Ujian JPJ KPP01 Online Theory Test (Tips Lulus Ujian Lesen KPP01)

My Youtube Channel Please Subscribe 
Saya ingin menduduki ujian berkomputer untuk mendapat lesen L tak lama lagi dalam minggu ni.Mula mula saya tak berapa risau sebab saya pikir ujian berkomputer  ni senang jer.But bila dengar nak kena score 42/50 ade rasa tak confident juga ngn diri sendiri.So nak try la ujian simulasi yang ada kat komputer ni but how can......
Ahahahahahaha fail ma ni second try ni still fail.First try tanpa baca buku aq score 35/50 but kali kedua baca buku selak selak cemtu jer score 36/50.....apak arrrr susah....caner aku nak dapat lesen L ni????
 Kalau korang nak test buat ujian ni ni website dia...ahahahah try la
http://jpjkpptest.com/ujian-teori

So aku nak tunjuk sikit la korang bagi korang simulasi and bayangan kepada siapa yang tak amik lagi KPPO1 Theory Test supaya sama sama la kita bersiap sedia ek.... ahahahahaha
Ini saya selitkan tips yang diberikan oleh blog yang saya jumpa bagaimana nak lulus ujian ni

Anda akan dibenarkan menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer kira-kira 3 hari selepas selesai tamat kelas K.P.P. 5 jam. Ujian ini sebenarnya mudah kerana anda telah dibekalkan dengan buku teks, buku contoh soalan dan CD contoh soalan. Yang penting anda perlu mengulangkajinya. Walaubagaimanapun, masih ramai yang menghadapi kesukaran untuk lulus dalam ujian ini. Malah terdapat juga yang telah mengambil lebih daripada 3 kali, tetapi masih belum lulus.

Disini, saya akan berikan tips-tips bagi membantu anda semua untuk lulus. Terdapat 50 soalan di dalam ujian ini. Markah lulus ialah 42 markah. Ini bermakna maksimum kesalahan yang boleh anda lakukan ialah 8 soalan.

Ujian ini dibahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A (Papan Tanda) mempunyai 15 Soalan. Bahagian ini adalah yang paling mudah. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab dengan betul pada semua soalan di bahagian ini. Cuba ketika anda keluar rumah dengan menaiki kereta atau bas, sila perhatikan papan-papan tanda di jalan raya dan fahamkan betul-betul fungsinya.

Bahagian B (Panduan Berhemat) pula mengandungi 25 Soalan. Soalan-soalan di bahagian ini memang panjang dan agak susah sedikit. Ia memerlukan anda untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut. Sila cuba untuk hanya melakukan  4 kesalahan sahaja.

Yang terakhir sekali ialah Bahagian C (Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem Kejara). Ia mempunyai 10 soalan sahaja. Sekiranya anda benar-benar mengulangkaji, pastinya tidak susah untuk menjawab soalan di bahagian ini. Kerana semua jawapan yang diberikan adalah fakta. Anda perlu mencapai markah yang tinggi dalam bahagian ini. Banyakkan latihan menjawab soalan di bahagian ini dan cuba hafal soalan dan jawapannya. Oleh itu, sila jangan membuat lebih daripada 3 kesalahan.

Kesimpulannya, jika anda ikut apa yang diperkatakan di atas, anda hanya akan membuat 7 kesalahan sahaja iaitu 0 di Bahagian A, 4 di Bahagian B dan 3 di Bahagian C. Anda akan memperoleh markah 43/50 di mana sudah semestinya anda akan lulus ujian ini. Ikut panduan-panduan di atas dan anda pasti berjaya.

Sekian. Selamat Berjaya.

My Youtube Channel Please Subscribe 

Post a Comment

6 Comments

  1. Dah amik ke belum ujian komputer ni? Baca sahaja buku kecik yang beserta jawapan tu, tawakal banyak-banyak. Semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. okay tak jauh beza dengan time sis amik dulu :)

    ReplyDelete
  3. Memang tak dinafikan ujian berkomputer nampak agak susah jika dibandingkan dengan 15 tahun dulu yang mana ianya masih lagi pakai kertas dan jika ada jawapan yang salah, ianya masih boleh dipadamkan.. Tapi jika diamati betul2 ianya masih sama dengan soalan 15 tahun lepas, cuma kadang2 mata kita terlepas pandang pada kunci utama soalan... =) anyway best of luck pada awak... =)

    ReplyDelete
  4. Terbaik ah khai!

    Sincerely from your kawan lama,najib...

    ReplyDelete