Pesanan Kepada Yang Tidak Berjaya Dalam PT3 (Kisah Silam Aku)

Ucapan tahniah kepada batch 2000 yang berjaya mendapat keputusan yang lebih baik dalam PT3 berbanding 2014.Bilangan straight A meningkat.Congrats to budak yg straight A tu.Korang dah berusaha keras and you all deserves it.Aku tak nak persoalkan asal tahun nilebih baik.Sebab kat twitter dah kecoh perang Batch 99 ngn 00 compare result,

BATCH00
Look,we are better than you.

BATCH99
We are the lab rats,we are the victim!





Pada 14/12 lalu saya telah mengupload caption tentang pesanan kepada yg tidak berjaya dalam PT3 dan Alhamdulillah ade yang terinspirasi dengan kisah saya tersebut.Diharap ia akan menjadi inspirasi untuk anda semua.Tapi panjang sikit sebab nak citer flashback aku.So kalau nak jimat masa skip la.So enjoy your reading :)

Siapa saya
Saya Khaidir.Saya tak gifted macam orang lain yang pandai.Saya cuma budak biasa yang malas belajar.Saya tak minat nak belajar.Saya periksa selalu nombor last dalam kelas.KDT(Kedudukan Dalam Tingkatan) pun 60 lebih.Nakal gak.Tak hensem.Selekeh.Nak tengok muka saya dulu?

Tengok.Selekeh betul.Memang tak heran ade awek nak lekat.Aku tengok pun sakit hati.Rasa nak marah kat aku yang dua tahun dulu.

Hari hari saya macam orang biasa.Tak de orang pandang,malah kena cemuh.Tak der orang respek.Orang pandang aku budak malas and nakal gitu.Perit gak.Kalau orang dah pandang kita cemni nak dapat awek.Mimpi jer la.

Takdir Allah nak ubah aku

Ya,tak de saper nak ubah nasib aku.Even doremon pon dah cakap kt Nobita


Mak,akak abang aku dok cakap,jangan bercinta kat sekolah,.Jangan nak berawek masa sekolah.Itu kata mereka.Tapi hati ni kita tak leh nak expect.Contoh fiksyen aku buat ni.Ni rekaan bukan benar.Takut kena label fitnah.

Pergi kedai kain.Abu cakap kat mak Abu,
"Mak,tengok jer...jangan beli.Kos sara hidup makin tinggi."
Dia pun menjawab dengan tidak ikhlas
"Mak tau lah."
Jalan punya jalan
"Mak,kan Abu kata,jangan beli tengok jer!!!" marah Abu.
"Tapi mak memang dah berkenan.Ni limited takut mak datang balik dah tak der...orang lain amik."
"Banyak lagi kain cantik luar sana mak."
"Tak sama ngn kain ni,Ni mahal ni...Dato Seri Vida design ni."

Jadi cuba samakan ngan kisah aku.
Mak:Jangan bercinta masa sekolah.Buang masa
Aku:Emmm
Aku berkenan ngn sorang pompuan ni...citer kt mak.
Mak:Kan mak dah pesan,,,,jangan cinta cinta ni
Aku:Tapi mak  Amir memang dah berkenan.Ni limited takut Amir datang balik  cari dia dah...orang lain amik."
Mak:Kat U nnti berlambak
Aku:Tapi mak,dia ni baik mak,Tak sama ngan orang lain.Mak ayah dia didik baik budak ni."

Hope mak cik pak cik dapat sinonimkan keadaan mak cik pak cik ngan anak mak cik.Peace yow

------------------------------------------
Aku terjumpa satu quote kat twitter dan aq lupa saper yang tulis so apa dia cakap
"Allah takkan hadirkan seseorang dalam kehidupan kita dengan alasan sajer sajer,Allah datangkan mereka sebagai nikmat(sahabat,soulmate),kenangan dan pengajaran."
Budak Twitfames

Ok,citer dia cerni.
Aku jatuh cinta pandang pertama masa nampak dia lalu lorong kaki lima dekat makmal sains.Sejak tu.Malam tu gak aku buat lagu "Cinta Kaki Lima"

Kawan aku semua minat dia.So depa semua citer yang dia ni susah layan laki.So aku rasa kelakian aku tercabar.So try la dia.First conversation aku ngan dia wish bufday dia.Sejak tu aku boleh cakap ngan dia.Nak tau lebih lanjut????Korang mesti kena tau beb sebab citer aku ngan dia ni macam drama beb.Sedih sadis tragis....semua ada.Rugi gila kalau korang tak tau.So nak tau tak?Tunggu aku feymes dapat follower beribu...nanti aku terbit buku tajuknya "10".Aku nak citer kisah pertemuan aku ngan dia,perkenalan and perpisahan,Cerita cinta aku ngan dia 2 tahum.Kitorang tak couple pun.Orang kata tepuk sebelah tangan.Ok la aq bagi preview



Ok continue.Berlalu waktu berlalu,aku confess and direject kali pertama.Untuk pengetahuan pembaca.Saya duk kejar pompuan ni 2 tahun tuan puan.Saya 2 kali dah kena reject.Tapi endingnya bukan kena riject kali ke3.But kalau nak tau kena beli.Memang sweet ending dia.Mesti curiouskan sebab apa tajuknya simple sangat.10.Konfem orang akan kata,wei hang tak malu ke kena rijek 2 kali...hina betul ko ni...citer kat orang pulak tu.Tak malu ker?"
Beli dulu buku ni.Nanti korang akan tau asal aku ade keberanian luar biasa nak buat buku ni.Aku sure korang akan respect aku.Kalau haters memang kutuk arrr.Saya janji anda terinspirasi dengan citer citer dalam bukuni.Seyes tak bazir beli.


Dengar cerita tu,betapa hancur kecainya hati aku.Ia ibarat satu penghinaan.Ultimate humilating.Walaupun begitu,aku tak benci dia.Sebab aku reflek diri balik.Yeah,she was right.Tapi masalahnya ****** tu lebih kurang jer ngan aku.Result peksa aku selalu atas dia.Rank jarak 2 3 jer.Hensem???Aku rasa lebih kurang jer but aku selekeh sikit la.So aku buat keputusan.Aku mesti berubah.

Perubahan Yang Mengejutkan
Kuasa cinta ni tak leh nak gambar ngan kata kata tau.Memang kita tak boleh nak expect.
Siapa sangka aku yang dulu spent hari hari aku tengok anime boleh duk meja belajar setiap malam sampai pukul 12 tengah malam.Aku bagi cezen aku hold PSP aku sampai aku habis PT3.Ada gak kata aku tak belajar.Pfffft.....
Hari berganti hari.Keputusan periksa aku semakin cemerlang.Aku nak buktikan kat dia yang aku bukan macam dia sangka and aku nak buktikan aku lebih baik dari besfren aku..

Aku memenangi pantun sampai ke peringkat negeri,aku masuk syarahan wakil daerah.PPT aku KDT dah jadi top 30.Dan ending yang membuka mata warga SMKTPG.

Trial PT3
Kedudukan dalam kelas 7/30
Kedudukan dalam tingkatan 12/600
Pelajar tertinggi subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah dengan markah sebanyak 97%

Sejak itu nama aku jadi bualan di sekolah,Lagi lagi cikgu sekolah sesi petang.
"Khaidir dulu teruk budaknya....Pandai dah sekarang.Tak sangka."

Kegagalan Membuka Hijab
Budak yang tak dapat result bagus PT3.Baca betul betul apa aku tulis ni.

Aku tak dapat result yang bagus dalam PT3.Masa tu cikgu target aku antara calon harapan but I cant beat their expectation.Aku dapat result 5A3B2C.Aku dah bersiap sedia,Balik jer aku dicemuh,dimarah macam macam,yang paling makan hati "KO TAK BELAJAR" tak per la,Tak semestinya kita nak belajar kena show off.....dia datang jer...kita belajar...nanti label kita hipokrit..kalau kita rileks dia label kita pemalas...tak belajar.Kita tak boleh puaskan hati semua orang.

Aku masih dalam keadaan chill,makian hamun,fon aku bunyi bertalu talu dari junior.Semua caring pasal aku.Masa tu aku kenal mana satu kawan.Tapi mesej paling aku bahagia.

<(Asalamualaikom.Macammana result PT3)

Senyuman terukir dibibir dan sedikit kelegaan terasa di hati,tapi aku hanya membalas

"Maaf mira,aku belum sedia nak cerita"

 <(Its ok...aku paham...tenangkan diri kay)

tapi puas ati gak arrr result aku lagi bagus dari besfren.Tapi dia tak pandangpun...huhuhu

Lepas aku dah marah fed up ngan semua tohmahan.Aku agak bermurung.Esoknya aku teman abah aku berniaga.Baca paper

"Pelajar cemerlang mendapat 11A dalam PT3" dan seangkatan dengannya.

Aku renyukkan muka surat tu,tapi pikir abah nak baca aku leraikan balik macam asal.
Abah aku nampak perilaku aku dia cakap
 "Biarlah apa abang kakak kau cakap,Abah tau Amir dah buat betul betul.Abah nampak Amir belajar malam malam.Lagipun Abah tau PT3 ni susah KBAT blablabla..."

Masa tu gak aku tak tertahan lagi,rasa sebak.Air mata tak leh nak tahan bergenang membasahi muka surat tersebut.Aku menangis sepuas puasnya.Abah dia tak tegur,dia biarkan jer aku menangis and dia buat buat macam tak nampak aku nangis and dia berlakon macam tak tau aku nangis.

Masa tu aku nampak satu benda,Kegagalan aku dapat stret A ni bukak hijab aku nampak satu benda yang aku akan ingat sampai bila bila.

Mak ayah ni.Dia akan back up anak dia even anak dia pencuri pun.
Anak dia mencuri
Mak ayah ni akan jadi lawyer kita secara percuma.Even dia tau kau betul mencuri.Dia tetap akan back up anak dia selagi tak de bukti yang boleh menyalahkan anak dia.Betapa sucinya kasih sayang yang terjalin itu hadir secara semulajadi.Senang cakap,ondahnya fitrah kasih sayang tuhan.

Bila abah ibu  aku sungguh sungguh back up aku,Mak aku pun cakap dalam kereta "Amir dah buat betul betul kan?tak per lah."Kak long aku kata " Tak per la,amir dah buat yang terbaikkan.Cuba lagi SPM."Aku jadi kecewa.Sedih.Tak dapat buat dorang gembira.Puaskan hati dorang.Aku cuba kawal minda aku tapi tak boleh.Aku rasa macam aku tengah depression sangat masa tu sampai aku bertindak luar dari kewarasan akal.Aku black kan dp fesbuk aku.Aku salahkan
govmen,hentam orang yang kutuk aku"And aku berkurung tak keluar bilik lebih kurang 2 hari.Nangis jer dalam bilik.Keluar bilik makan masuk balik nangis.

Tawaran ke BASIS
Aku dapat tawaran masuk SBP.SM Sains Banting,Orang yang paling gembira ialah ibu abah aku.Tak sampai sejam.Ibu aku dah bercerita kat rumah nenek sebelah.Sedara mara tau dari wassap grup.Abah ni pun tak kurang dahsyat gak.Masa berniaga.Sibuk cerita kt customer  nak hantar aku masuk asrama,

Aku cakap ngan Abah aku,
"Abah,masuk sekolah asrama penuh jer pun.Tak yah la kecoh citer kt semua  orang."
Abah aku tak jawab aper tapi senyum jer.Tapi dalam hati happy gak sebab dapat buat dorang gembira

Sejak haritu,Kalau gi memana rumah sedara,kekawan dia,kalau orang tanya
sekolah mana?
Abah aku orang pertama yang akan jawab dengan penuh bangga.
"SEKOLAH SAINS BANTING"

KESIMPULAN
Adik adik yang tak berjaya  PT3 sekalian,para pembaca yang saya sayangi,ingin saya ingatkan.
Walaupun korang dilahirkan tak pandai,tak gifted,tak kaya,serba kekurangan.Tak semestinya kau perlu bahagiakan depa semua ngan duit hang.Nak bahagiakan dorang senangjer
BUAT MEREKA BANGGA WALAUPUN PERKARA KECIL
paham tak maksud aku?

Walaupun kau tak boleh banggakan mak ayah kau ngan kerja sebagai doktor,or ko tak leh banggakan depa dengan jadi buisnessman yang berjaya,tapi cukuplah jadi anak yang baik sebagai modal citer.Aku bagi contoh sketsa biar korang senang paham apa aku cuba sampaikan.

OT(orang tua)

OT1:Anak aku ni doktor,Dia pandai belajar kt Ireland.Dia dah rawat ramai pesakit.Aku bangga ngan anak aku.
OT2:Anak aku lak bisnes man.Untung dia sebulan RM100k.Aku bangga ngan anak aku.
OT3:Anak aku kerja ala kerja biasa jer.Kerja driver lori kontena.Tak per la walaupun duit dia tak banyak,Sekalipun aku tak pernah nampak dia komplen depan aku tentang kerja dia,solat jumaat tak pernah tak isi duit dalam tabung masjid,Tak pernah tinggal solat,Dan cucu aku menantu aku semua cukup makan pakai.Aku bangga dengan dia.

Kita sudahi entry saya dengan tasbir kafarah dan surah Al Asr.
Image result for hadiah result upsr kepada ayah 2015
"Mungkin semua orang kata,UPSR ni tak de apa apa.Tapi bagi sesetengah ayah dan mak,ia adalah hadiah paling istimewa."

Post a Comment

15 Comments

  1. bismillah..

    Allah x kn membebani hambanya melainkan hambanya mampu..
    *rujuk surah Al-baqarah:286..

    bagi aku,setiap org ada rezekinya.just relax,chill..keep calm je..but don't forget to grab a chance jika ada la..

    yup.mmg kalau nak berubah mesti diri sendiri yang mulakn then sapa lagi kalau bukn diri kita right??

    pickup line?sweet talker?woo hoo..if ur'e not man u didn't do this..but for me..for dealing with like *this*guy x susah mana pun..yea,i believe that if some girl x lyn lelaki diorg akn tercabar tapi one thing ur guys kena tahu..kita org islam kena jaga ikhtilat..well..perempuan biasalah suka jual mahal,yg lelaki suka jual minyak..haha..

    aku pun tak tahu knp aku boleh komen panjang macm ni..maybe entry kau agak menarik bagi aku..haha

    well..izinkan aku buat novel pasal kau?*kidding ya*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha Alhamdulillah...
      wa bukan main hang judge aku na....tak po tak po...anyway ya itu citer saya masa form3...ikhtilat pun apa benda saya tak tau...masuk SBP baru tau maksud dia.Doakan saya dapat jaga ikhtilat ya....anyway thanks spent masa panjang panjang baca apa aku tulis ni.Terima kasih sangat sangat.

      Delete
    2. well..sama-sama biasalah kalau student harian bab ikhtilat ni payah nak fhm dok blegar bertepuk tampar hang aku tengok pun nak naik juling!haha..kalau masuk asrama ofc laa kena jaga serba sebi..insya Allah be sado yaa..

      Delete
  2. Broo !! Tak tahu lah sama kamu tua atau muda dari saya but this is such an inspirational story !!! . You're awesome bro , you're indeed areee AWESOME . I want to share your story with my lil sister and nephew and hope that they're also inspirational like me . Hope for the best for you . Good luck ! :D

    - Syamsid Blog -
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,tulisan saya biasa jer.Citer pun biasa jer...kalau anda terinspirasi tu maybe sbb Allah yang bagi rasa tu....Anyway terima kasih la baca panjang panjang ;)

      Delete
  3. Saya suka cara penceritaan awak. Sangat matang walaupun masih kecil. Keep going :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecilkah saya dimata awak~ ahahaah joke XP
      thanks

      Delete
  4. Seriesly,tersentuh hati bila baca but yes,our parent..mestilah nak tengok kita semua berjaya.Sapa tak nak,kan?Tapi kalau kita nak berjaya,kita mesti berusaha.Tak boleh duduk senyap,tengok buku dan berharap kita boleh study.Kita tak boleh buat macam tu tapi kena berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak dalam hidup kita.Sebenarnya bagi Syaz,kalau nak berjaya dalam pelajaran ni untuk dapatkan straight A sama jer dengan usaha kita nak beli barang yang kita nak sangat.Contohnya,Syaz teringin nak beli kasut sukan yang berjenama Adidas yang harganya RM 210.Mungkin bagi sesetengah orang harga kasut tu murah.Tapi bagi Syaz mahal harganya.Syaz ada bagi tahu mak Syaz,yang Syaz teringin sangat nak kasut tu.Mak Syaz cakap dia tak ada duit nak beli kasut tu.Bila Syaz dengar mak Syaz cakap macam tu,Syaz bertekad nak beli jugak kasut tu dengan duit Syaz sendiri.So setiap hari sekolah,Syaz tahan lapar dan tak guna duit yang mak Syaz bagi kat Syaz.Syaz kumpul nak dekat setahun jugak.Hujung tahun 2010 tu,baru Syaz dapat kasut tu.Syaz rasa puas hati sebab Syaz beli kasut tu dengan usaha Syaz sendiri.Daripada apa yang berlaku kat Syaz,Syaz dapat satu pengajaran yang Syaz tak kan lupa.Rupanya untuk dapat keputusan cemerlang dalam akademik,kita kena usaha sungguh-sungguh macam usaha kita nak beli kasut favourite kita.Anyway,terima kasih untuk entry ni.Syaz tak ada niat nak minta simpati tapi Syaz kat sini nak share pengalaman yang Syaz pernah alami.Alhamdulillah,Allah beri jugak petunjuk dekat hamba dia.Betullah yang Allah tu Maha Pengasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar citer ko ennn...aq teringat masa aku darjah 6,masa tu trending kasut supra.Aku mintak kat ayah aku tapi ayah aku diam jer...then mak cik aku panggil aku nasihat aq senyap senyap
      "Kita kalau nak benda benda mahal kena usaha sendiri,jangan memaksa and mintak jer."So aku nak jugak kasut supra tu punya pasal aku kerja part time ngna abah aq ikut dia niaga.Sehari upah RM10.Perrhhhh..Sejak tu kan bro,aku dah rasa bersalah nak mintak duit kat ayah aku.Dah tau rasa susah cari duit.Kalau hang ngan kawan kat mall.Aku mintak RM20 jer,rasa x sampai hati nak guna duit dorang pergi enjoy....So tu antara kisah hidup aku lebih kurang macam ko.And aq suka kat dunia ni ade banyak orang macam hang sbb aku tak tahan tengok budak budak skrg bazir duit mak ayah depa kt mall.Series sebak :)
      Sekian terima kasih....

      Delete
  5. Alhamdulillah, bangganye aq ada kawan macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiman anak cikgu saiful ek???ahahaha thanks 😉

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Betul, kalau dapat banggakan mak ayah memang rasa sangat gembira kan? Hehe.. Apa2pun setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Saya percaya setiap orang PASTI ada keistimewaanya yang tersendiri yang orang lain tak ada. Allah itu Maha Adil.. :)

    ReplyDelete
  7. Sebijik macam kata kata Arwah Pak Yus kat Fuad Bocey
    "ko ada anugerah dari tuhan yang orang lain tak der."
    And kebiasaannya orang yang dapat anugerah(gifted) ni tak berapa pandai guna apa dia dapat,Allah sajer bagi kat orang yang tak pandai nak guna,so dia dapat berkembang.So Allah nak uji dia cammana dia dapat kembangkan anugerah Allah tu. :)

    ReplyDelete
  8. Ini novel sedih ke apa TT Waktu aku dapat masuk spb dulu pun, ayah aku kecoh kemain lagi. Kalau boleh, satu malaysia dia nak bagitau hahaha

    ReplyDelete