Perjalanan Ke Bumi Impian Jepun Part 1 Tokyo DAY 1


Sesiapa saja yang membesar pada tahun 2000 an pasti dibesarkan dengan anime anime di NTV7 atau TV3 juga TV9 pada hujung minggu. Dan apabila anda membesar dengan anime, tentulah anda memasang impian suatu hari anda mahu pergi ke bumi dimana semua anime yang anda membesar itu dilahirkan.

Adakah anda percaya apa itu manifestasi?

Manifestasi adalah konsep di mana jika seseorang benar-benar menginginkan sesuatu, dengan berfikir, membayangkan, dan mempercayainya secara berterusan, perkara tersebut akan cenderung menjadi kenyataan. Ia sering dikaitkan dengan Hukum Tarikan (Law of Attraction), yang menyatakan bahawa pemikiran positif atau negatif boleh menarik pengalaman yang serupa ke dalam hidup seseorang.

Oleh itu dari dulu lagi saya selalu berfikir bahawa pasti satu saat nanti, saya akan pijak juga dibumi impian saya iaitu Jepun. Maka pada tanggal 20 Oktober 2024 pada musim luruh, akhirnya impian kecil saya ini tercapai.



Dari KLIA saya menaiki pesawat Phillipines Airlines menuju ke Haneda Airport Tokyo. Kepada Haneda tidak Narita? Kerana Haneda adalah airport yang paling hampir dengan pusat bandar Tokyo. Pesawat Phillipines Airlines akan transit beberapa ketika di Manilla sebelum meneruskan perjalanan ke Haneda Tokyo. Untuk pesawat premium, Phillipines Airlines ni boleh dikatakan murah untuk harganya dan juga punya checkin luggage 30kg percuma tak macam syarikat tambang murah lagi satu tu, harga lebih kurang tapi kedekut nak mampuih.



Setibanya saya di Tokyo, saya disambut oleh peta Jepun yang berselirat seperti ini. Sangat pening. Tapi berkat bahasa Jepun yang saya pelajari untuk ambil ujian JLPT, inilah masanya untuk saya praktikkan, jadi saya berbual dengan orang lokal disana bertanya arah bagaimana untuk ke Roppongi iaitu tempat saya akan menginap sepanjang saya di Tokyo.

Dah letak bag mandi apa semua maka mulalah aktiviti saya yang pertama di Tokyo yaitu tempat pertama adalah Asakusa Sensoji Temple. Tempat ni sebenarnya cantik waktu pagi tapi saya pergi waktu malam, so ada lighting issue, gambar tak seperti yang diharapkan, tapi at least ada la kan.


Kuil Sensō-ji (浅草寺) di Asakusa adalah kuil Buddha tertua di Tokyo, dengan sejarah lebih daripada 1,400 tahun. Ia terkenal dengan Gerbang Kaminarimon (雷門, "Gerbang Petir"), jalan beli-belah Nakamise-dori, dan dewan utama kuil yang didedikasikan kepada Kannon, Dewi Belas Kasihan.

Roppongi → Asakusa (Transfer di Kuramae)

  1. Naik Tokyo Metro Hibiya Line (H04) dari Stesen Roppongi ke Stesen Naka-Meguro (H01) (1 hentian).

  2. Tukar ke Toei Oedo Line (E23) di Roppongi menuju ke Kuramae (E11) (6 hentian).

  3. Tukar ke Toei Asakusa Line (A17) di Kuramae menuju ke Stesen Asakusa (A18) (1 hentian).

  4. Jalan kaki lebih kurang 5 minit ke Kuil Sensō-ji.


2. Kereta Api (Tanpa Tukar, tetapi Perjalanan Lebih Lama)

🕒 Anggaran masa: 30–35 minit
💴 Kos: ¥280

Roppongi → Asakusa (Melalui Hibiya Line)

  1. Naik Tokyo Metro Hibiya Line (H04) dari Roppongi ke Stesen Ueno (H17) (9 hentian).

  2. Tukar ke Tokyo Metro Ginza Line (G16) di Ueno menuju ke Stesen Asakusa (G19) (2 hentian).

  3. Jalan kaki lebih kurang 5 minit ke Kuil Sensō-ji.

Setelah puas jalan jalan di Sensoji Temple , Saya nak pergi ke Tokyo Sky Tree pula iaitu menara tertinggi di Jepun.

Dia dah tak jauh dari Asakusa Sensoji tadi, jarak dalam 5km tak silap, so saya jalan kaki dalam 2km dan naik bas lagi 3km ahahahaha. Tapi kat sini ada satu tempat yang viral yang banyak kt Tiktok which is Escalator Trend. Nak cari tangga tu dah satu hal, nak naik escalator tu kena beratur lagi


And Tokyo Skytree ni kau boleh gambarkan macam TRX la. Bawah dia mall tapi saya boleh katakan TRX lebih grand and best lagi. Bila dah puas jalan jalan kat sini so saya bergerak ke destinasi terakhir untuk hari pertama saya iaitu Tokyo Tower.

Bagi saya tak sah kalau datang Tokyo tapi tak bergambar and tak sampai Tokyo Tower. Dia macam simbolik of Tokyo kut. Dia macam kau datang KL tapi tak bergambar dengan KLCC. KLCC still the icon of KL even dah ade menara yang lagi tinggi dari dia macam PNB116 dan TRX. Actually Tokyo Tower ni dekat je dari tempat saya menginap. Saya pergi kesana dalam pukul 1 pagi dengan harapan tak ramai orang so tak yah beratur lama sangat tuk amik gambar kat port viral but still ade ramai orang.


Ok itu saja untuk DAY 1 out of 9 DAYS saya kat Jepun. Saya akan sambung lagi bila saya free nak tulis ahahahaha. Kalau korang malas nak tunggu terus je ke Vlog saya dan tengok Vlog saya okay? XD




Post a Comment

0 Comments