Tuesday, 15 March 2016

Back to 90's (90's Generation Child will Over)


Bukak twitter,banyak yweet pasal  "90's only know this" and banyak lagi seumpama tu...and paling sedih baca tweet dia kata... "tahun ni tahun terakhir remaja 90's.Tahun depan budak 90 an semua dah dewasa."So sekarang ni tahun terakhir tuk 99.So kepada budak 90 an,entri ni khas untuk anda,Let's fly with me back to 90's.

Chapter1:When I was born 
Bermula ngan saat aku dilahirkan kedunia,1999.ahahaha
Korang ingat lagi ker time korang lahir???mesti mak ayah korang banyak cerita pasal korang dulu kan???Ada gak citer yang aku ni suka tengok jalur gemilang.Ada satu hari aku tengok bendera berkibar kat TV.Aku suka sangat tengok.So satu hari,bila bulan merdeka.Atok aku kibarkan bendera Jalur Gemilang kat luar rumah.Lepas siap atuk aku kibarkan.Atuk aku masuk,aku tak masuk masuk.Nenek pun cari la mana cucu dia ni...last last jumpa kat luar panas panas tu duk tengok bendera berkibar....ahahahaha

Selalu jugak main lompat lompat dari kerusi,then jatuh terseliuh,aku menangis dengan kuat,Abah cuak,pergi hospital.Dengan kelam kabutnya dan cemas.Dalam otak ligat pikir,patah kaki ker apa budak ni....Aku dibawa ke bilik pemeriksaan dan diperiksa oleh doktor.Doktor mula menyatakan report kepada abah hasil daripada rawatan tadi.Doktor tersenyum sinis sebelum bercakap dengan abah."Anak encik ni ada bakat jadi pelakon...."


Tiada terseliuh atau patah kaki pun.Aku acting jer nangis macam patah kaki....Dan akhirnya jadi bahan bualan keluarga.....

Dari kecik,aku ada satu kawan jer,sepupu aku ni.Namanya Rashid.Dia duk sebelah rumah ngan aku.Apa apa jer aku cari dia,Tak de kawan.Asik asik gi rumah dia.Nak main ke apa gi rumah sebelah.Ahahahaha selalu gak gaduh main sesama.Cakap la main apa yang tak pernah.....

Paling aku ingat main Ultraman.Rumah aku banyak mainan.Aku susun blog lego jadi bangunan,pastu aku jadi raksasa aku sepak bangunan sampai hancur,pijak pijak bangunan.Kan I dah cakap,I dari kecik dah ada talent belakon.Metrowealth,SUHAN Movies ngan SKOP  Production,dah boleh intai intai saya sekarang...ahahaha

Pastu tukar turn.Kadang kadang kitorang tengok wrestling.Apa lagi terpengaruh.Gi rumah atok.Katil atok la jadi gelangang wrestling.Atok geleng kepala jer tengok.Tapi dia tak marah.Ahahahaha....tengok jer la kitorang bergusti,Konfem la aku kalah.Sepupu aku jer menang.Macam macam kunci dia dah try kat aku....ahahahaha....

Kalau gaduh,tak nak kawan,balik rumah masing masing tak keluar....tapi tak lama.Esok datang rumah masing masing gak main....ahahahaha.Masa tu mana ada fon,basikal tu lah segala galanya.Walaupun tak dapat keluar dari kawasan rumah.Tapi kawasan rumah aku tu dah cukup besar tuk buat skill basikal macam macam.

Kekadang pergi bawah pokok,amik ranting kayu buat pedang,Pastu pukul pokok poko yang nenek Bibah tanam.Pastu nenek Bibah jerit dari jauh.Dia selalu duk tengok pokok poko dia dari buaian.

Sekarang kedua dua atok Rahmad dan Wan Bibah saya dah tiada.Alfatihah buat mereka.

Masa berlalu dan berlalu,aku dah masuk tadika.Aku dah ade kawan selain sepupu aku.Aku ada suka kat dua pupu aku.Namanya Amirah tak silap.Adik Raimi.Selalu intai dia bawah meja kat tadika.Pastu tukar awek pulak.Suka kat Siti Qamarina.Anak tauke saloon rambut masa tu.Satu hari aku wakil tadika pertandingan pidato,Menang.Then mak si crush aku yang hantarkan aku balik.Ni ibu aku citer la,....pastu aku tengok jam dah pukul 1...mak dia puji "wah pandai tengok jam..."ibu aku sengih.Dah nampak dah bakal calon menantu...tapi sekarang pompuan tu dah ada pakwe dah.Member rapat aku pak we dia.Moga kahwin nanti jemput aku....

Menang pertandingan pidato...pergi peringkat daerah...aku pun berpidato la ngan coolnya.Ibu pun tengok dengan bangga.last last abis pidato aku pergi pukul belon kat tepi pentas.Mak aku tengok juri gelak ngan gelagat aku.Then kalah....

Masuk sekolah rendah,aku sangat nakal.Nakal gila.Aku ingat lagi Nazhmi,dia sekarang dah couple ngan crush aku yang aku gilakan 2 tahun sampai sekarang.Perampas...moga bahagia...Ahaahahaha
Masa dia masuk kelas,dia duk sebelah aku,then aku tanya nama dia saper...dia tak jawab...aku geram.Aku tengok buku tulis dia.Namanya Nazhmi.Ooowwwhhh.Pastu aku cakap kat dia.."Wei tengok ni.."aku amik pensil kayu dalam pensil box dia.Aku tunjuk depan mata dia...aku patah kan....
"Jangan la...."jerit dia....aku makin galak...aku amik lagi satu...aku patahkan jugak depan matanya...pensil ketiga aku patahkan dia report kat cikgu...aku pun dipindahkan tempat sebelah perempuan.Apa???ingat aku tak berani buli perempuan.

But one day,ada cikgu praktikal lawa,sejak kehadiran dia,aku jadi seorang murid yang baik dan mithali.Hari hari tolong dia angkat buku.Sejak tu Bahasa Melayu jadi subjek favourite aku.Aku pernah jadi pembaca berita masa dia mengajar.Dia buat TV kotak tu sendiri.Then dia pun pindah...Aku frust dan jadi jahat lebih dari sebelum ni....cikgu...sihat???ingat saya lagi???
"hari terakhir cikgu...korang rasa muka siapa paling sedih kat situ.."

Chapter 2:Darjah 6
Aku budak paling bising dalam kelas.Sumpah bising.So cikgu pindahkan aku dikelilingi bunga bunga...or perempuan.Dan aku duduk di sebelah kiri Ummi dan kanan Anis Syafiqah.Tah tetiba aku rasa suka lak kat dia.Pastu nak try rapat nag ndia...aku selalu la buat lawak...antara lawak yang aku ingat....

"kenal Bill Gate???tau tak saper adik dia???"
"tak"
"Colgate..."
HAHAHAHAHA dan kami gelak bersama....

and event yang paling aku tak leh lupa sampai aku tersengih sengih sampai balik rumah..mak aku pun pelik ialah masa Sir semak jawapan buku SPS(Science Process Skill) aku.Aku tampal salah.soalan 18 kat 20...20 kat 23 dengan 30 kat 32 terbalik cemtu arrr...pastu kena bahan ngan budak kelas aku...Cek cek buku aku...aku kena ketuk kepala ngan cikgu.Pastu aku tengok Anis asik gelak gelak tengok aku kena duku.Ahahahahaha.

Satu hari kat sekolah agama.Dorang tengah sembang drama trending Boys Over Flower,pastu dia kata aku macam Kim Sang Bum.Playboy.Pastu dia suh aku berlakon macam playboy.Aku pun layan kan jer la.Pastu Anis gelak tengok aku berlakon.Sejak tu aku layan KPOP.Cisss....

then datang la musibah yang menjauhkan aku ngan Anis.Time perkhemahan,Sir Firdaus panggil nama aku.Aku pun berdiri.Sir tanya "ramai peminat...ramai kawan perempuan tak?"
aku jawab "tak dak" pastu ramai jerit nama Anis... dan dia pun nangis time tu gak....

and masa berlalu...aku dah malu nak cakap ngan dia pastu....And sekarang dia dah bahagia ngan Kamal member aku.Moga lepas sekolah,lepas graduate kahwin nanti jemput aku....


Chapter 3:Secondary School
Zaman jahiliah aku ni Form1,Nakal juga.Memang masa ni aku tak pikir belajar lansung.Main ja,,,ponteng fall in tengah hari.Main kejar kejar ngan cikgu disiplin.Masa tiap hari Jumaat.Cikgu Math tengah mengajar,aku duk minum air Kickapoo botol besar ngan member kat belakang hasil kumpul duit sesama beli kat speedmart balik solat jumaat.Nak nampak gengster,kitorang potong botol...amik hujung dia buat cawan wine tu pastu cheers kat belakang masa cikgu mengajar....ahahaha...nak lagi gempak taruk mentos dalam air tu goncang goncang,,.. Alhamdulillah masih hidup....

Satu hari cikgu sejarah aku nak bersalin,diganti ngan anak sedara dia.18 umurnya.I DARI JAHIL MENJADI MURID FORM1 YANG BAIK SERTA MERTA.Cikgunya lawa jugaSejak haritu favourite subjek aku sejarah.Tiap kali waktu sejarah.Aku turun bilik guru angkat buku.Aku suruh kawan aku tak yah turun biar aku sorang.Power of love punya pasai,Buku 27 aku angkat sorang....

Nak jadi citer satu hari,aku turun bilik guru,aku nampak Nazhmi ngan kawan dia angkat buku tuk cikgu.Aku balik kelas dengan rasa marah.Pastu aku termenung tengok luar tingkap.Satu kelas perasan aku diam jer haritu.Hati aku sakit sangat masa tu.Tak tau asal.Masa tu lah first time aku belajar,apa tu rasa cemburu...ceh wah...ahahaha.Satu haritu cikgu tanya apa apa aku tak jawab lansung.Masa dia mengajar aku pandang tempat lain.Buat bodoh......

Satu hari Cikgu Zalinawati perasan yang tiap kali waktu sejarah,aku sorang jer yang akan turun angkat buku.Classmate pun kantoikan...abis viral bilik guru.Sejak haritu,cikgu dah segan ngan aku.Cuba stay away ngan aku.Sebab aku murid dia...dia tak leh reject of friendzone.So jadi "STUDENTZONE"

Dan beberapa minggu kendian...dia pindah,,,,aku jadi lebih nakal dari biasa....

Chapter 4: Final Year"First Love"
Aku minar seorang perempuan form2 namanya Amirah Asyira.Aku tak tau la caner aku boleh suka gila kat dia.I cant understand and define the feeling until now.Selebihnya aku akan cerita pasal dia bia aku terbitkan buku "10" aku nanti....

Semata nak jumpa dia aku mintak kelas aku vote aku jadi ketua kelas sebab dengarnya jamuan ketua kelas sekali ngan jamuan pengawas.So....

So aku mula memegan tampuk pemerintahan.Aku salah guna kuasa untuk kepentingan aku sendiri.Contohnya,ajak Ustazah belajar kat surau sebab waktu pagi si Amirah ada kelas BARAB kat surau.Pastu ajak belajar kat library sebab tengah hari...Amirah lepak library tunggu sesi pertang....dan pelbagai penyalahgunaan kuasa yang lain seperti meronda ronda sesuka hati untuk fly kelas cikgu.
P/S "Tie ketua kelas mempunyai kuasa hikmat...kalau cikgu nampak aku keluar tanpa pas kebenaran..tak didenda..sebab dia tengok tie " ketua kelas...so senang ponteng kelas dan kelebihan ni aku gunakan nak usha usha or bagi hadiah kat dia"

Akhirnya aku diriject..sebab katanya akuni pemalas,tak sehensem kawan aku tu.So aku pun mula mengubah nasib aku.Dan aku buat kejutan demi kejutan....Aku nak buktikan yang aku bukan macam apa yang dia cakap,and aku jauh lebih baik dari kawan aku tu.....
And now I manage it.

So conclusionnya ni last year batch99,last year aku....so make the best to end up our childhood and school age kita dengan gempak and make more and more memories tuk kita kenang bila besar nanti.Kepada Batch99 and Xanthrons1216...Straight A+ SPM saya doakan.Let,s make 2016 as the great ending sebelum masuk ke alam dewasa.Kepada pembaca pembaca semua,ni cerita saya,cerita anda????Selamat kembali ke masa silam anda....

ikhlas dari
Khaidir Amir

3 comments:

  1. Tahun ni spm eh! Gdluccckkk yeeee dik! Buat btul2 :D

    ReplyDelete
  2. gdluck spm! jgn main main! hehe dari senior 90an gituuu :p

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!