Bumi Itu Bulat? (Proses Kejadian Bumi)

Sumber: Quran Saintifik karya Dr Danial Zainal Abidin
Bumi merupakan satu objek yang unik.Disitulah Allah meletakkan makhluk ciptaan-Nya yang istimewa iaitu Khalifah.Kejadian bumi melalui beberapa proses tertentu.Ia bermula lebih kurang 4.5 billion tahun dahulu sebagai sebahagian gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula.Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium,dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil dari kehancuran bintang-bintang di kosmos.Selepas matahari terbentuk daripada gas solar nebula ini,gas gas yang mengandungi unsur unsur vukan hidrogen (non-hydrogen elements) terhasil dan bercantum dari semasa ke semasa sehingga menjadi semakin besar dan akhirnya bertukar menjadi planet.Proses ini dikenali sebagai accretion.

           Salah satu planet yang terhasil ialah bumi.Teori kejadian bumi daripada proses accretion ini pada asalnya diutarakan oleh Otto Schmidt,seorang pakar Geofizik dari Rusia pada tahun 1944 dan teori itu menjadi semakin popular hari ini.
Otto Schmidt,seorang pakar Geofizik dari Rusia

Proses pembentukan bumi melalui fasa fasa yang tertentu.Berkemungkinan besar,ayat ayat Allah mengenai bumi  yang terdapatnya dalamnya perkataan yang berbeza beza menceritakan berkenaan proses ini.

Dalam Surah Az-Zukhruf ayat 10,Allah menjelaskan,
" Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan tempat menetap dan Dia membuat jalan jalan diatas bumi supaya kamu mendapat petunjuk."
  Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan mahda semasa menceritakan tentang bumi.Mengikut Hans Wehr:A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J.Milton Cowan,perkataan Mahda berasal daripada perkataan mahada dan antara maksudnya to spread out evenly, to make easy yang bermaksud menghamparkan dan memudahkan.Ayat ini  menggambarkan bumi ini dijadikan  seperti sesuatu hamparan yang memudahkan aktiviti manusia diatasnya.Sekiranya dilihat pada mata kasar,bumi ini sememangnya kelihatan bagai suatu hamparan yang luas nun sejauh mata memandang.
Namun 'hamparan bumi' ini mempunyai logiknya disudut sains dan hal ini diterangkan kemudian.

Dalam surah Abasa ayat 26,Allah berkata
"Kemudian Kami belah bumi dengan sebaik baiknya."
Dalam Surah ini perkataan yang digunakan adalah perkataan syaqana yang berasal dari perkataan syaqq .Mengikut Hans Wehr:A Dictionary of Modern Written Arabic  perkataan Syaqq  bermaksud to split,cleave iaitu pisahkan sekaligus menggambarkan bumi sebelum ini  bercantum lalu dipisahkan.

Dalam Surah Ar-Ra'd ayat 3 Allah menjelaskan,
"Dan Dialah yang melebarkan Bumi dan dijadikan diatasnya gunung-ganang dan sungai-sungai."
Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan madda  yang mengikut Hans Wehr:A Dictionary of Modern Written Arabic bermaksud to extend,distend,expand,dilate,stretch iaitu  mengembangkan dan melebarkan.Ayat ini menunjukkan bumi ini tidak statik sebaliknya terus membesar dan melebar sehingga ke harini.

Sebahagian musuh Islam menjadikan ayat-ayat ini sebagai  bukti mengatakan Al Quran tidak saintifiik.Hal ini disebabkan bagi mereka ayat-ayat ini menunjukkan bumi adalh mendatar (flat) dan tidak bulat.

Sebenarnya perkataan 'bumi dihamparkan' atau 'bumi adalah hamparan'(mahada) tidak menunjukkan bumi ini mendatar.Sebaliknya ia menjelaskan bumi ini adalah suatu hamparan yang seperti manusia menghamparkan tikar ataupun permadaini diatas usatu tempat.Tempat itu pula tidak semestinya mendatar kerana sesuatu hamparan dapat dihamparkan diatas pelbagai tempat  termasuk yang bulat.Pernahkah anda melihat jalan raya dikawasan bukit bukau yang berliku liku?Apabila anda melihat jalan raya itu dari jauh ,anda seolah olah melihat suatu hamparan permaidani dikawasan bukit bukau yang tidak mendatar?Begitulah kiasannya dengan hamparan bumi ini.

Kiasan yang Allah berikan  bumi ini diumpakan suatu hamparan memang selari dengan penemuan semasa.Hal ini disebabkan bumi merupakan sfera yang mempunyai beberapa lapisan.Lapisan paling dalam dikenali sebagai earth core.15 peratus  dariapda sfera bumi  adalah daripada lapisan ini.Suhunya mencecah 13000 darjah Farenheit bersamaan 7 200 darjah Celcius dan sudah pasti dengan suhu tertinggi itu ia sedikitpun tidak sesuai untuk kehidupan manusia.

Lapisan berikutnya dikenali sebagi earth mantle.84 peratus daripada bumi adalah dariapda lapisan ini.Ketebalan lapisan ini secara puratanya adalah 1700 batu bersamaan 2750 kilomiter.Suhu bahagian ini dalam lapisan ini mencecah 4000 hingga 6700 darjah Farenheit bersamaan 2200-3700 darjah celcius.Lapisan ini juga tidak sesuai untum kehidupan manusia.

 Lapisan yang teratas sekali dikenali sebagi Earth Crust .Ia adalah lapisan yang paling nipis dengan ketebalan yang mencecah hanya 30 kilometer.Oleh kerana lapisan ini berbeza dan terpisah daripada  kedua dua lapisan dibawahnya,ia seolah olah hamparan yang tersendiri,Tambahan daripada itu,penemuan semasa menunjukkan lapisan earth crust memang terpisah daripada lapisan bawahnya melalui satu sempadan pemisah yang dikenali sebagai Mohorovicic Discontinuity.

        Sempadan ini ditemui oleh sorang pakar ilmu Seismologi dari Croatia yang bernama Andrija Mohorvicic pada tahun 1909.Ketebalan sempadan pemisah ini adalah lebih kurang 10km daripada paras laut.Diatas sempadan ini lapisan bumi yang diduduki manusia dihamparkan seperti permaidani dihamparkan diatas lantai.Justeru kata kata Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 10  memang selari dengan penemuan ini.

Berbekalkan kefahaman ini,kita tidak perlu berasa pelik  apabila Allah mengiaskan bumi ini sbg suatu hamparan atau tikar dengan menggunakan perkataan  firaasy.Sebagai contoh Surah Al-Baqarah ayat 22 Allah berfirman
"Dia (Allah) menjadikan  bumi bagimu sebagai suatu firaasy."
Di dalam Al Asas fi Al-Tafsir Said Hawa menjelaskan firaasy bermaksud suatu hamparan seumpama tikar.

Demikian juga dengan perkataan suthihat.Sebagai contoh surah Al-Ghaasyiyah ayat 20 Allah menjelaskan,
"Dan bumi bagaimana ia dihamparkan (suthihat)."
Perkataan suthihat mengikut Hans Wehr:A Dictionary of Modern Written Arabic membawa maksud to spread,unfold,unroll iaitu menghamparkan,membuka sesuatu yang bergulung.Hal ini juga adalah selari dengan  keadaan earth crust ,iaitu lapisan teratas bui,kerana ia seolah-olah seperti sehelai tikar yang terhampar.Ayat-ayat ini memfokuskan mengenai proses kejadian bumi yang akhirnya melahirkan sesuatu hamparan dipermukaan yang bernama aerth crust yang terpisah daripada bahagian bumi yang lain.Ia seumpama tikar dilantai yang tidak melekat pada lantai yang dapat digulung.

Penemuan semasa juga menunjukkan bumi sebelum ini,iaitu ratusan juta tahun dahulu,adalah bercantum persis suatu hamparan.Pada masa itu,bumi tidak dipisahkan oleh air lautan seperti yang wujud sekarang.Hal ini adalah selari dengan  penemuan semasa mengenai proses kejadian bumi.

Pakar Sains,Lawrence S Mayer dalam tulisannya yang bertajuk Our Planet Is Expanding By External Accreation And Internal Core Expansion (The Mechanism And A New Cosmology) di www.expanding-earth.org berkata, "The evidence is empirical and the conclusion obvious-Earth~200 millions ago was a single planetary landmass~40% smaller than it today,and that moment in geologic time there were no oceans.Every island  and seamount  and most of water  seen on today's map has evolvedin the very short period of time since then!The Earth has been,and still is,steadilly growing  in size an expanding diameter at an accelerating rates---contrary to what today's scientists believe and teach..This unequivocal evidence suggests that Earth's diameter has increased at  an accelerating velocity.Today's oceans cover~71% of earth surfaces which equates to a~40% increase in Earth's diameter then,without oceans,would have been only ~7640km (~4747mi)or about~60% of its current average diameter of 12734.889km (7913.46mi)...The dominant factor in global expansion today  is the expanding molten core--melting its away upward towards the crust and creating new ocean floor  when extruded from the ~65000km (~40000 miles) of midocean ridges.In the last ~200 millions years this ridges have added more than 71% of new ocean surface area to the planet,increasing Earth's diameter by 40%."

Bumi adalah Bulat?

Salah satu perkataan penting yang digunakan Quran yang  digunakan Quran yang menunjukkan bumi dan cakerawala di angkasa raya adalh bulat adalah Falak.Sebagai contoh,di dalam Surah Al-Anbiya' ayat 33 Allah menjelaskan
"Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan.Kesemuanya beredar di dalam falaknya."

Ayat ini menjelaskan, malam siang matahri dan bulan beredar dalam falaknya masing-masing mengikut apa yang ditetapkan Allah.Justeru sahabat Abdullah bin Abbas berpendapat cakerawala di langit  beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat semasa menggulung benang.

Serpekara yang menarik berhubung dengan ayat ini adalah Allag mengatakan ,malam dan siang juga  beredar dalam falaknya.seperti matahari dan bulan,perubahan malam dan siang  juga berlaku dalam bentuk bulatan.Berdasarkan ini,as Syeikh Said Hawa di dalam  Al-Asas fi Al-Tafsir berkata," Ayat ini menunjukkan bumi adalah bulat dan Quran menjelaskan berkenaan hal ini sebelum teori kebulatan bumi menjadi satu hakikat dipegang umum.Inilah satu daripada banyak mukjizat yang terdapat di dalam Quran."

Bible dan Konsep Kebulatan Bumi

 Berbeza dengan Quran,ayat-ayat dalam Bible dengan jelas menunjukkan bumi adalah mendatar serta pegun.Sebagai contoh,dalam Bible versi King James, dalam Revelation 7:1 dinyatakan
"And after these things I saw four angels stamding on four corners of the earth,holding the four winds of the earth,that the wind should not blow on the earth,nor on the sea,nor on any tree."

Tokoh tokoh Kristian seringkali menggunakan Bible ayat 40:22 yang terdapat dalam Isaiah sebagai bukti bumi adalah bulat.Ayat ini,seperti  yang terdapat  di dalam Bible versi New International (NIV) bermaksud, "He sits enthroned above  the circle of the earth,and its people are like grasshopers.He stretches out the heavens like a canopy,and spreads them out like a tent to live in."

Perkataan yang penting dalam ayat ini adalah "circle of the earth" yang bermaksud "bulatan bumi."

Dr Danial Zainal Abidin adalah doktor perubatan lepasan Universiti Iskandariah,Mesir.Sekarang beliau adalah Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd.Beliau juga adalah  Pengurus kepada Klinik Syifa di Gelugor ,Pulau Pinang.




Post a Comment

1 Comments