Betulkah Wahed Invest Untung? Bagaimana Wahed Invest Mengurus Duit Kita? (1 Year Experience Review)

 


           
                WahedInvest adalah salah satu instrumen pelaburan syariah yang ada pada masa kini yang boleh dijadikan pilihan untuk anda meletakkan duit anda. Kebaikkan aplikasi ini adalah, jika anda berjaya mendapatkan rakan untuk melabur didalam aplikasi ini, anda dan rakan anda akan mendapat komisen setelah rakan anda deposit RM100 ke dalam Wahed Invest. Jadi apa Wahed Invest sebenarnya buat pada akaun kita?

               Wahed Invest adalah aplikasi robo-advisor yang menggantikan tugas penasihat kewangan iaitu manusia dalam tugas membeli saham. Bezake Wahed Invest dan Amanah Saham Bumiputera berfungsi. Ya sangat berbeza. Amanah Saham Bumiputera atau ASB dan Tabung Haji dan sebagainya? Dia macam kita bagi satu dana kepada pengurus dana, dan mereka akan diberi kepercayaan untuk melabur kepada saham saham yang berpotensi pada hemat pengurus kewangan. Kelebihan ASB,Tabung Haji dan KWSP adalah dana anda dijamin oleh kerajaan dan anda tidak akan sekali kali rugi kerana duit anda dijamin kerajaan dan setiap hujung tahun anda akan dapat dividen.

              Wahed Invest ini pulak sangat lain. Anda terdedah kepada risiko kerugian bergantung kepada portfolio yang anda pilih, Dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Harga kerugian adalah harga on-paper. Selagi anda tidak withdraw, selagi itu anda tidak rugi apa- apa.

            Bagaimana mekanisma Wahed Invest. Dia macam ni. Bayangkan anda ada duit, anda simpan dalam Wahed. Robot akan ramalkan dan dia akan agihkan duit anda berdasarkan portfolio anda dan laburkan kepada syarikat yang berpotensi mengikut portfolio perlaburan anda. Kalau anda pilih agresif, maka mereka akan laburkan duit anda disyarikat yang agresif risikonya.

            Kenapa kita akan ada kerugian bila guna Wahed Invest berbanding instrumen lain? Wahed Invest ini ibarat anda main saham. Mekanismanya adalah mekanisma saham dan berlainan dengan unit trust atau instrumen kerajaan yang lain. Kalau anda biasa main saham,cryptocurrency benda in adalah agak mudah untuk anda paham. Tapi jangan sedih. Saya pakar analogi akan berikan analogi paling mudah untuk anda paham.

           Kunci utama untuk untung besar dalam Wahed Invest adalah timing ataupun masa untuk anda masukkan duit. Bila anda masukkan duit pada waktu yang tepat, anda akan untung besar. Sebab itu Wahed Invest menggalakkan anda menyimpan seminggu sekali dalam Wahed Invest. Tapi kalau anda jenis nak invest sebulan sekali, maknanya anda kena peka dengan timing untuk masukkan duit.

          Bila masa yang sesuai untuk anda tambah duit dalam Wahed Invest? Jawapannya adalah pada waktu anda sedang rugi. Lagi banyak rugi, pada masa itu lah masa paling tepat untuk top up duit.


GILA!!!BODOHKE? TIME RUGI LA KENA WITHDRAW DUIT!!!! NAK BANKRAP KE ??? DASAR SCAMMER!!!!

          Jika anda berfikiran seperti ini, bermakna anda tiada pengalaman dalam pelaburan dan anda tidak sesuai untuk masuk kedalam dunia pelaburan. Laburkan lah duit anda didalam ASB dan kutip komisen anda setiap tahun dengan tenang.

Saya bagi analogi begini. Minyak masak contoh. Sekarang ni anda beli minyak masak pada harga RM25 harga purata. Tiba tiba satu hari harga minyak masak jatuh ke paras RM20 sebotol sebab diskaun. Apa anda akan buat? Anda beli banyak banyak betul. Sebab tak tau sampai bila diskaun tu and kalau beli banyak sekarang boleh tahan lama. So korang angkat la 13 botol. Tiba tiba sebab minyak masak habis laku keras. Minyak masak tinggal sikit. Supply sikit , demand banyak. Apa akan jadi?
Tauke naikkan Minyak masak sebotol RM40 sebotol. Anda masa tu baru pakai sebotol....ada 12 botol lagi. Apa anda akan buat? Jual la 10 botol. Dapat RM400.

       Sama juga lah Wahed Invest, kenapa beli time rugi adalah kerana pada waktu itulah waktu harga saham semua tengah murah. Masa tu la kita akan beli saham tu semua dengan harapan dalam sebulan dua saham tu akan stabil semula dan naik ke harga asal. Dari situ kita untung. Sama macam Cryptocurrency. Beli masa bearish market, jual masa bullish market. Jom tengok monthly statement dari Wahed Invest kalau nak faham.

           Ini adalah harga unit saham yang anda beli tiap hari yang direkodkan oleh Wahed Invest. Oleh itu tips untuk untung banyak. Jangan tambah duit masa anda tengah untung banyak. Apa yang akan jadi bila anda excited untung besar pastu anda top up lagi, apa akan jadi adalah potensi untuk rugi besar adalah tinggi. Hal ini kerana, ibarat minyak masak tadi. Anda beli minyak masak pada harga tertinggi iaitu RM40 sebotol. Esok lusa, kilang minyak masak dah mula supply banyak balik, harga jatuh kepada harga purata dia iaitu RM25. Anda dah rugi RM15 per botol, dan untuk tunggu dia naik ke RM40 sebotol perlukan masa, mungkin setahun sekali, so anda akan rugi buat masa yang lama.


Itu saja untuk perkongsian saya kali ni, kalau korang berminat untuk melabur didalam Wahed Invest, korang boleh gunakan referel code dibawah supaya sama sama kita dapat RM20 komisen percuma dari Wahed.

ahmrod2

Sekian, terima kasih asalamualikum.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ya betul tu, bila harga rendah, kat situ lah kita kena top up duit dalam simpanan wahed 😊 kalau nak menyimpan duit, bagus pakai wahed ni sebab duit yang disimpan dalam wahed akan bertambah lebih2 lagi untuk long term saving.

    ReplyDelete