Please Support DiariH2O Fasa II (KUSESS HERE I COME) SM Sains Kuala Selangor

    22 Mei lepas,aku pergi KUSESS or SM Sains Kuala Selangor untuk lawan Chess.Pertandingan ni bertaraf kebangsaan.Cer usha banner tu.Masa first sebelum aku jejak sekolah ni aku fikir alah sekolah lama mesti tak cantik.But seriously,I had mad terriblely misjudge.Sini aku tunjukkan panorama sekolah dorang.Cantik.Tenang jer aku duduk bawah pokok.





          Sekolah ni banyak betul pokok,macam sekolah dalam hutan.Maybe dorang terapkan konsep sekolah dalam taman.I very like it.BASIS more seems like sekolah kat padang pasir.Tandus sangat.Ni pun bar nak tanam buluh nak buat macam kat sekolah Jepun.Siapa yang tanam buluh???
Aku la.Ahahahahaha......

Noticeboard dorang rajin gila update.Semangat betul budak budak KUSESS ni.Ke update sebab ramai orang nak datang?Tak per kitorang paham.Kitorang dah merasa.Warga SBP semuanya hipokrit ahaha gurau.

        Makanan DM dorang tak leh lawan sekolah aku la.Sambal dorang agak masam.Mungkin memang selera mereka kut tak tau la.

Diari H2O Video Project
Hari tu sebelum kitorang start main Chess,kitorang buat video interview semua warga SBP all over Malaysia kat situ.Tanya depa macam macam soalan.Tapi aku dan kawan aku menetapkan kriteria yang sangat ketat bagi memilih orang yang nak diinterview.Kriterianya seperti dibawah
  • Comel
  • Cun
  • Menggetarkan rusuk kiri,menjatuhkan iman
  • Solehah
  • Tenang mata apabila melihatnya 
Namun disebabkan tidak berjaya mencari orang yang berjaya memenuhi kriteria kriteria diatas,saya angkut la saper saper yang ada tepi jalan tu.
Saksikan video interview kami dibawah ini
Chess Pickup Line
Sejujurnya sebelum bergerak ke bumi Kuala Selangor ni,saya dah memrah otak,memutarkan otak saya sebanyak 360 darjah sehingga boleh dikira dengan formula isipadu janaan.Sehingga kawan saya duk sebok kira saya perah otak guna Integration.Ok saya duk pikir pikir caner kalau aku lawan Chess ngan awek cun nanti.Mesti kena sediakan ayat ayat pick up line nak sembang sembang dengan dia.Jadi saya pun mengambil sehelai kertas untuk menulis pick up line pick up line yang bahek.
Untuk pengetahuan anda,saya merupakan Pakar Pickupline Basis.Tiada siapa boleh lawan.So kalau nak mintak pick up line dorang akan rujuk aku.Kira aku macam Ketua Panitia Pickupline gitu.Jadi meh saya senaraikan Pickupline-pickupline yang telah saya buat.

  • "Awak,mana knight awak.Kalau knight awak dah mati saya rela jadi knight untuk lindungi awak" Saya bagi 3 Cia -CiaCiaCia-
  • "Ehhh mana queen saya?" "Dah kena makan la saya makan tadi" "Ehhh tak lah...awak la queen saya." Saya bagi 5 Cia -CiaCiaCiaCiaCia-
  • "Bila saya dah tak de queen kena makan,saya rasa macam hilang awak.Saya dah tak tentu arah tak tau nak gerak mana.Nampak tak saya tak boleh hidup tanpa awak." Saya bagi 4 Cia -CiaCiaCiaCia-
  • "Orang yang pandai main Chess ni,Boleh nampak masa depan.Sebabtu saya nampak masa depan saya dengan awak." "Ohh ye ker,asal saya nampak masa depan awak macam tak de ek?" Uuuuuuuu its hurt ,tak nak guna,risiko dirijek tinggi
  • "Saya dah buat kubu yang kuat nak defence king saya,tapi awak berjaya tembusi.No wonder awak berjaya tembusi hati saya." Saya bagi 2 Cia -CiaCia-
Terima kasih kerana baca.Saya memohon kepada anda semua.Please Support DiariH2O.Sebab sekarang kitorang dalam fasa terakhir untuk mempromosikan blog kitorang. Doakan kejayaan kitorang dalam pertandingan BlogPengguna2016 bulan Julai ni.Kerjasama anda amat kami hargai.Sekian terima kasih. :)



Post a Comment

0 Comments