Komponen Asas PC yang Wajib Anda Tahu (Pengalaman Stuck Pasang Workstation Dekat Office During Internship)

 


Anda pernah pakai PC? Kalau beli PC siapa yang pasangkan? Pekerja kedai atau anda sendiri? Tahu pasang PC sendiri tak? Ahahahahaha. Apa perasaan anda bila diberi komponen komponen seperti didalam gambar ini dan orang suruh anda pasang workstation dari awal? Korang rasa korang boleh ke?



Kali terakhir saya pakai PC adalah dalam tahun 2015. Ketika saya berumur 16 tahun. Itu pun saya berharap kepada abang sepupu saya untuk pasang dan repair PC saya sebab saya tak tahu apa-apa. 6 tahun berlalu, dan sekarang saya pun dah praktikal, last saya belajar pasang PC adalah during my first year in university 4 tahun lepas. Which is saya pun dah lupa. And now siapa sangka saya akan kena pasang workstation atau PC, maintainance PC yang bukan harga RM1000-RM3000 mat, mostly RM10000, bak kata kawan saya, PC ini lebih berharga dari dari diri kita sendiri.

So for today, saya nak share kat korang beberapa komponen dalam PC yang sama jugak dengan labtop sikit untuk korang tau, walaupun dengan knowledge ni still korang tak leh repair PC, at least bila labtop, komputer korang rosak and korang gi kedai repair, korang tak la senang senang di bodohkan.






Gambar diatas adalah komponen komponen PC yang wajib anda tahu dan saya akan beritahu anda fungsi fungsi setiap komponen dan kat mana dia berada di dalam PC or labtop korang.

SSD (Solid State Drive)


SSD adalah Solid State Drive which is a storage drive yang gunakan Flash Memory yang biasanya digunakan sebagai C: Drive untuk PC korang. Harganya lebih mahal dari HDD which is Hard Disk Drive dan lebih laju dari HDD. Biasanya kat labtop,SSD akan dipasang di tempat DVD drive korang. Ini zaman mana orang pakai DVD lagi,so orang buang benda tu pasang SSD kat situ.
SSD juga memberikan masa loading yang cepat untuk run windows or any application or software.

Power Supply Unit






Power Supply Unit ibarat jantung kepada PC anda, kerja nya menghidupkan dan menyalurkan tenaga elektrik keseluruh PC anda, kalau kat PC biasanya dia terletak dibahagian bawah PC dimana ia bersambung dengan wayar plug.


Graphic Cards (GPU)



Fungsi Graphic Card adalah expansion card yang digunakan untuk anda render high quality image untuk tujuan display. Biasanya Graphic Card ni digunakan untuk tujuan Gaming, atau Video Editing yang berkaitan Content Creating, Editing or Graphic Production. Nama lain Graphic Card yang mungkin korang familiar adalah Graphic Processor Unit (GPU). Recently GPU naik harga sebab supply kurang tapi demand tinggi kerana dunia mengalami masalah kekurangan semikonduktor, ditambah pentupan banyak kilang semikonduktor di Malaysia, terima kasih kepada Covid19 dan pihak bertanggungjawab yang gagal mempertahankan syarikat pelabur sehingga mereka terpaksa keluar dari Malaysia mencari negara lain.

Recently GPU juga digunakan untuk mining bitcoin or cryptocurrency. So sebab tu la harga dia mahal sekarang. Kalau korang nak tengok kat PC korang,dia kat bahgian tengah tengah. Tapi kalau kat labtop, dia macam card sikit sebab labtop kan kecik.

Motherboard






Motherboard ini ibarat macam kepala korang. Dimana benda benda kritikal semuanya terletak di motherboard. Macam korang tengok kat gambar diatas, banyak soket macam USB,HDMI semua kat motherboard. Komponen komponen penting sepeti CPU,RAM juga ada dalam motherboard.

Motherboard ni ibarat connector atau penghubung kepada semua komponen komponen penting yang lain dalam satu litar , contohnya penghubung CPU kepada integrated peripherals dan lain lain.


Gambar dibawah menunjukkan dalam PC dimana motherboard berada. Kalau labtop korang bukak bukak je terus jumpa dah motherboard. Dimana ada CPU dan RAM disitu la Motherboard berada.


Random Access Memory (RAM)




Random Access Memory atau RAM adalah seperti hipotalamus didalam otak kita, dimana tempat dimana komputer berfikir dalam suatu masa. Lebih besar kapasiti RAM, lebih banyak multi tasking yang PC anda boleh lakukan dalam satu satu masa.

Dekat mana biasa korang nampak RAM dalam PC dan labtop? Korang cari dulu motherboard, nanti korang akan jumpa kat bahgian tepi. Kalau kat gambar bawah dekat DRAM Memory Slot.



Central Processing Unit (CPU)


CPU atau Central Processing Unit adalah seperti otak kita, untuk PC, laptop atau handphone korang. Benda kecik ni la yang membaca,menafsir dan memberi arahan kepada komputer anda. Segala benda Operating System, kerja machine learning korang, programming korang adalah diarahkan oleh CPU sendiri. Kalau korang boleh bukak website,bukak software. Berterima kasihla kepada CPU anda. Dia jugalah yang menguruskan input output sesuatu program didalam komputer anda. 

Kalau kat gambar bawah, CPU terletak dalam motherboard dibahagian CPU Fan. Kat tengah tengah la senang citer.


CPU biasanya dipasang bersama kipas supaya kipas tu boleh sejukan dia bila CPU kita buat kerja berat berat supaya CPU atau processor kita tak rosak. Kalau CPU kita rosak, perlu repair ke? jawapannya, tak. Lebih baik beli baru, sebab yang paling mahal sekali dalam PC or Laptop adalah CPU. Kalau awak nak repair, harga dia lebih kurang macam korang beli baru. Dan nak repair dia sangat la susah ye sbb CPU ni sangat sensitif. So kalau korang nak pasang kat motherboard tu kena hati hati sebab dia senang rosak, sebab komponen bawah CPU tu sangat halus dan senang rosak kalau disentuh.



Ok lah, ini saja untuk video kalini, kalau korang nak belajar lebih lagi tentnag IT, korang boleh meluncur ke Youtube saya untuk tengok banyak video yang boleh korang pelajari.
Dan kalau korang nak support saya, boleh la tolong tekan iklan iklan yang ada didalam blog ini.
Sekali lagi terima kasih kerana membaca dan jangan lupa follow blog ini dan share kepada rakan rakan anda. XD






Post a Comment

1 Comments