PT3 2014 Result.The Day Has Come,Place Yourself In My Shoes

   3 hari lagi,hari yang mungkin tak nak lansung dilalui Batch99.Kalau budak yang pandai dia excited sebab tau memang konfem result dorang baik.Tapi aku sebaliknya.Aku telah buat kesilapan yang tidak patut aku lakukan dalam kertas Matematik.Di tambah dengan tiga soalan yang di kenal pasti saya salah jawab,di tambah pula soalan terakhir 10.C di tinggalkan tidak berjawab kerana terlupa.Apa dosa aku.

   Insiden yang berlaku pada 13 Oktober itu telah menghantui hidup saya selama 2 bulan ini.
Mengapa dan kenapa kesilapan itu boleh terjadi.Saya melalui penderitaan ini sangat perit.Pada bulan lepas ada seorang junior perempuan saya anak ustazah kata saya mendapat 7A.Saya berasa sangat gembira dan di sebabkan ia tidak sahih saya tidak menceritakan kepada keluarga.Keesokan harinya saya ingin menanyakan kepadanya semula,Cikgu siapa yang bagitahunya.Tetapi dengan loyar buruknya dia membalas.
"Aku tipu jer la bro...7 tu...5A UPSR campur B.Cina&Tamil.
DIA PIKIR LAWAK?

    Sejak hari itu saya termimpi mimpi dan berasa gusar.Rakan rakan hanya berkata tawakal dan berdoa.Baik saya terima.Tapi cuba anda bayangkan,kalau anda asik terbayang bayang,termimpi mimpi,classmate anda naik pentas tetapi anda masih duduk di atas kerusi.
Dan bayangan itu terus berulang.

    Batch 98 above hanya berkata "lek la PT3 jer pon...SPM ada lagi....SPM masa depan."
Kau tak berada di tempat aku.
"eleh...PT3,Jawab logik jer la"
Korang sebaya aku tak duk apa yang aku rasa.
Anda duk dari form1,janji manis mereka takder periksa.PBS fokus katanya.Masuk form3 lain citer,peperiksaan untuk mengukur prestasi.Masuk bulan 4 citer lain....masuk ppt format lain...masuk bulan 7 buat kerja geo sejarah macam nak gila banyaknya selama 2 minggu.Masuk bulan 8 nak bebel depan cikgu ujian lisan.Masuk 9 trial format baru,result x der saper straight A.Masuk PT3 real format certain subject lain.Saya tanya abang abang ade rasa ker?Pandai cakap jer en?Nak samakan ngn SPM konon.


     I m not sure this is true.But,Argggghhhh.I will make PT32014 Tragedy entry.Tunggu jer la.
Gred tak turun.Konfem konfem Matematik ngn Sains aq tak sanggup nak cakap,Soalan "takkan MRSM ngan SBP tak de ramai dapat A?"jawapan saya..
"adakah budak duduk kelas aliran agama,rancangan khas bawah sekolah mengah bantuan kerajaan hina dan bodoh nak dibandingkan dengan sekolah mereka?"

    Jawapan ramalan oran terdekat ."Kau tak belajar""Kau asik sebuk dengan fon""Belajar malam malam""Tengok malas jer" dan sebagainya.
Biarkan~
Let them say what their want.

    Dia tak nampak saya belajar bukak lagu malam malam.Dia tak nampak saya off fon x on berapa minggu semata nak ulang kaji.Dorang nampak kita masa tak belajar.Masa kita belajar mereka tak lihat.Buat apa nak tunjuk.Dorang tak nampak saya bagi PSP  saya kat sedara pegang main sampai saya habis PT3 lebih kurang 3 bulan saya tak sentuh.Macam macam pengorbanan tapi mereka tidak nampak tetap dipersalahkan.Biar~
Yang penting Allah dan saya tahu apa saya buat.
Saya belajar tak suka tunjuk tunjuk.Saya nakkan privasi dimana saya boleh bersendirian dan tenang sambil dengar lagu tapi siapa jer yang paham.Suh belajar kat luar nak tengok betul ker belajar.Biar~
*bukan aq tulis...tapi hati aq bercakap sama macam dia ahahaha peace yow

     22 Disember akan mengakhiri semua gila ni.Gila selama 3 bulan saya buat analisis nk biasakan dengan format baru.Sehingga buku latihan PBS yang saya beli untuk BM dan BI useless dan terpaksa beli baru dengan DUIT SENDIRI dan IKHSAN KAWAN yang mendapat tajaan YAYASAN SELANGOR.Saya berdoa agar rezeki say dimurahkan.Kepada sesiapa yang saya pernah buat salah ampunkan dosa saya.Doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3.Sekian saya berikan satu gag kepada anda yang telah membuatkan saya tertawa sebentar walaupon bercampur kekecewaan.Sekian~




Post a Comment

1 Comments

  1. Menipu je ada whatsapp contact pm Najib. Sabar jelahh. Dugaan untuk batch 99'... But ada jugak yg dapat straight A utk PT 3 ni.

    ReplyDelete