Jatuhnya Melayu Kerana Hasad Dengki Part II (Kisah Gadis Lawa 9A+ Dan Pelajar Cemerlang SPM2016 Yang Lain)


Kalau nak cerita pasal teruknya bangsa sendiri ni,aku boleh buat pendapatan.Dibayar buat epilog.Mungkin saya boleh buat satu buku saya sendiri semata untuk mengutuk bangsa sendiri.Tapi kalau saya mengutuk golongan golongan hasad dengki saya tak ubah seperti mereka jugakan.Tapi eloklah saya tulis juga walaupun kutuk pun bangsa sendiri juga...tapi biarlah tulisan dan buah fikiran saya yang hina ni dapat menyentuh hati mereka yang mebaca.Moga Allah memberikan hidayah kepada golongan golongan itu untuk terbuka hati menerima teguran.Amin.

 Pelajar Kolej Tunku Kursiah (TKC), Natasya Qisty Mohd Ridzuan, 18, menganggap kejayaannya mendapat keputusan 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah hasil usaha kerasnya selama dua tahun.

Natasya antara 62 pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) itu yang mendapat semua A dalam mata pelajaran daripada 151 calon yang mengambil SPM tahun lalu.

Ada lah segolongan ni.Pembaca pun boleh agak.Mana ada bangsa Cina India sibuk nak condan kejayaan orang.Hanya satu bangsa yang penuh dengan kebusukan hati dan hasad dengki yang tak senang melihat kejayaan bangsa sendiri.Cuba tengok kat twitter.Saper yang bash budak ni,ada orang Cina,India???saper berani tunjuk aku...aku pancung kepala dia...tak de...hanya bangsa kita jer....memang dah sebati hasad dengki mengalir dalam darah dari arteri,ke kapilari dan vena semua...

Antara kecaman kecaman netizen hati busuk ni

   Dengar sini wahai manusia yang masih mempunyai minda yang boleh berfikir dengan waras,unless hati dah hitam,cakap apa dah tak lekat dah...dengar sini baik baik.Aku juga pernah rasa gagal dalam PT3 dulu,result tak mencapai expectation.Senang citer result hancur la....and kawan aku ramai yang dapat 8A,9A,10A ...kau ingat apa aku rasa time tu,...ye memang aku sedih and kecewa and salahkan semua KPM apa.Tapi semarah marah aku time tu,aku tak pernah condamn budak budak yang straight A time tu.Baca yang aku bold tu.Sebab mereka tak bersalah.Mereka juga lab rats seperti saya cuma rezeki Allah bagi kat depa tuk berjaya tapi saya tak condamn depa...kata "Ala result PT3 Straight A boleh buat apa jer pun nanti amik SPM juga...."

Sebab tu aku tak paham dengan orang yang hati busuk ni.Apa yang dorang fikir sebenarnya?Ya aku paham.Korang tak score SPM...and aku paham perasaan korang.Tak dapat buat mak ayah happy..and korang kena macam macam ngan sedara...aku paham...tapi jangan lepaskan semua tu kat orang lain.Disebabkan orang yang bernasib baik berjaya dalam SPM,dan kau pulak in either way...so ko harap orang yang straight A tu rasa sedih macam apa kau rasa...biar adil....Itu hasad dengki namanya...

Kau kutuk kutuk at least dia dapat 9A+,Kau apa ada???dapat apa???citer sikit apa yang kau ada sampai buat kau layak nak kutuk depa....citer la kat aku???aku yang belajar macam nak mati kat asrama pun tak leh dapat 9A+,nak tanya juga hang lebih hebat camner nak kutuk depa???

Orang yang straight A ni,depa nak dapat benda tu bukan macam senang petik buah kat pokok.Bukan semudah cari pokemon go  kat tepi jalan....waktu malam depa saat kau menghembuskan asap rokok dan asap vape,depa menadah tangan menghembuskan ke kiri kanan lepas baca doa belajar.Disaat korang scroll insta kutuk member,depa tengah menyelak buku nota.Disaat korang menaip mengutuk budak budak wechat yang lebih kurang dengan korang,dorang tengah menulis dan menghafal skema jawapan.So sekarang dorang dah berjaya,korang nak salahkan dunia ni tak adil sedangkan kehidupan diri tak tengok....layakker???Padan muka kena sedas ayat YB Khairy Jamaluddin,disebabkan otak orang macam korang yang ramai kat Malaysia,silap silap 30 tahun pun tak cukup nak dapatkan mentaliti kelas pertama.



 Kesimpulannya,saya akhiri entri saya dengan satu quote yang ringkas dan pedas buat melayu yang hasad dengki ni...siapa babi tu???pikir pikirkan lah pembaca sekalian ;)

"Kita kalau boleh jangan bergaduh berwrestiling dengan babi,walau babi tu mengiok ngiok ajak gaduh,sebab kalau kita wrestling habis badan kita berlumuran dengan najis.Babi tak per sebab hidup dia memang suka dengan najis."

Pelajar pelajar lain yang Cemerlang SPM 2016 yang layak di Viralkan dan mendapat perhatian Netizen
klik pada gambar untuk membaca kisah lebih lanjut pelajar pelajar cemerlang ini
https://aliffchannel.com/trend/ohsem/kisah-pelajar-ini-buka-mata-rakyat-malaysia/

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kongsi-rahsia-kejayaan-spm-1.644626http://www.malaysiakubaru.com/2017/03/18/anak%C2%B2-merempat-di-tinggalkan-ayah-di-pusat-snooker-kisah-anak%C2%B2-ini-buat-ramai-sebak/

Post a Comment

3 Comments

  1. Sepupu elsa sekolah dekat TKC nie. Typical malay mana pernah nampak yang elok semua yang buruk buruk saja. Moga diberi hidayah

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/gift-review-calendar-2017-from-blogger.html

    ReplyDelete
  2. Pakai cantik kene kutuk pakai buruk kene kutuk. Semuanya serba x kena. Macam citer budak bawak keldai. Asyik nak cari salah je. Tak taulah bile nak maju..

    ReplyDelete
  3. Selalunya memang mudah nampak yang buruk-buruk je, yang cantik mana nakpandang. Kalau satu titik kecil atas kanvas yang maha bersih pun orang boleh point out dengan alasan, it shouldn't be there - apatah lagi dengan sikap manusia.

    Letih.

    ReplyDelete