Sunday, 4 December 2016

Penghapusan Etnik Rohingya (Sejarah Bangsa Rohingya dan Mengapa Penghapusan Etnik Berlaku?)

 Image result for pembunuhan etnik di rohingya
Selamat Malam Rohingya
Meski Lenamu di sisi mayat,
Jangan bersedih Rohingya,
Kini Tuhan mengujimu~

Selamat malam Rohingya,
Dunia sedang tidur lena,
Kami doakan sejahteralah selalu....

Pada 24 November lalu,Malaysia dikejutkan oleh tindakan rejim Myanmar yang menjalankan penghapusan etnik Rohingya di negara mereka.Isu kemanusiaan ini kurang mendapat perhatian dunia kerana tindakan mereka yang melaksanakan rancangan dalam senyap malangnya berjaya juga dihidu oleh netizen.

Image result for najib persidangan umno
Kekejaman mereka tidak dapat diterima dan ditentang sekeras kerasnya oleh umat Islam.Kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak dalam persidangan UMNO baru baru ini yang dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 4 Disember 2016,Beliau menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak berkompromi dengan pihak yang mencabul hak asasi manusia.

Namun hanya melempiaskan marah tanpa mengetahui apa yang terjadi ibarat anjing yang menyalak pada pokok yang tidak berbuah.Sebab apa?Kita tidak tahu apa yang berlaku dan hanya melampias marah membuta tuli.Sebab tu jadilah orang yang berakal.Mari kita baca beberapa fakta yang boleh disimpan di dalam kepala supaya bila kita berdear degar di kedai mamak tentang isu ini tidaklah ibarat tin kosong yang bunyinya bising tetapi tiada isi dalam hujah.

Siapa Rohingya
 Image result for pembunuhan etnik di rohingya
Orang Rohingya ialah satu kumpulan etnik yang beragama Islam di utara Rakhine yang terletak di Barat Burma.Kebanyakan populasi orang Rohingya tertumpu pada dua buah bandar utara negeri Rakhine (yang dahulu dikenali sebagai bandar Arakan).

 Sejarah Rohingya

 Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu


 Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.
    "Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."

    "Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."

Image result for pembunuhan etnik di rohingya    "Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."

Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.


 Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.
 
Image result for pembunuhan etnik di rohingya
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan. Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.




Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.

Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.

Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.

Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak.



Secara umumnya, Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan (kini dikenali Rakhine), terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw.

Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun.

Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam. Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan.
Image result for pembunuhan etnik di rohingya
Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya. Ini menyumbang kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan.

Berdasarkan perkembangan sejarah, Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa termasuklah Arab, Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong. Jumlah penduduk Rohingya di Rakhine pula dikatakan 1.4 juta orang, mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine.

Antara isu utama bagi umat Islam Rohingya adalah status mereka sebagai warganegara Myanmar. Ketika zaman British, mereka diklasifikasikan Indo-Burman. Ketika Myanmar mencapai kemerdekaan pula, mereka dianggap sebagai bukan warganegara, padahal orang Rohingya mendiami Rakhine sejak ratusan tahun yang lalu.

Pendek kata, status orang Rohingya sebagai minoriti yang terasing adalah merupakan sumbangan penjajahan British di Myanmar.

Di Myanmar, terdapat 134 etnik antaranya Karen, Chin dan Mon. Namun, Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan dan etnik tersebut. Kehilangan identiti masyarakat Rohingya berlaku apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik. Apabila mereka kembali semula ke Myanmar, dasar negara berubah. Kesannya, mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu. Mereka menjadi pengemis di negara sendiri.

Malah ketika kerajaan Ne Win berkuasa, pihak tentera yang sedang berhadapan dengan pemberontakan komunis dan etnik menjadikan isu Rohingya sebagai isu yang tidak begitu penting.

Nasib malang terus menimpa mereka apabila Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship Act of Burma) diperkenalkan pada tahun 1982. Akta ini diluluskan oleh Ne Win yang bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari peta Myanmar. Ini menyebabkan Kementerian Luar Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik di Myanmar.

Image result for pembunuhan etnik di rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784. Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan lebih kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada perjalanan agama selain Buddha di Myanmar.

Antara operasi yang dianggap paling kejam ke atas masyarakat Rohingya adalah Operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan).

Operasi ini yang dimulakan pada 6 Fen 1978, secara umumnya bertujuan menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari China, Bangladesh, India dan Nepal. Namun tujuan yang terselindung di sebalik operasi ini adalah ke atas orang Rohingya yang sememangnya tiada pengenalan diri.

Orang Rohingya yang menyedari mereka menjadi sasaran bertindak menentang balas. Penentangan balas ini kemudiannya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas mereka. Ketika operasi ini berkembang ke Buthidaung dan Maungdaw, beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara. Ada yang diseksa dan dibunuh. Kaum wanita pula dirogol.

Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.

Pada 1991, dilancarkan kempen pembasmian etnik termasuk orang Rohingya dengan kod nama “Pyi Thaya”. Dalam operasi ini, penyeksaan dan kezaliman ke atas orang Rohingya terus berlanjutan. Mereka ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya dirogol. Tempat tinggal mereka dan masjid turut dimusnahkan. Malah pada 2001, ratusan masjid dimusnahkan.

Konflik membabitkan Rohingya dan Rakhine kembali meletus pada 2012. Khabar yang menyatakan kononnya seorang gadis Rakhine menjadi mangsa rogol oleh pemuda Rohingya menyebabkan penganut Buddha segera membalas dengan membunuh 10 orang penduduk Islam.
Image result for pembunuhan etnik di rohingya
Lebih 1,000 orang terkorban dibunuh oleh puak Rakhine, 3,000-4,000 cedera, 10,000 hilang dan 115,000 hidup melarat di khemah penempatan sementara.

Malahan ratusan sami Buddha berkumpul pada awal September 2012 dalam perarakan menyokong tindakan presiden agar orang Rohingya dihantar ke negara lain.

Ini menunjukkan betapa dalamnya kebencian masyarakat tempatan terhadap golongan Rohingya termasuk golongan sami. Padahal sepatutnya merekalah yang seharusnya menunjukkan “compassion” yang tinggi terhadap penganut agama lain.

Umat Islam Rohingya juga berhadapan dengan penindasan dari sudut keagamaan. Masjid dan madrasah ditutup secara paksa. Malah ada masjid, madrasah dan sekolah agama yang diarahkan supaya dimusnahkan. Mereka juga dihalang dari membina masjid baru mahupun membaik pulih masjid sedia ada. Ini menyebabkan banyak masjid seperti “hidup segan mati tidak mahu”.

Kanak-kanak Rohingya turut terjejas. Mereka berdepan dengan diskriminasi berhubung pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkerjaan. Kanak-kanak yang lahir mesti didaftarkan dengan bayaran yang bertambah mahal sejak 2002. Ini memberi kesan yang besar kepada orang Rohingya lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai wang.

Mereka juga menghadapi masalah kebuluran. Sebanyak 60% kanak-kanak Rohingya menderita kurang zat makanan sekaligus mendedahkan mereka kepada wabak penyakit dan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.

Diskriminasi ke atas pendidikan kanak-kanak Rohingya menyebabkan ramai kanak-kanak buta huruf terutamanya di kawasan Rakhine Utara. Bahkan mereka juga dipaksa menjadi buruh untuk melakukan kerja-kerja keras dan berat.


Antara tragedi terbaru yang melanda umat Islam Rohingya adalah pembunuhan 400 orang awam sejak 9 Oktober lalu. Lebih 430 buah kediaman di 3 buah kampung dibakar oleh tentera.

Sekumpulan wanita dan kanak-kanak juga dilaporkan dikurung dan dibakar hidup-hidup di Yay Khae Chaung Kwa Sone. 30,000 orang menjadi pelarian di Rakhine.

Tentera Myanmar juga dilaporkan menggunakan pelancar roket serta melepaskan tembakan daripada helikopter untuk membunuh penduduk Rohingya. Beberapa orang penduduk ditembak ketika cuba melarikan diri. Bahkan ada antara penduduk yang dibakar hidup-hidup atas timbunan rumput kering.

Ini jelas menunjukkan pihak tentera memang mahu melakukan genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya.

Krisis ini perlu diambil tindakan segera. Antaranya:

1.Kerajaan Myanmar harus didesak supaya menamatkan dasarnya yang melaksanakan pengusiran dan diskriminasi ke atas masyarakat Rohingya dengan meminda semula Burma Citizenship Law yang diluluskan pada 1982. Kerajaan Myanmar juga perlu didesak agar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai warganegara Myanmar berdasarkan bukti yang ada termasuk faktor sejarah.

2. Rohingya juga wajar diberi perhatian lebih adil oleh masyarakat Islam dunia, khususnya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pertubuhan ini tidak harus sekadar “mengutuk” kezaliman yang berlaku malah harus bertindak dengan lebih efektif dan proaktif dalam menangani isu ini. Negara Asean juga harus membantu menyelesaikan konflik yang berlaku di Myanmar sebagai salah satu anggota Asean.

3. Masyarakat antarabangsa juga harus terus memberi sokongan berterusan kepada golongan minoriti ini dan menggesa Myanmar untuk melakukan perubahan dasarnya terhadap golongan Rohingya yang tertindas. Gesaan dan sokongan ini pula harus konsisten dan tidak bermusim agar impaknya lebih besar dan berkesan.

4. Malaysia harus memprotes tindakan kekejaman ini dengan cara menggantung sementara urusan dagangan Malaysia-Myanmar dan menutup kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia juga harus menghantar pasukan bantuan kemanusiaan dengan mendesak kerajaan Myanmar untuk bekerjasama. Hadiah Keamanan Nobel yang dianugerahkan kepada Aung San Su Kyii juga harus ditarik balik kerana berdiam diri atas kekejaman dan pembantaian kerajaan Myanmar terhadap umat Islam di Rohingya.

Pandangan Peribadi





















Krisis Penghapusan Etnik bukanlah perkara yang baru,dan krisis kemanusiaan adalah norma yang menghiasi skrin namun tiada siapa yang peduli dek wahan yang dicampak Allah kepada umat Islam kini.Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yang menyertai himpunan aman bagi membantah tindakan Rejim Myanmar terhadap etnik Rohingya.Walaupun saya tidak mampu berada disitu,biarlah jemari saya menari diatas papan kekunci bagi membuka minda minda yang terbuai.
Image result for himpunan aman bantah tindakan myanmar
Teringat saya akan animasi yang saya tonton yaitu Fullmetal Alchemist yang juga menyentuh tentang isu krisis kemanusiaan  yang membunuh sebuah etnik bernama Ishbal demi batu falsafah untuk kepentingan sendiri.Animasi tersebut memaparkan mesej bahawa yang berkuasa akan sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan mereka dan muaskan hawa nafsu mereka.Mesej yang kuat akan berkuasa dan yang lemah akan mati bagi memenuhi keperluan yang berkuasa.


Image result for fullmetal alchemist ishbal warImage result for fullmetal alchemist ishbal war
Image result for fullmetal alchemist ishbal warImage result for fullmetal alchemist ishbal war
Image result for fullmetal alchemist ishbal war


Image result for fullmetal alchemist ishbal war



Selamat Malam Rohingya...Doa kami sentiasa bersamamu. Ikhlas dari Saudaramu di Malaysia

Moga kita dipertemukan di Jannah.Disaat itu bergembiralah,dan tertawa dengan riang dihadapan mereka yang menyiksa kamu yang ketika itu...disiksa abadi di liang berapi penuh kesengsaraan.

1 comment:

  1. Sedihnya mengenang nasib saudara kita yg disana T_T

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!