Ketua Kelas (Terima Kasih SM Sains Banting)



Asalamualaikom.Harini saya nak buat analogi anologi falsafah pemikiran saya sendiri dengan mengaitkan suasana politik negara mungkin atau dunia dimana mana dalam konteks kelas yang kecil.Prosedur eksperimen ni senang jer.Apa yang kita kena buat

Pembolehubah:
DiManipulasi:Karekter Ketua Kelas(Ketua Kelas dibahagikan kepada tiga watak yang sangat jauh berbeza.

Seorang yang memegang amanah.Mementingkan unsur Islam dalam sistem kelas.Hasratnya ingin menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan wanita didalam kelas.Mewujudkan budaya membaca selawat sebelum belajar dan doa yang panjang panjang.Berani berkata yang benar dan menegur yang salah.


Seorang yang bermuka-muka.Mementingkan kepentingan sendiri dengan melindungi kaum majoriti bagi mengekalkan kuasa.Kuasa digunakan untuk kepentingan sendiri dan melidungi kaum majoriti sementara yang minoriti ditindas dan suara mereka tidak didengari bagi memenuhi desakan kaum majoriti.Mengagung agungkan agenda mempertahankan kedudukan majoriti dan fitnah bagi meraih sokongan agar tidak kehilangan kuasa dan kepentingan peribadi.


Seorang yang mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku.Menggunakan alasan bagi mempertahankan hak minoriti bagi mencapai kepentingan peribadi.Menggunakan tipu helah dan fitnah bagi juga kata kata manis bagi menjatuhkan musuh dan memperdaya kaum minoriti.Memperjuangkan kesamarataan tetapi hakikatnya ingin membolot kuasa.


Bergerakbalas:Sokongan Murid murid di dalam kelas

Dimalarkan: Kelas yang sama

Situasi

Tahun 1
Pemimpin No1 telah dipilih menerajui kepemipinan didalam kelas.
Disebabkan prinsip keagamaan yang terlalu kuat menyebabkan murid didalam kelas tersebut rasa rimas dan menyampah.Walaupun ada sebahagian yang menyokong namun majoriti menginginkan ketua kelas ditukar kerana beberapa faktor yang dipertikaikan kaum Majoriti.
*Tidak boleh bercouple
*Lelaki mesti duduk dihadapan perempuan dan tidak bleh duduk bersebelahan
*Terlalu panjang doa yang dibaca sebelum belajar sangat merimaskan

Disebabkan tidak puas hati kaum majoriti,mereka memberontak namun tidak diterima kerana sistem demorkarsi berpelembagaan digunapakai yaitu guru kelas sebagai kuasa mutlak yang menentukan
pentadbiran kelas.Jadi penukaran ketua kelas perlu mengikut perlembagaan iaitu pemilihan pada tahun akan datang.

Tahun 2
Pemilihan dijalankan secara demokrasi.Akhirnya pemimpin no 2 dipilih menerajui kepimpinan.Hala tuju diubah.Menghapuskan kelas Islam kepada Kelas Islam Sekular atau bersederhana.Pemimpin tunduk kepada kuasa majoriti didalam kelas yang murid perempuannya adalah 70% perempuan dan 30% lelaki.Akibatnya,undang undang melebihi kepada pihak perempuan berbanding lelaki.Keputusan dibuat tanpa berbincang dengan pihak lelaki.Pihak lelaki yang minoriti diabaikan dan berlaku peneyelewengan sepenuhnya kepada wanita mengundang rasa ketidakpuasan hati.
Antara faktor penentangan ialah
*Perempuan berhak memilih tempat duduk yang diingini manakala lelaki perlu duduk ditempat yang ditentukan.(Perempuan duduk bawah kipas,lelaki duduk dekat ngan cikgu)
*Keputusan jamuan atau apa sahaja berkaitan kelas ditentukan oleh perempuan

Penggulingan tidak dapat dilakukan kerana guru kelas juga seorang perempuan ahahaha...sebab ketua kelas tu bermuka muka ngan cikgu dan cikgu pun sayang.Kedudukan dipertahan.Tipu helah digunakan bagi memburukkan pejuang yang memperjuangkan hak minoriti bagi mengekalkan kuasa.Mangsa ialah pemimpin no3 yang merupakan dibahagian pembangkang.Media sosial digunakan sebaiknyauntuk menyebarkan fitnah memburukkan ketua pembangkang.

Pemimpin Pembangkang Terlibat Skandal Duit Kelas
GUNA DUIT KELAS SEMATA NAK BELI ROTI JOHN???

Pembangkang seorang Gay sebab tu perjuang hak minoriti iaitu lelaki
PAKWENYA BERBANGGA PEROLEH SURAT CINTA DARI KETUA PEMBANGKANG

Tahun3
 Pemimpin ke 3 berkempen menentang fitnah terhadapnya dan cuba meraih simpati.Usaha ini berhasil atas beberapa faktor.
*Segelintir perempuan yang tersisih daripada diva diva yang berpengaruh dari majoriti menyampah dengan perangai diva dan rasa tersisih malah tertindas dengan tekan dan hinaan dari mereka.

Oleh itu perempuan yang segelintirtu menjadi atas pagar dan terpengaruh dengan dakyah simpati pemimpin no3 yang meminta simpati.Keghairahan mereka ingin menjatuhkan golongan golongan diva membuak menyebabkan mereka memilih pemimpin no3.Akhirnnya Pemimpin No3 terus menyebar fitnah kepada pemimpin no 2 bagi menambah keyakinan penyokong atas pagar

Akhirnya pemimpin No 3 berjaya menduduki kerusi pemerintahan ketua kelas.

Sistem atau polisi pemerintahan tidak banyak berubah iaitu memberikan kesamarataan kerana terdapat perempuan juga yang menyokong.
*Perempuan dan lelaki mendapat hak yang sama rata
*Keputusan dibuat dengan persetujuan majoriti dan bukan kuasa pusat.
*Laki pompuan boleh duduk sebelah sebelah dan couple


Namun begitu pemimpin no 3 tidak terlepas dengan penyalahgunaan kuasa yang menindas warga kelas itu.Antaranya,menggunakan kuasanya untuk menetapkan tempat belajar untuk mengusya awek dan mengurat.

Kesimpulan
Yang menetukan hala tuju dan masa depan sesuatu organisasi itu adalah rakyat dan pemilihan bergantung kepada kepentingan sendiri.Jikalau dilihat dinegara negara luar  dan di Malaysia
sendiri,
 Image result for donald trumpImage result for najib

pemimpin dipilih bagi memenuhi kepentingan sendiri berdasarkan apa yang mereka perjuangkan.Kehancuran organisasi disebabkan salah memilih pemimpin itu juga adalah salah rakyat kerana salah menilai perjuangan dan mementingkan kepentingan mengikut hawa nafsu kerana contoh diatas menunjukkan kita menolak yang baik kerana nafsu kita perlu dipenuhi.Kesimpulan yang dapat dibuat ialah,pikir dengan rasional sebelum membuat pilihan kerana pilihan kita adalah kesan kepada kita kelak.Hidup ini banyak pilihan.Sedangkan Tuhan pun memberikan pilihan.Syurga? atau Neraka?
Kenangan Berharga di Asrama SM Sains Banting
Solat Berjemaah DiSurau vs Solat Di Dorm

Benda ni paling aku tak suka.Perang Mazhab kononnya orang yang sembahyang berjemaah disurau ni lebih dimuliakan berbadning di dorm.Orang yang kt surau tu dah habis sekolah ni sembahyang tak jemaah kat masjid dan surau?Mesti tak kan?Kenapa?Allah ada kat Sains Banting jer ke?At least kat dorm pun istiqamah der.

Makananmu MakananKu
Kalau dapat makanan sedap bawak konfem la kena cari tempat terpencil kurang oran.Kalau tak jadi mangsa.Series talk lagi lagi time orang dah tak de duit.Time nak masak maggie tu la saat kritikal.Kena cari blind spot supaya tidak dijumpai.

Hamba Abdi
Mana lagi kau nak rasa nikmat hidup cemni.Bayangkan dah la air ngan elektrik percuma,makan pun ada subsidi dari kerajaan.Ade pulak hamba sahaya tolong gosokkan baju dan buat macam macam kerja.Saper hamba sahaya?Junior

Malam bersama rakan
Dulu aku selalu nak lepak ngan kawan sampai malam,tidur sesama.Buat apa yang tak leh buat kat rumah.Bebas.Itu semua rasa kat asrama jer.


BASIS (Sekolah Menengah Sains Banting) jutaan terimakasih kerana telah mengubah hidup saya sepertimana saya berada sekarang.Jasamu dikenang.Kau bagi aku macam macam.Terima kasih sangat sangat.Jumpa lagi 10 tahun.







Post a Comment

1 Comments

  1. Singgah pagi sini.. Adik, kalau nk check rank alexa tu juz masukkan url blog aje.. x perlu register.. kalau tak jumpa jugak kasi tau akak ye,.. nnti akak buat tuto.. :)

    ReplyDelete