Wednesday, 10 February 2016

Kata Kata Hikmah Tips Bahasa Melayu SPM Tips Mudah Menulis Karangan



Asalamualaikom,Mesti yang bukak ni maybe ada masalah dalam menulis karangan,lack of source sebab korang tak banyak membaca,jadi ingin menulis karangan lebih daripada 400 perkataan adalah masalah utama sehingga anda tulis kat kertas kajang yang diberikan "what the hell??" "bad ass" dan sebagainya.

Karangan lebih 400 ni tak menjadi masalah jika anda pandai membaca.Anda boleh memasukkan kata-kata hikmah sebanyak mungkin dan anda huraikan kata kata hikmah tersebut dan kaitkan dengan tajuk karangan korang.Honestly,konfem korang boleh buat 1 perenggan satu mukasurat.

So cara mudah aku nak tolong korang ialah dengan suruh korang  wajib hafal kata kata hikmah ni,because kata kata yang aku nak bagi ni is common.And boleh digunakan untuk semua tajuk...Get ready????

Kalau korang perasan la...soalan soalan dia ada 5 dimensi berbeza iaitu
  • dimensi diri
  • dimensi keluarga
  • dimensi masyarakat
  • dimensi antarabangsa
  • dimensi karya dan sastera
So apa yang aku nak buat ni adalah aku akan bagi hadis,dalil Quran dan quote based on dimensi dimensi diatas
.MOHON JANGAN MALAS UNTUK TRANSLATE QOUTE TERSEBUT.SIAPA USAHA DIA YANG DAPAT.Good luck guys....

Dimensi Diri 



Image result for kata kata tokoh  tentang diri

Image result for kata kata tokoh  tentang diriImage result for kata kata tokoh  tentang diri

Image result for kata kata tokoh  tentang diri
Image result for kata kata tokoh  tentang diri

Dalil Quran dan Hadis


Image result for dalil al quran dan hadis  tentang diri


Dimensi Keluarga

Image result for quote success person about family'''


Dalil Quran dan Hadis



Image result for dalil al quran tentang keluarga
Image result for dalil al quran tentang keluarga
Image result for dalil al quran tentang keluarga

Dimensi Masyarakat dan Antarabangsa

Image result for quote about community society and country
Image result for quote about community society and country
Image result for quote about community society and country
Image result for quote about community society and country


Image result for quote about community society and countryImage result for quote about community society and country

Dalil Quran dan Hadis

Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadith yang bermaksud :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ: أَكْمَلُ
... اَلْمُؤْمِنِيْنَ اِيْمَانًا أحْسَنُهُمْ

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Sabda Rasulullah SAW “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik….[1]

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah SAW:

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء

Maksudnya: “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .[10]


Wednesday, 8 January 2014

Adab Jiran Tetangga Menurut Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين


1.0              Pendahuluan

Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam. Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadith yang bermaksud :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ: أَكْمَلُ
... اَلْمُؤْمِنِيْنَ اِيْمَانًا أحْسَنُهُمْ

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Sabda Rasulullah SAW “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik….[1]

Allah SWT telah memuji Rasulullah SAW kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah SWT di dalam Al-Quran:  

A004

Maksudnya: "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."[2]

Rasulullah SAW adalah insan yang mempunyai akhlak yang terbaik dikalangan kaumnya dan paling menjauhi kejahatan dan akhlak yang rendah. Baginda SAW adalah orang yang paling menjaga maruah, paling baik pergaulan, sebaik-baik jiran, paling lemah lembut, paling bercakap benar dan paling amanah. Oleh itu, Baginda SAW digelar oleh kaumnya dengan gelaran Al-Amin. Gelaran tersebut diberikan kerana Baginda SAW memiliki sifat lemah lembut, sabar, bersyukur, adil tawadhu’, menjaga kesucian diri, permurah, berani dan pemalu. [3]

Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Imam Ghazali r.a mengatakan [4]:

“Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara’ dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk”.

Maka dengan itu, pendekatan yang diguna pakai di dalam esei ini ialah pendekatan yang telah digariskan oleh Islam dengan menggunakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah supaya kita sama-sama dapat menghayati tuntutan akhlak supaya kita berbuat baik terhadap jiran tetangga sebagaimana yang dituntut oleh agama.


1.1       Definisi Jiran

Berdasarkan kamus dewan, jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah kita manakala mengikut tesarus bahasa dewan jiran ialah jiran: tetangga, orang sebelah, orang sekampung, teman; berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa, setempat; kejiranan: kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan. [5]


1.2       Jiran Menurut Syarak

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.[6]

Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.

Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya secara zahir kembali kepada uruf (adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.[7]




2.0              Konsep Jiran Di Dalam Islam
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak  mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa. [8]

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya. [9]

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah SAW:

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء

Maksudnya: “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .[10]

Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam hadith tadi.

Untuk mengupas esei ini dengan lebih lanjut, selain merujuk kepada beberapa buku yang berkaitan dengan tema perbincangan di dalam kertas kerja ini, penulis akan menghuraikan adab-adab dan hak jiran dari perspektif Islam sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya ‘Ihya ‘Ulumuddin.



3.0       Jiran Tetangga Di Dalam Islam

Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinterasi sesama jiran. Islam banyak menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.


3.1       Kategori Jiran

Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan bermasyarakat di dalam ajaran Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan sumbangan bakti mereka adalah sangat penting dalam kehidupan kemanusiaan sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran;

A036

Maksudnya; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil.”[11]

Hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa kategori jiran di dalam hadith Baginda SAW iaitu:

اَلْجِيْرَانُ ثَلاَثَةٌ جَارٌلَهُ حَقٌ وَاحِدٌ وَجَارٌلَهُ حَقًانِ وَجَارٌلَهُ ثَلَاثَةٌ حُقُوْقِ فَااَلْجَارُلَهُ ثَلَاثَةُ حُقُوقٍ اَلْجَارُ اَلْمُسْلِمُ ذُو اَلْرَّحِمِ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقَّ اَلاءِسْلَامِ وَحَقُّ اَلْرَّحِمِ وَأَمَّا اَلّذِى لَهُ حَقَّانِ فَالْجَارُ اَلْمُسْلِمُ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقُّ اَلاءِسْلَامِ وَأَمَّا الَّذِى لهُ حَقٌ وَاحَدٌ فَالْجَارُ اَلْمُشْرِكُ


Maksudnya: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik”[14]

hadith  Rasulullah SAW  dalam riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa:

وَفِي رِوَايَتٍ لِمُسْلِمِ : لَا يَدْ خُلُ اَلْجَنَّةَ مَنْ لَا يأمَنُ جَارُهُ ئِقَهُ

Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya”.[16]

Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

مَنْ اَقرَّ عَيْنَ مُؤْمِنِ اَقَرَّ اللهُ عَيْنَهُ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.[17]

Ini selaras dengan sabda Baginda SAW:

مَا زَالَ جِبْرِيْلُ يُوْصِيْنِى بِالجَار حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرّثَهُ

Maksudnya: “Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.”[19]

Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّيَ فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْن

Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan maka baginya qirat dan sesiapa yang menyaksikan sehingga dikebumikan maka baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat. Rasulullah menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.[20]


A. Surat al-Ra’du ayat 11 
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُوْ نَهُ مِنْ اَمْرِاللهِ إِنَّ اللهََ لاَيُغَيِّرُ مَابِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوْامَا بِأَنْفُسِهِمْ وَاِذَا أَرَادَاللهُ بِقَوْمٍ سُوْءًا فَلاَ مَرَدَّالَهُ وَمَالَهُمْ مِنْ دُوْنِهِ مِنْ وَّالٍ 

Artinya : Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah, sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Allah.
B. Surat al-Hujurat ayat 11-13 
يَاَيُّهَاالَّذِيْنَ اَمَنُوْالاَيَسْخَرْقَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى اَنْ يَكُوْنُوْاخَيْرًامِنْهُمْ وَلاَنِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى اَنْ يَكُنَّ خَيْرًامِنْهُنَّ وَلاَتَلْمِزُوْااَنْفُسَكُمْ وَلاَتَنَابَزُوْا بِاْلاَلْقَابِ بِئْسَ الإِسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَاْلإِيْمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُوْنَ () يَاَيُّهَاالَّذِيْنَ اَمَنُوْااجْتَنِبُوْاكَثِيْرًامِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَتَجَسَّسُوْاوَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاءْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيْتًافَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُواللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ () يَاَيُّهَاالنَّاسُ اِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍوَاُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوْبًاوَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا اِنْ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَاللهِ اَتْقَاكُمْ اِنَّ اللهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ () 

(11). Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka yang yang diolok-olok lebih baik dari mereka yang mengolok-olok dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olok wanita lain karena boleh jadi wanita-wanita yang diperolok-olok lebih baik dari wanita yang mengolok-olok dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk, seburuk-buruk panggilan yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang dzalim. (12). Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain, sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (13) Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seseorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!