Tuesday, 28 March 2017

Cara Menghasilkan Blog Yang Menarik Minat Pembaca oleh Azleen Abdul Rahim

Azleen Abdul Rahim ialah Pakar Pemasaran Digital.
ikuti pandangan belau di azleen.com
 
 
Cara Menghasilkan Blog Yang Menarik Minat Pembaca oleh Azleen Abdul Rahim

Mahu tidak mahu,untuk memudahkan para pengguna internet mencari jenama anda di dalam talian,anda perlu menulis.Anda tidak dapat lari daripada realiti  ini.

Kenapa?Sebenarnya lebih kerap anda menulis,akan lebih kerap  lagi algortma pencarian  enjin seperti Google,Yahoo dan Bing datang  ke laman web blog anda untuk proses mengindeks dan setiap perkataan serta ayat anda  telah di ideks tadi di simpan.

Sekiranya  terdapat individu yang  ingin mencari sesuatu benda  dan memasukkan perkataan serta  ayat yang kebanyakannya tertulis dilaman web anda,maka dengan sendirinya laman web anda itu akan berada pada kedudukan teratas.Ini disebabkan perkataan serta ayat tadi yang telah diindeks ,dikeluarkan sebagai satu dari senarai jawapan pencarian tadi.Dengan sendiri juga, laman web anda akan berada pada muka surat pertama dan kedua.

Untuk sentiasa memperbaharui kandungan laman web anda secara kerap dan konsisiten,penulisan blog adalah cara terbaik.Ia bukan sahaja mampu menyediakan perkataan perkataan baharu untuk diindeks oleh alogaritma pencarian enjin,malah ia juga mampu menarik pembaca untuk mengikuti perkembangan jenama anda dengan lebih dekat lagi.

Jadi,bagaimanakah cara terbaik menulis blog yang mampu menarik perhatian pembaca ?Kalau anda perhatikan  dengan lebih mendalam diakhbar akhbar,majalah ataupun laman blog yang ada dilua sana,hanya bebera[a bentuk penulisan sahaja yang boleh membuatkan  orang tertarik dengan penulisan blog anda.

*Penulisan berbentuk Garis Panduan

Ia seperti memberikan nasihat atau langkah langkah yang perlu diambil untuk berbuat sesuatu.Contohnya,Enam Perkara Penting yang Selalu Orang Lupa Sebelum Membasuh Kereta Sendiri.Atau Tiga Sebab Utama Mengapa Gigi Anda Longgar Sebelum Umur 40 Tahun,Penulisan jenis ini paling diminati ramai sekiranya tajuk dan perenggan  pertama digubah dengan baik.Para Pembaca yang inginkan sesuatu yang boleh mereka belajar dan ambil iktibar  dan mengikut apa yang telah ditulis itu.Mereka mengharapkan dengan mengikuti garis panduan  dan langkah langkah tadi,ia akan membuatkan hidup mereka lebih baik dan berkualiti,mengurangkan kos dan menambah pendapatan dan sebagainya.

*Penulisan melibatkan Kajian Kes
http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/02/iprice-e-commerce-merchant-awards-2016.html

Kajian kes amat diminati teruatamanya kepada individu atau pemilik syarikat yang tidak begitu pasti dengan apakah langkah atau keputusan seterusnya yang perlu mereka ambil dalam mencapai sesuatu perkara.Misalnya tentang kaedah pencarian kerja yang paling efektif,cara menjual sesuatu produk dengan lebih cepat ,bagaimana untuk membuat video  yang menarik dan lain-lain.Dengan kajian kes,mereka apat belajar dari pengalaman syarikat lain atau individu lain yang telah melalui perkara sama dan berjaya.Jejak langkah ini yang paling mereka ingin tahu dan ikuti agar mereka tidak perlu mengulangi kesilapan yang sama yang telah dilakukan oleh syarikat atau individu tersebut.

*Penulisan Tentang Pengalaman
http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2016/05/matlamat-tidak-menghalalkan-cara.html
 Penulisan ini sama  dengan kajian kes tadi tapi bezanya ialah ia merupakan pengalaman penulis sendiri.Seperti saya yang berbelas-belas tahun  mempunyai pengalaman dalam subjek pemasaran digital ini,setiap penulisan yang dikongsi dengan anda merupakan pengalaman saya sendiri.Ini membolehkan anda tidak perlu menghabiskan masa yang lama  berbelas belas tahun untuk mendapatkan pengalaman yang sama.Hanya cukup dengan membaca daripada pengalaman yang ditulis.Ini akan menjimatkan masa anda untuk mencapai kejayaan dalam bidang pemasaran digital anda.

*Penulisan bentuk Soal Jawab

Soal jawab biasanya akan dilakukan dengan individu yang telah berjaya dan dikenali ramai..Soalan soalan yang dikemukakan  biasanya lebih tertumpu kepada kejayaan individu tersebut dan 'formula' yang digunakan  untuk mencapai kejayaan tadi.Dengan cara penulisan begini,emosi pembaca akan lebih tertumpu kearah jawapan kepada setiap persoalan yang ditanyakan.Mereka ingin sangat mengetahui tentangnya kerana mana tahu ada jalan pintas yang boleh digunakan atau tidak.

Dalam masa yang sama juga perlu dipastikan penulisan anda tidak terlalu membosankan seperti dalam buku buku teks.Ia perlu lebih beremosi ,ceria atau sedih,marah atau gembira dan sebagainya.Siapa je suka baca buku teks?????percayalah...dan jangan lupa gambar gambar yang menarik  yang perlu ada bersama penulisan anda tadi.

4 comments:

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!