Krisis Kewangan Melanda

           3 Minggu yang lalu,menghadiri konvokesyen abang saya yang telah menamatkan pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara peringkat Master.Lepas ni katanya nak sambung PhD.Gaji masyuk tu.Tak pa boleh pau masa aku nak study kat Universiti nanti.






   Sepanjang perjalanan duk kat Universiti tu saya tengok ramai ahli keluarga yang gembira dengan kejayaan anak mereka.Mungkin akan mengubah masa depan keluarga,itu saya tidak tahu itu drama mereka.
Yang pasti saya akan mengalami pembelajaran di universiti kalau ada rezeki dan umur yang panjang,mana tahu tuhan menjemput aku awal.

   Apa yang menarik perhatian saya,gubahan bunga mampu dijual dengan harga 50,6o hingga cecah 100 ringgit.(Nampak tak bunga yang akui pegang tu?RM60 jer)Sedangkan senang jer,susun susun taruk teddy bear,untung masyuk.Mungkin nak bayar tapak sewa kat U mana tau.Cemburu saya melihat keuntungan perniagaan mereka.Melihat mereka membilang duit selepas pelanggan membayar kepada mereka buat saya nak mengira duit di dalam dompet saya.Krisis Kewangan melanda.Di campur dengan kejatuhan harga Ringgit di pasaran dunia buat aku bertambah bingung.(Mol Point pakai USD)

   Sehari sebelum pergi kem,dompet saya tertinggal di rumah mak saya,Ketika itu saya bermalam di rumah kakak.Agak malang mak saya mengetahui jumlah duit yang ada di dalamnya sehingga menelefon ibu saya di rumah "asal kasi Amir bawak duit banyak-banyak?"
Jawapan saya dalam hati "Kos sara hidup di bandar tinggi."
Alasan sebenar ada barang nak beli kat Pandan Capital.Tapi tak jadi sayang duit,dah la krisis kewangan ni.Setelah bermujadalah punya panjang,duit tu suh masuk dalam tabung haji."Masuk tabung haji seribu,nanti mak tambah tambah la nak pergi Umrah."

   Kali ini saat aku di uji Tuhan.Nak guna duit jadi tetamu dia ker?atau guna duit beli kamera.Orang akan senang cakap,ikhlaskan la duit tu pergi umrah.Depa senang cakap bukan duit dorang.4 bulan kut nak kumpul banyak tu.Kalau nak pakai beli kamera,puas sekejap jer.Benda ni sebenarnya small matter,tapi nafsu ngan setan punya kerja buat benda ni macam masalah ekonomi negara.Benda ni buat saya cemburu ngan pemerintah yang boleh mengurus duit rakyat dengan baik nak pakai buat apa ker,masuk poket ker tapi aku sendiri tak boleh nak manage apa aku nak letak.Tapi memang la orang akan kata "pergi MASUK DUIT buat Umrah,hang saggup nak material yang akan binasa tapi tak nak jumpa dengan Allah Tuhan kamu?"

   Jadi kerunsingan itu buat saya nak solat Istikharah mintak petunjuk.Tapi bila pikir balik tengok drama biasanya istikharah untuk jodoh.Sejuk malam memaksa aku menarik selimut dan menutupkan mata aku.Makin rapat,makin rapat.....zzzzz

   Keesokan harinya sedang aku baca buku "Usahawan Akhirat" terdetik hati nak tanya kepada mak saya

"Mak,Umrah nanti pergi Madinah tak?" tanya saya.

"Pergi,hari pertama duk Madinah dulu,lepas tu baru gi Mekah,kenapa?" tanya mak kehairanan.

"Tak,Ni Amir baca buku ni kata,kat Madinah best,tenang."

  Nampak muka mak tengah mengenang kembali,dan saya meramalkan dia akan mula menceritakan pengalamannya,jadi saya melipat helaian terakhir saya baca tadi dan bersedia untuk dengar cerita pengalamannya.

  "Kita kat sana,kita rasa dekat sangat dengan tuhan,apa doa macam makbul.Mak baru terniat jer dah makbul."

  Cerita ini agak menarik.Doa makbul?Sudah lama saya berdoa meminta sesuatu,hampir setahun tapi macam tak makbul.Di sebabkan terlalu menarik saya meletakkan buku di tepi meja dan ingin mendengar cerita apakah doa mak yang termakbul?

  "Ada satu tingkat atas,perempuan biasanya tak boleh masuk,kat sana lelaki jer ramai.Kalau nak naik jugak,perempuan kena ada empat orang.Masa tu mak terniat kat hati,Ya Allah bestnya kalau dapat naik atas tu,lain kali kalau pergi sini lagi aku nak naik atas tu."

  Saya terus mendengar dengan penuh sabar.

 "Tiba tiba ada seorang askar perempuan ni macam pandang mak,panggil Hajah Hajah tarik mak.Tak sangka mak dapat naik tas ni.Subhanallah,baru jer mak niat tadi.Tak sangka tau."

  Pada masa itu saya rasa seperti satu getaran yang memberikan gambaran.Andaikata kalau doa yang saya minta selama setahun itu tidak termakbul dan andai kata ia akan termakbul bila aku menjadi tetamu Allah ini,saya rasa duit bukan masalah.Kerana kalau doa saya itu termakbul,kebahagiaannya tidak mampu terbayar dengan wang ringgit.Apa doa saya?Biar hanya saya dan Tuhan sahaja yang tahu.

  Dengan ini saya sudah menaruh keyakinan.Saya akan mewakafkan juga sejumlah wang ini untuk melaksanakan Umrah 2 tahun akan datang.Kamera ker fon ker benda lain,kalau Allah redha dan izinkan saya milikinya,suatu hari benda itu akan datang  juga dalam genggaman saya.Dengan roh ku di dalam genggamanNya.Aku bertawakal kepada mu Ya Allah.





   

Post a Comment

0 Comments