Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Setahun lebih saya dah tak blogging. Rindu tak dengan penulisan saya? Mungkin pembaca saya 5 tahun dulu sudah lagi tidak aktif menulis blog dan sekarang adalah generasi baru dalam dunia blog mungkin. Dan mungkin saya perlu mula semula dari awal untuk menambahkan views pembaca di blog saya mungkin.
Bulan 8, sebulan lagi budak SPM atau STPM/Matrikulasi dan Asasi akan memasuki kealam universiti, dan antara mereka mungkin mendapat kursus Computer Science tapi tiada pengalaman atau background dalam programming. Basic programming pun tiada. Saya adalah salah seorang darinya. Jangan sedih. Anda tak keseorangan. Antara persoalan yang bermain di fikiran anda?
Apakah language programming yang saya perlu belajar terlebih dahulu? (Which programming language should I learn first?)
Persoalan ini adalah persoalan yang mungkin akan mengubah hidup saya kalau la saya tahu benda ini dulu. Dan saya harap dengan ilmu atau perkongsian yang saya berikan ini dapat sedikit sebanyak membentangkan karpet merah keatas jalan berduri yang telah saya lalui agar anda semua tidak merasai kesakitan yang saya rasai.
Apakah language programming yang saya perlu belajar terlebih dahulu? (Which programming language should I learn first?)
Kalau anda tanya saya mana yang awak perlu belajar terlebih dahulu, pertama sekali ialah kalau anda di universiti, anda perlu refer kepada timeline course anda ikut universiti anda. Kalau macam saya di Universiti Teknologi Malaysia, kami bermula dengan C++, Assembly Language, R kemudian Java, Web Programming (HTML,CSS,JS,PHP,mySQL) dan Python juga Matlab. Setiap universiti ada aturan mereka tersendiri jadi anda perlu buat research terlebih dahulu.
Bagaimana kalau saya bukan dari background programming atau IT tapi saya nak belajar untuk tambah skill?
Berbalik kepada apa yang anda nak buat dalam hidup awak. Kalau awak nak mengurat awek cina, buat apa belajar Korea? Belajar apa yang perlu. Kalau awak nak buat website belajar Web Programming Language saja. Kalau nak buat AI belajar Python. Kalau nak buat app, kena belajar Flutter. Jangan tamak. Masa anda terhad. Di Universiti mereka ada masa 4 tahun untuk sumbat buat semua benda tetapi anda punyai masa yang terhad. Ambil apa yang perlu dan fokuskan itu saja.
Language Programming Mana yang Paling Susah? (Which Programming Langauge is the most difficult?)
Berdasarkan pengalaman saya, saya akan aturkan rating kesukaran dari pada paling mudah ke paling susah. Saya akan labelkan tahap kesukaran melalui berapa banyak star *****. Review saya berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kalau tak setuju boleh komen dibawah.
1. MATLAB
Difficulties: *
Matlab adalah programming language paling mudah sepanjang saya belajar. Ia adalah programming langauge common yang wajib digunakan semua orang yang ambil Engineering. Senang cerita semua engineer yang tak de basic coding pun semua belajar and pernah pakai MATLAB.
Kenapa MATLAB antara yang termudah adalah, semua hard coding, algorithm telah ada dalam package atau library. Jadi untuk membuat sesuatu pengiraan hanya perlu menggunakan function yang sedia ada didalam library tersebut. Tiada jargon atau perlu pening untuk faham source code. Senang cerita MATLAB just use what they provide.
Jika anda menghadapi or encounter any error during using MATLAB, MATLAB akan provide reason error secara jelas dan bagi link ke documentation specific untuk explain kenapa error jadi dan apa solutionnya.
Keburukan MATLAB adalah Rujukan MATLAB sangat terhad dan jarang dijumpai didalam Stackoverflow dan Github.
2. R Programming
Difficulties: **
Lebih kurang dengan MATLAB, R language antara yang termudah untuk belajar kerana tidak perlu deisgn algorithm atau function kerana semuanya sudah ada didalam package. Cuma tinggal download and guna saja. R language common used on visualising data. Dia macam kau visualize Microsoft Excel punya data. Banyak guna dalam statistical analysis. Kalau korang tanya aku, apa guna R sedangkan Excel sendiri dah boleh buat banyak benda, asal nak pakai R lagi nak susahkan hidup?
Aku pun tak tau. Mungkin bila korang betul betul buat research, mungkin korang akan perasan there are some drawbacks yang Excel cant handle and R will become handy?
3. HTML/CSS/ Javascript (Web Programming)
Difficulties : **
Language favourite semua orang. Semua orang akan at least belajar ni. Even budak kecik kat sekolah pun belajar language ini untuk buat website. Kenapa saya kata senang adalah kerana language in terlalu senang, tak yah IDE, pakai je notepad pun korang dah boleh buat coding. Rujukan untuk HTML,CSS dan JS terlampau la banyak. Dan kalau ade kursus nak ajar programming pun, inilah skill langauge yang dorang nak ajar. Bayangkan language ni sangat la senang sebab korang boleh belajar kat Youtube secara percuma tapi ade orang sanggup bayar beratus ratus nak belajar benda ni?
4. PHP (Web Programming)
Difficulties: ***
Antara backend language yang paling senang. Nak cerita website ni macam anatomi badan tau. Frontend ni ibarat kulit rupa luaran, backend adalah saraf dan otak kepada website tersebut. Kalau kat gambar ni macam tu CMS/API tu. PHP ni boleh kata mudah sebab banyak reference dekat internet dan language dia masih boleh paham lagi sebab dia masih bahasa manusia.
5. Python
Difficulties: ****
Python adalah language paling popular dan paling digunakan mostly and widely dalam industri. Tak kira la dalam research ke atau development. Python adalah language utama dalam Machine Learning, Artificial Intelligence dan juga Data Analysis. Python jauh lebih baik dari R dalam data analysist dan visualising data cumanya semua algorithm dan hard code korang kena buat sendiri.
Korang akan selalu dibagi fake hope oleh senior yang Python adalah senang kerana tak de semi colon je. Hakikatnya tak. Memang la time bootcamp atau kursus beginner memang la rasa Python adalah saviour dan paling senang. Tak de pointer dan sebagainya. Tapi bila korang dah masuk bab Machine Learning dan AI, menangis la korang. Hapak pun source code tu kau tak paham. Kau tahu copy paste je.
6. Flutter & Dart
Difficulties: *****
Flutter dan Dart ni adalah language baru yang tengah hot sekarang. Kalau korang nak tau sebelum ni kalau nak buat app untuk IOS dan Android perlukan programming language yang berbeza. Untuk IOS kena pakai language Swift dan Android kena pakai Java&Kotlin. Bayangkan sebuah app perlu hire dua group yang berbeza untuk maintainance dan develop app untuk kedua dua operating system. Kan makan duit dan modal.
Dengan kehadiran Flutter & Dart, dengan satu language, app yang dibuat pakai language ini boleh pakai ke dua dua OS. Jimat masa dan staff. Rating kesukaran aku bagi berdasarkan pendapat kawan kawan sebab aku tak pernah guna pun. Pernah sentuh sikit.
7. Java
Difficulties: ******
Java antara Language yang susah tapi tak sesusah C++. Apa yang aku suka tentang Java satu je. Tak de pointer. Selain tu nope. Java ni Object Oriented Programming. Semua memang kena coding on Class je Enum la apa la and syntax dia pun panjang dan melecehkan. Korang mungkin akan menghadapi hard time juga la dengan language ni.
Java ni banyak pakai dalam Mobile App, Game dan Software.
8. C++ / C#
Difficulties: ********
Ini antara language yang paling hanat dan lahabau yang aku pernah jumpa. 3 semester aku tak pernah skor A. Korang akan hadap language ni banyak gila dalam universiti. Benda paling susah bagi aku dalam C++ adalah bab pointer. Aku banyak menyumpah mencarut bila berdepan dengan language ni.
Syntax C++ sangat la complicated dan susah nak paham. Banyak konsep dan rule korang kena paham dalam C++ yang buat language ni agak tahi.
C++ banyak digunakan dalam software, game development (unity) dan lain lain.
8. Assembly Language
Difficulties: **********
Selain dari C++, ini juga adalah language tak guna dan majal juga. Language ini tiada syntax. Dia lebih kurang pointer atau address dan ade hanya beberapa syntax saja macam insert,update dan delete macam tu tak silap. Sepanjang aku belajar language ni aku pun tak paham apa yang aku buat.
Assembly Language ni commonly used dalam machine seperti mesin fotostat, printer, traffic light dan lain lain.
Itu saja untuk Entri kali ni, kalau korang rasa entri kali ini sangat membantu boleh la klik iklan yang ada di blog ini untuk berikan saya pendapatan. Alah berapa sen je pun. Tolong la klik iklan di blog saya ye. Dan jangan lupa subscribe Youtube Channel saya Khaidir Khaizuki. Moga jumpa lagi di entri akan datang.
Post a Comment
0
Comments
Search This Blog
About Me
EST 2014 Ahmad Khaidir Amir merupakan Alumni Sekolah Menengah Sains Banting,Penang Matricullation College.Beliau merupakan Juara Blog Pengguna Malaysia dan mengendalikan blog DiariH2O sehingga mendapat tempat pertama.Kini beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar Sarjana Muda Sains Komputer Bioinformatik.Ikuti pengalaman dan penulisan beliau disini. Ade urusan sila contact mana mana dibawah.
0 Comments