Top 5 Perniagaan Klise Yang Diceburi Melayu (Melayu dan Ekonomi)

Asalamualikom.Pada kali ini saya bukan nak cerita bab politik.Sebab saya rasa saya tak nak menimbulkan permusuhan dan pergaduhan sesama anda.Saya nak cerita pasal "Perniagaan." Ya buku setebal 900 muka surat lebih ni,aku masih dalam perjalanan nak habiskan baca.Disebabkan ada banyak masa free tengah berniaga boleh la baca.Dah sampai muka surat 400 dah.Dan saya amat tertarik tentang isu yang dikeutarakan yaitu "Dasar Ekonomi Baru"
So malas nak citer banyak,tengok gambar dibawah apa tu DEB.

Dalam buku tu,Tun kata DEB adalah Tongkat kepada Orang Melayu.Dimana untuk merapatkan jurang kemiskinan antara Melayu dan Cina.Pada ketika itu ekonomi dimonopoli oleh kaum Cina,dan  Melayu tidak berpeluang lansung menceburi bidang perniagaan.Walaupun begitu hasil DEB menampakkan hasil positif walau tidak berjaya sepenuhnya.Antara impak positif DEB,kita pergi hospital sekarang majoriti Doktor orang Melayu.Dan kita tak perlu risau sangat dengan ubata ubatan kerana ahli farmasi pun orang Melayu so tak de was was insulin ni dari pankreas babi ke apa.

Bila kita pergi ke hotel,di restoran 5 bintang sudah kelihatan orang Melayu yang memakai pakaian segak bewarna putih memasak masakan barat mahupun tempatan bagi memikat selera pengunjung.Dan bila kita balik rumah,internet rosak,kita pun call technician datang.Dan kita lihat orang Melayu juga yang datang dengan kemahirannya memeriksa dan membaiki masalah internet dirumah anda.Ya.Pada zaman dahulu,tugas tugas ini seperti mustahil atau wujud untuk dilaksanakan oleh orang Melayu.Rata rata pemilik kedai yang memenuhi lot lot di Kuala Lumpur,sekarang jangan katakan Melayu,pendatang asing pun dah ada kedai sendiri kat Kuala Lumpur.Nampak?

Walaupun begitu amat sedih apabila membaca beratus ratus syarikat yang memohon sijil halal,berapa kerat je syarikat Melayu?Kenapa ya?10 jutawan terkaya di Malaysia,orang Melayu berapa kerat je ye?

 Abah pernah tanya,tak minat berniaga?Kakak juga pernah tanya benda yang sama.Dia tanya minat berniaga ke?Tak nak waris perniagaan Abah ke?(Jual Jagung Kukus dan Air Tebu) and bring to next level?Okay mungkin nampak agak sombong tapi nak buat caner.Jujurnya saya tidak berminat dengan perniagaan yang kecil dan saya tak suka membangunkan perniagaan yang kecil kerana saya tidak suka perkara yang mengambil masa dan memakan masa.Saya suka memmipin syarikat besar yang sudah sedia berjaya,atau jadi penasihat pemasaran syarikat kerana saya suka bab strategi pemasaran.Itu sebab saya suka main Chess.Sebab saya rasa perniagaan ni adalah sesuatu yang mustahil bagi saya kecuali saya memang anak orang kaya.Saya tak suka membangun perniagaan dengan modal yang kecil dan membinanya menjadi besar.Dan mereka pun tanya,dah tu bila kau nak berniaga?Jawapannya bila saya dah jadi artis,selebriti or yang famous famous.Why?
Bila jadi artis ni duit dapat simpan banyak hasil dari show,show,lakonan dan rancangan rancangan yang bayar.Jadi dari duit yang disimpan untuk perniagaan tu,saya akan buat business sendiri dan gunakan diri sendiri sebagai duta promosi.Masa tu dah ada namakan???

Jenis perniagaan apa yang saya akan buat???Ya,kita biasa tengok Mc Donald,KFC,Texas Chicken.Mereka semua sangat terkenal dengan ayam mereka dan apa sahaja makanan mereka yang berasaskan ayam....dan mereka mempunyai cawangan diseluruh dunia.Jadi kenapa tiada Melayu yang mampu menjadi seperti mereka sedangkan kita adalah negara yang merupakan syurga makanan?Jadi angan angan saya yang saya kana jadikan realiti selepas saya dah ada banyak duit jadi artis nanti ( kalau jadi...) benda pertama yang saya nak buat adalah tubuhkan syarikat nelayan sendiri yaitu Nelayan yang khasi untuk syarikat saya..dan ikan itu tidak dibenarkan untuk dijual oleh mana mana pihak luar.Ya,ini kaan memakan jutaan ringgit.Ini untuk memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi dan tidak keluar ke mana mana,macam KFC dan Ayamas.Mereka mempunyai ladang sendiri jadi mereka tidak akan risau akan kehabisan bekalan ayam.Jadi idea saya sama juga.Dan idea saya ialah mewujudkan restoran Frechais Khaidir Keropok Lekor.Dengan menginovasi resipi rahsia keropok lekor untuk dikomerisalkan seperti KFC contohnya.Apabila Frenchais ini dikembangkan seluruh negara seperi KFC dan Mc Donald.Pastinya akan melebarkan cawangan ke Eropah dan Amerika khususnya bagi memperkenalkan makanan ini supaya jadi dikenali.Kenapa Amerika dan Eropah seperti England?Kerana kuasa pembeli mereka tinggi dan mereka sangat sukakan makanan.Dengan keuntungan pasti anak cucu saya akan menikmati kekayaan yang tiada henti seluruh keturunan.Namun angan ini hanya dapat direalisasikan apabila saya mempunyai modal jutaan ringgit.Antara jalan yang saya memperoleh nilai berikut dalam masa yang singkat adalh dengan menjadi artis atau ahli politik.

Tetapi ya itulah impian perniagaan saya yang mungkin hanya menjadi angan angan.Tetapi bangsa kita memang serba serbi kekurangan dalam bab ekonomi.Jauh tewas dengan kaum Cina kita dalam penguasaan ekonomi di negara ini.Ada banyak faktor yang saya perasan kerana saya telah lihat macam macam sepanjang membantu abah berniaga kecil kecilan selama 7 tahun.Antaranya,Melayu tidak berani berinovasi atau berniaga luar dari zon selesa.Maksudnya mereka tidak berani mengeluarkan modal yang besar untuk berniaga yang besar tapi hanya memilih menjaja ditepi jalan.Antara Top 5 perniagaan yang diceburi Melayu ialah dan takkan ada kaum lain yang berniaga benda ni.

Top 5 Perniagaan Klise Yang Diceburi Melayu

1.Burger
2.Nasi Lemak

3.Goreng Pisang dan Kuih Kuih lain
4.Tudung
5.Kopi Ala Hipster
Itulah kesilapan orang Melayu.Ya memang ada yang berjaya dalam perniagaan tu.Tapi kitaran wang itu akan berbalik kepada orang Melayu sahaja.Saya akan huraikan dengan lebih lanjut mengapa perniagaan orang Melayu bersifat keuntungan sederhana dan tidak mencapai keuntungan maksimum seperti kaum Cina.

1.Orang Melayu ni ramai dengki.Contoh la dekat tapak perumahan tu dah ada orang jual burger.Biasala orang Melayu hari hari tengok orang tu ramai singgah mula la hasad dengki tu datang.Dia pun sebuk la berniaga situ juga jual burger.Dah gaduh...santau semua.Same case dengan nasi lemak.Kawasan aku jer kat tepi jalan ade 5 gerai jual nasi lemak dan mereka tak bertegur lansung.Ahahahaha.Orang kawasan tu berapa jer lah ramai sampai nak makan 5 gerai nasi lemak ahahaha tapi ok juga,...hari hari boleh test selera nenek kerepot,pastu selera bini orang,pastu selera anak dara...lusa selera janda.....hahahaha

2.Perniagaan yang dilaksanakan hanya mempunyai kawasan pembeli kalangan Melayu sahaja.Itulah kelemahan besar Perniagaan orang Melayu.Contoh orang Cina berniaga kasut.Orang yang beli kasut bukan orang Cina sahaja.Tapi orang Melayu dan India juga beli....Cina berniaga hand phone kat low yat.Orang Melayu,Cina and India beli kat dia....Jadi wang dari kaum Cina India dan Melayu masuk dalam kantung dia....itulah strategi golongan sasaran....Tapi kalau Melayu pula...taj dinafikan orang Cina beli Nasi Lemak....tapi Burger kurang sikit sebab Cina tak suka makanan berminyak.Mereka amat menjaga pemakanan mereka.Dan kalau korang berniaga kopi ala hipster tepi jalan jangan mimpi la dorang nak beli.Dorang tak suka kopi yang sangat tinggi kandungan gula.Dan bila jual tudung.Sekali gus menutupkan peluang anda memasukkan duit kaum Cina dan India kedalam kantung duit anda.Jadi itu sebab ekonomi negara ni dipegang kaum Cina.Mereka telah menyasarkan golongan yang luas untuk meragut duit daripada mereka.Sebab itu mereka membuka pasaraya....yang memang semua kaum dinegara kaan datang membeli pada mereka.Mereka berniaga spect mata so smeua kaum memerlukan spek mata dan masuk dalam kantung mereka.Disaat mereka sedang berfikir macammana nak korek duit orang Melayu,orang Melayu pun fikir juga,fikir caner nak korek lubang kedai dia kasih santau dia punya kedai.

Oleh itu saya tamatkan entri kali ini dengan persoalan,mampukah orang Melayu nak amik alih ekonomi negara,kalau duit kaum Cina dan India pun tak leh masuk poket kita?

Post a Comment

2 Comments

  1. Yeaahhhh, semangat membara cemni yang kita mahukan! 💪

    ReplyDelete
  2. Jadi kontraktor pbt. Tapi bangun tidur pkul 11, lepas lunch baru nak jalan kerja. Sedih kan. . 😏😏

    ReplyDelete