Pada beberapa minggu lalu kami telah berjaya menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu yang berketinggian setinggi 4095m dari aras laut. Sepanjang setahun saya menceburi hobi pendakian, ini adalah pencapaian tertinggi saya sekaligus menjadikan ini adalah gunung tertinggi yang pernah saya daki.
Tempoh latihan
Kami mulakan proses booking slot online di Kinabalu Park pada awal Disember 2024 menjadikan kami hanya ada kurang lebih 2 bulan untuk training. Jadi disebabkan kepadatan jadual kami jadi kami hanya mendaki bukit bukit di sekitar lembah Klang. Ini antara lokasi yang kami buat latihan selama 2 bulan ini.
Setiap Km ada 1 atau 2 pondok yang dilengkap tandas. Sebagai seorang yang dah selalu mendaki banyak gunung. Saya boleh katakan fasiliti di Kinabalu sangat selesa untuk para pendaki. At least kalau salah makan rasa nak berak akan ada tandas disetiap kilometer anda mendaki.
Perasaan setelah pendakian
Ini mungkin pendakian terakhir kami bersama, tak perlu saya terangkan lebih terperinci mengapa tetapi cukuplah saya simpulkan vlog ini merupakan pungkasan atau kesimpulan. Berjumpa lagi atau tidak selepas ini biarlah masa yang menjawab tapi vlog ini menjadi kenangan untuk salah seorang dari kami untuk tonton bila rindu.
Is it worth it, absolutely yes. Pengalaman yang korang kena ada at least sekali dalam seumur hidup. Selama ini aku selalu dengar orang bercerita, tengok video dalam Youtube, and the worst is dengar cerita cerita pasal susahnya naik Gunung Kinabalu dari orang yang tak pernah mendaki pun.
Dan sekarang saya telah membuktikan saya boleh. Umur pun dah 26. Masih single tiada teman hidup yang masih dijumpai. So, kemanakah pengembaraan akan membawa saya selepas ini?
"Kalau hati mu yang sakit, jangan lah kaki mu yang kau dera"
0 Comments