Video youtube saya yang menceritakna detail pengalaman kerja di Starbuck
kepada mereka yang malas membaca
Kenapa memilih untuk bekerja di Starbucks?
Kerana saya tiada pengalaman dalam perkhidmatan penyediaan makanan atau Food and Beverages Services .Saya telah mempunyai pengalaman dalam industri Retail kerana saya pernah bekerja di Daiso dan 99 Speedmart. Masing masing mempunyai kelebihan dan cabaran tersendiri.
Tambahan pula,cinta saya kepada kopi,sebab time study bukan sebatang rokok atau curut yang dicari,
tetapi setin kopi berharga RM2 pertama dicari sebagai penawar rasa mengantuk dan stress reliever.Sebab mengakui diri sebagai pencinta kopi so saya challenge diri saya untuk bekerja di sini bagi memahami dan mempelajari cara cara kopi yang sebenar dibuat.Baru lah tahu sebenarnya kopi yang kita minum tin kat kedai tu hanyalah air gula.Oooopsss....
P/s :More tu nak minum Starbucks free jeee.....aku orang susah mana la nak merasa minum kopi secawan RM15....
Best tak kerja Starbucks?
Best sebab kerja Starbucks ni honestly orang pandang tinggi sikit.Treatment orang lain tau.Contoh kau jumpa 2 orang,sorang kerja Starbucks sorang kerja KFC.Orang akan respect budak Starbucks sebab dia macam wow...ada branding gitu.Aku akan cerita nanti kenapa pekerja Starbucks ni orang macam wow.
Pada mulanya aku pilih kerja Starbucks ni sebab pikir macam dia relax tau.Kafe mahal ennn siapa je nak pergi.Orang kaya je la pergi ennn tapi aku silap.Ramai gak wehhh sakit kepala gak arrr...Baru tahu orang Malaysia ni ramai je yang kaya...bising je tak de duit ekonomi teruk tapi minum Starbuck seminggu sekali nampak muka.Ooooopsss.
Starbucks ni best buat orang yang extrovert,yang suka bekerja communicate ngan orang.Sangat best borak dan bercakap dengan pelanggan.Nak kerja Starbucks ni nak tak nak korang kena jadi peramah.Sebab nak tak nak korang kena buat sales.Caner nak buat sale kalau tak bercakap ngan orang betul tak?Dia jadi tak best bila staff dia dah terlampau peramah,dia jadi suka kacau orang.Malang la bagi orang yang suka kerja buat hal sendiri macam aku.Kau kena deal dengan emosi partner lain.Aku ni jenis orang yang tak suka masuk campur hal orang lain,kalau tak kacau aku lantak la ennn aku buat kerja aku betul dah.Tapi Starbucks ni tak leh.Susah untuk buat hal sendiri.Mana mana kerja pun ada politik tersendiri,nak tak nak korang kena berpolitik tuk kekal selesa dimana korang berada.
Apa yang aku belajar ketika bekerja di Starbucks?
Buat kopi of course la enn,aku baru tau kebenaran or reality of coffee.Coffee tin yang korang beli kat tin RM2 lebih tu tak lain just air gula jaaaa wehhh...Rasa Latte yang sebenar adalah tawar pahit...mana ada manis.Mocha pun manis ngan pahit dia balance,Kat tin tu manis je lebih.Sampai sekarang aku ketagih Mocha dia lol.
Nak buat kopi kena panas and pecahkan susu dulu,bukan macam kita buat kopi premix Nescafe kt rumah.Aku cek mesin Eerate susu sekali kan coffee shot dia pun paling murah RM1400 wehhhhh...hancur impian aku nak buat bisnes kedai kopi sendiri ahahahaha.
Belajar buat Latte Art sampai skrg just boleh buat Love jaaa bentuk lain tak pandai ahahaha.
Baru tau nama pun Latte Art,so kopi yang boleh buat art Latte je...ngn Mocha....kalau ada sembang dia buat art kat Cappucino tu ludah sikit kat dia ahahahaha.Cappucino ada foam macam teh tarik camner nak lukis kat buih?
Belajar asal asal biji kopi which is region pengeluar kopi utama dunia.Untuk pengetahuan korang,3 main region yang supply biji kopi kat Starbucks adalah Latin America,Africa Arabia dan Asia Pasific.Biji kopi dia pun ada 2 jenis yang Starbuck amik.Starbuck mainly guna High Quality Arabica Coffee Bean atau Robusta Coffee Bean.Starbuck punya main coffee shot yang digunakan untuk setiap minuman di Starbucks adalah Espresso Roast.
4 Fundamental of Coffee yang korang kena pakai kira macam principe la bila nak buat Coffee yang sedap.
1.Proportion=berat biji kopi yang korang amik kena timbang based on berapa saiz Coffee Presser(macam jag yang korang boleh tekan) yang korang pakai.Macam time tu aku pakai 55g
2.Grind Coffee Bean= Biji kopi tu masuk dalam mesin tuk jadikan dia serbuk,dia ada jenis kasar halus semua ada depends on citarasa korang la
3.Hot water=amount of water yang korang taruk dalam coffee presser
4.Coffee Markout=kalau korang buat air kopi korang kena tau.Coffee freshness ada time dia.Macam lepas kau buat kopi tu.20 minit je masa untuk kau minum.Kalau tak freshness dia hilang aroma dia pun tak de....
Enemies of Coffee adalah Moisture,Light,Heat,Water...so korang rasa kalau kopi dalam tin tu berapa enemies dia dah jumpa?Dah kena tibai habis dah lol.
Apa kelebihan kerja di Starbucks?
Ok kerja kat Starbucks ni first waktu kerja dia kurang.8 jam sahaja sehari.Setakat ni mana mana kau pergi biasa 9 jam sehari.Kalau akta pekerja pun time belajar Sejarah dulu 9 jam.So tolak rehat kau bekerja selama 7 jam sehari.Seronok ennn.
Starbuck ni bukan untuk orang yang nak buat kopi je tau.Kerja kau bukan pikir buat kopi je.Selain kau kena main pastry macam ala bakery.Ada benda yang perit dalam Starbucks ialah kejar Sales.Kau kena jaga AT.Average Tender nak citer pun susah.Senang cerita kau nak kena pastikan setiap customer yang datang kat counter mesti beli lebih RM25.Kalau kurang kena cover next customer.Kalau at the end total sales/total receipt bawah RM25,Habis jatuh ranking kedai.
Starbucks akan ajar korang cara menjual barang,jadi salesman.Pada mulanya aku pessimist,siapa je nak beli benda benda mahal ni.Ok bayangkan Potato chip,air soya ngan cake kalau beli kat Tesco boleh dapat RM10 je,tapi kau jual RM18 siapa nak beli???
\
Tapi dunia ni tak macam yang kau bayangkan,ramai je orang kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit dorang selain derma dan tolong orang susah.Dorang sentiasa mencari mana tempat dorang boleh membuang duit dorang dengan bergaya.So tiada yang mustahil.Kitorang berjalan jalan ,promote berkomunikais dengan stranger yang kitorang tak kenal pun.Rasa malu memang buang la,sebab kalau tak de orang beli balik kena marah la ennnn.
Hasilnya?
Ada jugak orang yang beli ahahaha.Bukan dia sorang,ramai tau ahahaha.
Pelbagai kenangan manis dan pahit yang ada di Starbucks Jenjarom ini yang menjadikan saya lebih matang untuk mendepani cabaran hidup yang mendatang.Terima kasih kepada majikan saya En Shuib kerana memberi saya peluang dan tunjuk ajar kepada saya selama 2 bulan ini.Belanja makan semua.Moga Tuhan sentiasa murahkan rezeki boss dan mudahkan segala urusan.Amin.
Jumpa lagi kalau panjang umur.
"Life only traveled once.Today's moments become tomorrow memories.
Enjoy every momentsmgood or bad because
the gift of life is life itself."
8 Comments
Pengalaman yg menarik. Thanks revealed the secrets of Starbucks ☺️
ReplyDeletehi. if you happen to see my comment how do u apply as barista? go to specific stores or send a resume?
ReplyDeleteBang nak tanya sikit, saya jumaat ni interview agak2 pada pendapat abang 1 out of 10 orang2 starbucks ni peramah tak? saya ni tak boleh lah jumpa orang sombong2 macam tak suka kita... sebab saya ni pun jenis suka bising2 sikit.. jenis suka borak... saya paling takut part macam tak peramah je bila nak tunjuk ajar.
ReplyDeleteOrang kja FnB Mna2 pun Mmg sronok,sy Mmg admire sgt any barista..skill tu Susah nak acquire once dah terer..i klo nmpk design complicated atas designated coffee Reaksi I mcm nmpk muka crush😂 senyum kambing Jap 😁
ReplyDeletethanks sharing...
ReplyDeleteHai..just wanna know after kita dpt kerja as barista tu ..mereka mmg akan ajar kita cara utk buat air ke??until kita pandai ke macam mana?
ReplyDeleteMcm mana nak apply kerja kat starbuck?
ReplyDeleteI pun ada experience kerja starbucks 6 months mmg best especially bila semua partner jenis yang masuk air !!! & even my ex manager i garang but dia jadikan all of us orang yang discipline masa kerja which is good la 🥰
ReplyDelete