Travel One Day ke Singapore Bajet Below RM200????


   Asalamualikom pembaca sekalian. Sihat??? Pada 13/10/2019 yang lepas saya telah bercuti ke Singapura selama sehari dengan bajet dibawah RM100. Kenapa baru cerita sekarang? Maaflah saya sangat kesempitan masa dan masa yang ada pada saya fokuskan kepada pembelajaran saya di universiti 100%. Al maklumlah belajar benda yang tak minat.So struggle dia lebih dari budak budak lain.Jadi sebelum saya memulakan cerita saya apa kata tengok jap Vlog saya ni kat Youtube.Jangan lupa tekan button like and subscribe.Tolong la saudara Melayu anda ni buat bisnes.

Saya sebagai pelajar bukan meminta duit sumbangan daripada anda pun.Bukan mengemis pun apatah lagi mencuri.Saya cuma merayu like dan subscribe daripada anda supaya Youtube channel saya akan lebih maju dimasa akan akan datang.Marilah naikkan ekonomi bangsa Melayu.

Dah tengok???like dan subscribe???? terima kasih.Moga Allah merahmati dan memudahkan urusan kalian semua.

      Cerita dia cemni,September lepas kat Group Whatsapp kelas ade classmate post yang persatuan Koko dia buat rombongan untuk Pelajar UTM ke Singapore dengan harga RM80.Orang yang berakal waras dan hensem ni pikirla...ni scam ke apa ni biar betul.

    Awalnya malas la nak baca lebih aku bukan ada passport pun.Tapi kat bawah tu tulis bold hitam.
Tak ada passport pun boleh join.
Series la????? jadi Pendatang Asing ka ni????

    Rupanya ade passport group under UTM and just need to give your passport photo saja.And the good thing is its FREE.So aku pun ambillah peluang ni.Bila lagi nak merasakan????Pergi Singapore harga murah.Tuan tuan cuba pikirlah dengan akal waras tuan puan.

Kalau saya nak pergi Singapore luar pakej UTM ni....

Cincai kata la ade rumah sedara kat Johor Bharu la ennn.and kos saya kira kalau saya di JB

Bas ke Singapura dari Larkin? RM35 keatas
Passport? RM200
Transport??? Makan??? LRT makanan  depa mahai tau dak...mau maunya RM500 saja habih one day trip. per kepala.

Kalau saya amik pakej UTM ni....
RM80
Siap bas one day dia tunnggu kita bak hang
Passport Group...
Tour Guide lagi bak hang
Bawak merata Singapore....
dan aku kira balik  total duit keluaq sepanjang hari aku trip. Dalam RM150 je wehhhh
RM50 tu tukaq last minute sebab aku tak tahan tengok member lain shopping sakan....takkan aku nak tengok sajaaaa.......Kalau tak duit aku habis RM100 ja wehhh.

Gambar aku gi Singapore???
Noh hangpa ni malaih la....Ketegaq arrr..Buat terok nohhhh...
Aku dah bagi link youtube tengok la...Video kot ada musik lagi...nak gambar gak??? Ala ye la ye la


Okay First destination kitorang adalah National Art Museum of Singapore.Kat sini adalah tempat penyerahan Jeneral Yamashita kepada British selepas kalah World War 2.Yang depa duk bagi pedang tu.

Seterusnya pergi ke Tugu Stamford Raffles.Pengasas Singapura.

         Lepas tu kalau kitorang nak ke Marina Bay tempat mercu tanda Singapore tu yang ada menara sampan tu.Kalau biasanya orang kena naik bas or jalan kaki jauh.Tapi ada satu shortcut yang Singaporean je tahu.And luckyly Tourguide kitorang share kat kitorang shortcut yang pendek gila.Which is lalu terowong bawah tanah Pullman Hotel.Nak tahu macam mana terowong bawah tanah tu kena la tengok Vlog saya di Youtube.

















  Seterusnya kami pi makan Nasi Briyani area Masjid Sultan dan makan Nasi Briyani 6.5SD =RM18.50 doooooo....sama harga makan nasi briyani Hamadiah Penang wooo....tapi puas la sedappp

Lepas tu pergi ke Sentosa pulak...Duk luar Universal Studios je mampu...masuk mimpi je arrr. pastu naik Train free ke Marina Bay Sands


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks


Last sekali Destination yang saya tak upload lagi ialah Gardens By the Bay


Sebelum saya menutup kata blog saya kali ini.Kita selalu dengar orang kata Singapura ni bersih gila.Takdak sampah lansung....kalau buang sampah kena saman....mampuh mu nak bayar ratus dollor.
Anda yakin?????????


So clearkan mitos tu semua dalam kepala otak korang.Singapore sama je macam kita.Sekian Asalamualaikom.

Kalau korang berminat nak baca pengalaman pengalaman Trip dan hidup di Eropah???
Boleh Follow dan visit blog kakak saya.Terima Kasih banyak banyak.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

Post a Comment

2 Comments

  1. wah bestnya dpt merasa ke singapore..kite tk pernh..hehe but one day insha Allah i will.. :D

    ReplyDelete
  2. According to Stanford Medical, It's in fact the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh an average of 19 KG less than us.

    (And by the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret diet and absolutely EVERYTHING around "HOW" they eat.)

    P.S, I said "HOW", and not "what"...

    CLICK this link to reveal if this easy quiz can help you decipher your real weight loss potential

    ReplyDelete