Nota Paling Ringkas Antologi Komsas Tingkatan 5 Tirani karya Beb Sabariah Must Read SPM Candidate 2017


Assalamualaikom kepada para pembaca yang bakal menduduki SPM 2017.Umum mengetahui buku novel Tirani karya Beb Sabariah ini teramatlah bosan.Maha bosan.Teramat bosan.Sehinggakan buku ini sesuai dibagi pada orang gila di Tanjung Rambutan untuk menidurkan mereka.Saya masih tidak paham kenapa kementerian pendidikan Malaysia memilih buku ini sebagai novel silibus Form 5.Setelah dikaji dengan lebih terperinci barulah saya sedari sebenarnya tujuan KPM mewajibkan novel ini dipelajari adalah bagi mengurangkan maksiat.

Berapa ramai rakyat Malaysia yang berdating di media sosial pada waktu malam???Ramai sangat ramai.Bermesej mesej,zina hati.Ini sangat bahaya.Menyedari hakikat itu.Novel ini diwajibkan supaya bila mereka baca pada malam hari mereka akan tertidur kebosanan dan tak bermesej mesej ngan bf/gf.

Novel ini juga sangat sesuai untuk orang orang insomnia.Dengan melihat mata kuyu pada kulit buku tu pun dah tau memang KPM nak suruh kita tidur.Tapi kalau nak tidur.Kena baca ikut dose yang ditetapkan.Contohnya,3 mukasurat sebelum tidyr.Jangan lebih.Takut anda akan stress dan kemurungan sebab terlalu bosan.

Memandangkan guru guru kami di SBP,SM Sains Banting sangat memahami krisis yang melanda pelajar kini.Maka mereka terpanggil untuk mewujudkan kaedah yang sangat mudah untuk menghafal dan yang memang sangat berguna untuk menjawab soalan komsas di kertas 2.Dan anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada buku novel tak guna dan campak ke dalam tong sampah.Dan saya letak gambar gambar orang yang lawa sebagai gambaran watak tersebut supaya anda jatuh cinta dengan watak tersebut.Bila anda jatuh cinta,lagi semangat nak kenal and baca bio dia ennnn???.Moga bermanfaat.Selepas tengok ni mohon share bagi manfaat bersama.Agar ini menjadi saham akhirat saya.In sha Allah.

Novel Tirani

Tema:Kegigihan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
Contoh:Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda telah berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan perniagaannya walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
 Image result for mira filzah<<<<Bayangkan ni lah Waheeda...baru semangat nak belajar ye tak???
Watak Perwatakan 
 Waheeda Nurlyana
Image result for mira filzah 
Seorang yang bijak
 Seorang yang tabah
Nilai
Kebijaksanaan
Persoalan
 Kebijaksanaan seseorang sehingga mendapat ijazah
Pengajaran
 Kita hendaklah bijak demi masa  depan yang lebih cerah
Latar Masyarakat
 Masyarakat yang bijak
Contoh 
*Waheeda berkelulusan Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan dan pelancongan dari Universiti Teknologi Malaysia(m/s9)
*Waheeda mempromosikan Tajau Emas dan Seri Gading kepada Pelancong yang datang dari Asia Barat dan Timur Tengah (m/s 179)

Nilai
Ketabahan 
 Persoalan
 Ketabahan mengharungi cabaran hidup
 Pengajaran
 Kita haruslah tabah mengharungi cabaran hidup untuk kesenangan masa hadapan
 Latar Masyarakat 
Masyarakat yang tabah
Contoh
Sebagai seorang wanita ,Waheeda tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga dan bangkit semula untuk menjadi usahawan berjaya dengan membangunkan Aya Sajinah

Image result for aeril zafrel 









Zahid
 Seorang yang penyayang

Nilai
Penyayang
Persoalan
Kasih sayang seorang lelaki terhadap wanita
Pengajaran
Kita haruslah bersifat penyayang agar hidup sentiasa bahagia
Latar Masyarakat
Masyarakat yang penyayang
  Contoh 
Zahid sanggup melawat Waheeda yang menjalani pembedahan hidung di Silicon Medical Centre

Latar Masa
Tengah hari-Tempat Waheeda dan Halloway makan tengah hari bersama sama di restoran Della Rosa
Malam-Waheeda di cakar oleh monyet Belanda

Latar Tempat
Silicon Medical Centre-Tempat Waheeda mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan untuk mencantikkan wajahnya
Flamingo De La Rossa-Tempat Waheeda bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam

      Amacam???Pendekkan???Cuba la ubah nilai dengan perwatakan itu berdasarkan dengan nilai nilai murni lain maka persoalan,latar masyarakat akan menyusul.Cuma contoh tu...ingat la apa yang berkaitan nilai nilai yang mudah diingati.Ni la cara kami sebagai Student SBP  untuk belajar dengan cara yang sangat cepat dan efektif.Jumpa lagi untuk nota nota Komsas yang lain ;)

Post a Comment

2 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete