Kejayaan Tiada Makna Kalau Tiada Orang Yang Menghargai

Asalamualaikom,Kalau ada yang tak kenal,saya adalah Ahmad Khaidir Amir baru dianugerahkan sebagai Raja PickUpLine.Sejujurnya saya sangat berbangga dengan pick up line saya kerana pick upline saya mempunyi kelas yang tersendiri kalau nak dibandingkan dengan budak budak wechat.Sebab itu kalau nak buat pick up line saya selalu tekankan supaya jangan buat pick up line yang menampakkan diri kita bodoh.Sebab apa?Sebab perempuan tak suka lelaki bodoh.Kalau ada gak sangkut maksudnya awek tu pun bodoh la....tu yang walid  walid fast to fast and kaki cream.So sebagai panduan membuat pick up line saya ingin kongsikan ilmu ini kepada anda semua.Tapi kalau nak pakai ni mohon yang dah nak kahwin sebab saya tak nak ni menjadi saham dosa saya mendekatkan anda kepada penzinaan.

"Kenapa awak berkhalwat dengan laki ni..."
"Dia pukau saya ustaz..."
"Woi laki kau pukau dia pakai apa???"
"Saya pakai pick up line kat blog KhaidirKhaizuki jer."

Tips Membuat PickUpLine
Seperti yang saya katakan pick up line ni jangan nampakkan diri kita bodoh.Apa contoh pick up line bodoh?

Budak WeChat
"Semalam saya  mimpi jumpa malaikat,dan malaikat tu kata awak lah jodoh saya."
P/S:Tok imam yang warak sembahyang tertonggeng tonggeng pun tak mimpi jumpa malaikat,ni lagi orang macam kau yang rempit malam malam.Hang pengasas ajaran apa?Tu wahyu ker?

So kalau nak nampak pandai kita kena main ngan environment sekeling dan yang trending.Saya bagi contoh pickupline saya.


 Ada banyak lagi,yang saya buat sendiri daripada subjek subjek elektif sebagai cara senang nak ingat belajar.Dan saya dikecam dengan sangat teruk oleh golongan golongan haters.

1.Are you a 30 degree angle?Because you are ACute Angle
2.If I'm a sin^2x and you a cos^2x ,if both of us were add up will become 1
3.Kalau awak ialah ferum,saya rela jadi magnesium as sacrificial metal sebab saya lebih reaktif dan melindungi awak dari berkarat dengan mengakis diri saya.
4.Melihat senyuman awak menyebabkan saya tak perlu food additive seperti aspartam untuk memaniskan makanan saya.
5.Awak lebih menenangkan dari tranquilizer.
6.Sinar mata awak lebih bahaya dari sinar gamma kerana boleh menembusi hati saya yang tebal dan mencairkan hati saya.

Ada banyak lagi tapi kalau nak boleh email saya untuk sesi ceramah di sekolah,IPTA,even kat masjid untuk pak cik mak cik tok nenek yang nak merapatkan lagi hubungan suami isteri dengan pick up line.

Senyuman Cikgu

Saya bukan la dikategorikan orang orang yang pandai sangat walaupon saya bersekolah sains.Saya dikategorikan golongan Average yang tidak mempunyai apa apa dari segi advantage ataupun bantuan dan golongan average lebih kepada tertindas.Apa maksud atau bagaimana kami ditindas akan saya post next entry.

So saya tulis cerita ni untuk inspire ramai orang kat luar sana yang kegagalan bukan selamanya.But once you stop taking step,you will surely fail.Saya harap cerita kalini akan inspire ramai orang seramai cerita PT3.Can I Start?

Saya seorang yang sangat benci Add Math,musuh tradisi.Even Math Mod.Dari sekolah rendah memang saya memusuhi Matematik.Sampai la ke form3.Tak pernah A. Ni lagi la masuk upper form jumpa bapak dia.Setiap kali exam saya tak pernah lulus.TAK PERNAH LULUS.

Setiap malam saya buat latihan but still fail.Sampai satu tahap masa PPT,Saya work hard gila gila tak tidur malam seminggu.Tidur 4 jam jer...last last still fail.Saya dah menyampah,saya dah give up ngan Add Math.Saya mula rasa takut dengan masa depan,apa akan jadi kalau SPM aku nanti kalau aku tak lulus Add Math?

Aku buat macam macam,pergi dorm kawan tanya soalan itu ini,beli buku past year MRSM,SBP,SPM buat semua latihan tu.And nak jadikan satu cerita masa mintak restu ilmu.Cikgu Add Math kelas aku cakap dia kecik hati dengan sorang budak dalam kelas aku.Dan aku dapat rasakan orang itu adalah aku.

"Aku tak nak maafkan korang.Aku nak result."Kata kata Cikgu tu mengubah result batch Xanthrons 1216 untuk trial ni.Semuanya bermula masa Pasca Trial AddMath yang resultnya ramai gak fail sedangkan soalan jauh lebih senang dari PPC.Disebabkan kekecewaan cikgu tu,cikgu merajuk pergi hiking,kenduri kat kampung,malas nak amik tau,kelas tak buat.Tapi tak leh nak salahkan dorang gak.Salahkan la budak yang fail.Tak leh gak.Salahkan BUDAK YANG FAIL TAPI TAK NAK USAHA NAK KELUAR DARI ZON FAIL.

So sebab semangat nak tolong batch,Ketua Guru Muda pun buat la kelas 31/8 tanpa kelolaan cikgu.Semuanya atas inisiatif murid sendiri.Yang mengajar semua top student.Yang menyayat hati ada yang sorang guru muda ni dia nampak penat dan letih.Tapi still gagahkan diri meronda dewan tu mengajar semua yang tak paham.Thumbs up.Dan aku.....yang duduk kat meja masih buat latihan ni sedih sebab tak leh buat apa apa sebab akulah antara orang yang fail dan perlu diajar oleh dorang.Senang cakap,Aku lah yang menyusahkan dorang.Sorry.....

Sehari sebelum balik cuti,Cikgu menanda kertas Trial Add Math aku.Aku tak letakkan harapan yang tinggi tapi cukuplah sekadar lulus.Hati dihantui dengan perasaan resah menunggu tangan cikgu menanda kertas dengan berkerut,menggeleng geleng seakan akan aku dapat membaca isi hatinya yang sedang berkata "aku dah ajar dah budak ni,pun salah lagi haish....."

Kelas anjal Addmath pun habis,kebetulan aku ada kat depan pintu.Pastu Cikgu tegur aku,
"Tahniah Khaidir,ada peningkatan."
Aku gembira bila cikgu cakap camtu sebab aku masih ingat lagi apa yang jadi antara aku ngan cikgu masa majlis restu ilmu tu.

Aku rasa tak sedap hati pikir betul ke cikgu kecik hati ngan aku.Aku pun nampak la cikgu duduk berhampiran bilik peperiksaan dengan murid murid perempuan dia.Aku menunggu dorang pergi sebab nak suasana privasi.Pastu aku pun mintak maaf dan memang betul cikgu kecik hati ngan aku.

"Khaidir,rendahkan sikit diri kamu tu,saya tahu kamu tak suka belajar ngan cikgu."

Alangkah terkejutnya aku bila dengar cikgu cakap camtu,tak pernah terlintas pun yang dia pikir camtu.

"Mana ada cikgu,saya tak de niat pun camtu....saya ok jer belajar ngan cikgu."

"Saya tengok dalam kelas awak tak pernah tanya sayapun.Awak buat kerja awak jer.Saya suh buat kerja saya awak buat kerja lain."

Aku terkelu....tak tau nak cakap apa.

"Cikgu saya mintak maaf cikgu."

"Cikgu Pasca Trial aritu saya lulus cikgu dapat C 56.Saya periksa sebelum ni saya tak pernah dapat lulus pun cikgu.Saya fail jer.Ni kali pertama dalam hidup saya Add Math lulus cikgu."

Pastu cikgu tu pun nangis cakap "Good Luck" terus masuk dalam bilik peperiksaan.

Alhamdulillah Trial AddMath SBP aku dapt 59 C.Nampak tak???Tak de apa yang mustahil.PPT  aku 27 naik 59.Tu bukan jarak yang sikit.Usaha dan berkat cikgu kunci kejayaan kita.Tak guna kalau kita dapat A+ tapi kawan kita Fail.Percayalah kau takkan gembira.Melainkan kalau kau dapat A+ dan kawan yang kau tolong dapat luluske C ,B or A hasil pertolongan kau.Tu percayalah series nikmat.Kawan aku sendiri citer.Dan tak guna kalau aku dapat A tapi cikgu tak suka kat aku.Aku lebih syukur dapat C tapi memuaskan hati cikgu.
Hardwork is stairway to success

Selamat pengantin baru kepada Abdul Qayyum sepupu gua.Bini dia lawa la,macam Najwa Latif.Bakal bini saya????Kat syurga sana :P





Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 1. pada saya kejayaan ada makna kalau kita sendiri menghargainya. mulakan dari diri sendiri, inshaAllah bila rasa puas tu ada; kita akan jadi lebih berjaya.
    2. pick up line pon ada award ke???? rasa ketinggalannya daku.. huhu..
    3. alhamdulillah, saya pula sampai ke sudah failed add math. saya bukannya suka pun subjek macam ni (nampak tak betapa tak puasnya hati ni sebab tu tak pernahnya nak berjaya dalam add math :p ) tapi saya ambik juga sebab cikgu yg letak saya dalam kelas sains. but in the end, saya puas sebab subjek lain yg saya minat dapat A dlm final exam from always C.

    you see, the definitions of success are not one size fits all. ^_^

    ReplyDelete
  3. sebenarnya cikgu bukan nak push sangat pon students dapat A. tapi dia cuma nak tgk usaha pelajar. dia nak tengok kesungguhan dan keikhlasan pelajr tu untuk terima ilmu yg diajar dan praktikkan ilmu tu. Kalau dah pelajar dh sehabis usaha tapi tak dapat juga target A tu , itu bukan salah pelajar .Itu kerja Allah. Allah dh tetapkan rezeki. Siapa yg usaha dia dapat rezeki setimpal dgn usahanya. yg buatkn cikgu terguris apabila dia merasa jasa dan bakti yg ditabur pd murid seolah disia-siakan.itu aje.

    ReplyDelete