk akan menjadi suatu realiti dan bukannya suatu superfisialiti.

8.Penjana kewibawaan
*Selaras dengan hasrat nurani pihak kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang berminda kelas pertama,penubuhan sekolah bestari menonjolkan situasi unik sebagai penjana kewibawaan serta melahirkan personaliti menjulang dalam kalangan generasi pewaris negara.

9.Memperdanakan Kebenaran
*Masyarakat perlu berani  dalam memperdanakan kebenaran yang sekian lama dipandang enteng bagi menangkis segala bentuk anasir negatif  yang semakin meliar.

10.Kegigihan yang masih mendarah daging 
*Kegigihan yang masih mendarah daging dalm diri pejuang pejuang kemerdekaan suatu masa dahulu wajarlah diteladani oleh generasi hari ini agar kedaulatan negara terpelihara.

11.Menjadi peradaban agung
*Sekiranya semua masyarakat Malaysia berminda kelas pertama,maka penjanaan modal insan untuk dijadikan peradaban agung akan dapat dicontohi oleh negara negara dunia ketiga.

12.Terpinggir dan tidak diacuhkan
*Walaupun aspirasi murni Wawasan2020 yang diperkenalkan oleh bekas perdana menteri kita hangat diperkatakan,namun hasrat murni ini  tidak akan dapat dizahirkan  jika penjanaan modal insan  masih terpinggir dan tidak diacuhkan oleh rakyat Malaysia.

13.Roh bangsa Malaysia
*Masyarakat Malaysia harus berusaha  mendominasi  kemansangan dunia agar maruah dan martabat roh bangsa Malaysia dapat dijulang di arena antarabangsa.

14.Naif akan kebendaan dan material melalaikan
*Masyarakat  Malaysia yang naif akan kebendaan dan material yang melalaikan  perlu membuka gawang minda dan membiaskan persepsi  serong mereka agar mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat sarwajagat.

15.Masih merangkak dalam lingkungan masalah kita sendiri
*Kemelut rasuah  masih merangkak  dalam lingkungan masalh kita sendiri walaupun pelbagai langkah drastik telah digiatkan oleh pihak kerajaan.

16.Sememangnya cukup mendewasakan Malaysia
*Peristiwa 13 Mei 1969 yang mengancam kesejahteraan integrasi nasional semenangnya cukup mendewasakan Malaysia agar menitikberatkan perpaduan bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

-To be continued-

"Distraction of studies,bosan bosan mesti lukis....ahahaha saper macam aku????klik iklan kt blog ni or tulis kat cbox :P"

Post a Comment

0 Comments