Top 3 Drama China School Life Yang Best Dan Wajib Korang Tengok




       Drama adalah rencah hidup kita, setiap hari hidup kita pasti akan dipenuhi dengan drama. Tujuan drama itu sendiri adalah untuk menggambarkan realiti kehidupan seharian untuk dipaparkan dikaca TV supaya menjadi ibrah kepada semua yang menonton. 

       Untuk pengetahuan korang, saya suka tengok KDrama and CDrama juga. Tapi saya more into school life gitu. Kisah cinta zaman sekolah. Entahla maybe sebab zaman sekolah saya dulu tak pernah bercinta so yeah hanya mampu berangan je la tengok drama drama ni. Anyway entry kali ni adalah untuk saya bagi rating dan ranking Drama Cina genre School Life kegemaran saya dari Ranking 1 - 3 dan Saguhati which is Ranking ke 4. Korang jangan risau, aku punya review drama memang legit.


1. Dont Disturb My Studies


Rating: 10/10

Typical Chinese Drama School Life, mesti hero hensem dan genius, dan heroin lembab dan dungu and dorang sama sama strive nak create memori yang best untuk final year dorang. Tapi tidak untuk cerita ni. Cerita ini berjaya memecahkan tipikal school life cliche dan memecahkan tembok norma hero genius heroin bodoh yang selama ini di kitar semula pengarah school life drama. Cerita kali ni, heroin lak genius dan hero lak pemalas. Disebabkan ianya unik aku bagi perfect rating 10/10.

Apa yang korang boleh harapkan dari cerita ini adalah tiap episod korang akan gelak punya...dan ada la sikit yang akan buat korang menangis. Dan cerita ini adalah cerita cinta pertama dalam Cdrama yang aku tengok yang hero heroin tak bercium untuk tunjukkan dorang suka each other or intimacy. Ni yang aku paling suka. Kadang kadang director suka suruh hero heroin cium nak tunjukkan intimacy and cinta tapi tidak pada drama ni, sebab tu drama ni lain dari yang lain and deserve 10/10.

Sinopsis:

   Nan Xiangwan merupakan bos HR yang berjaya dimasa depan, tapi sunyi tak ramai kawan. Satu hari kawna baik dia datang jemput dia datang reunion party tapi Nan Xiangwan tak nak sebab dia tak ingat dan tak kenal sesiapa classmate dia so dia tak nak pergi. So kawan baik dia sedih, dia pun bagi la buku novel tulisan dia suruh Xiang Wan baca dan bagi pendapat. So, malam tu Xiang Wan baca novel tu dan tertidur. Bangun bangun dia dah travel back time ke time final exam of first year high school. Dia tak percaya yang dia dah balik masa lampau and pikir tu semua prank reunion, so dia tinggalkan dewan exam. Makin lama dia makin sedar yang dia ada dimasa lampau 10 tahun yang dulu. Bukan di masa dia sepatutnya. Pastu dia tak percaya, dia balik rumah jumpa mak dia masa muda.

   Dia dah mula terima hakikat yang dia dah travel back in time, dia pun ada satu misi. Di timeline asal, dia seorang pelajar cemerlang rank no 1 sekolah, tapi disebabkan ada satu masalah buat dia tak score Gaokao dia mcm SPM la. So dia tak dapat masuk top universiti di China seperti yang diimpikan. Disebabkan peristiwa tu, dia hidup susah, perjalanan dia nak jadi bos semua lambat dan late bloomer.So dia nak gunakan peluang time travel dia ni untuk elakkan peristiwa tu jadi, so dia pun berazam dia nak belajar betul betul nak masuk Top Universiti di China.

   Yang kelakarnya, first day dia time travel adalah time final exam yang menentukan kelas dia tahun depan. Sebabkan dia tinggalkan dewan exam dengan kertas kosong tak de jawapan. Dia dapat ranking last dan dipindahkan ke kelas paling belakang dan corot. Kelas budak nakal. Tapi Nan Xiang Wan ni jenis sombong and tak mengalah. Dia still nak study gak dalam kelas last tu dengan harapan dapat pindah kelas and teruskan impian dia masuk Top Uni. Classmate baru dia semua tak suka ngan Xiang Wan sebab sombong and berlagak, so dia asik kena buli tapi percubaan buli kelas belakang tu semua tak berjaya dan membuatkan citer ni kelakar.

    Tapi lama kelamaan dia sedar, yang hidup timeline asal zaman sekolah dia dulu sunyi, tak de kawan. so hari makin hari dia kat kelas belakang tu, dia makin seronok and belajar untuk buat kenangan and hidup ni bukan hanya untuk study je. Walau macam mana pun dia cuba maintain kan friendship dan pelajaran. Sebab tu tajuk dia Dont Disturb My Study.


Kat mana nak tengok? Kat Youtube ada wehhh free je.



2. Flourish In Time


Rating: 9.5/10

Apa yang aku suka dalam cerita ni adalah dia highlightkan struggle OKU student, so walaupun typical chinese cliche tu ada, tapi OKU struggles tu membuatkan cerita ni unik.

Sinopsis:      

        Flourish in time mengisahkan  tentang heroin Lu Miao ade seorang abang angkat bernama Jiang Hao Yue. Dorang berdua ni membesar bersama sama sejak kecik. Jiang Hao Yue ni seorang OKU. Dan kisah ni berkisarkan struggle Jiang Hao Yue ni sebagai OKU nak hidup macam biasa orang normal dan nak jadi abang angkat kepada Lu Miao seorang adik perempuan yang naif. Makin hari dorang makin rasa yang perasaan yang diorang rasa bukan lagi sayang sebagai adik beradik tapi lebih dari tu. 

       Hari ke hari dan makin banyak pengalaman yang dorang lalui, dengan masalah keluarga, Jiang Hao Yue mula menjauhkan diri dari adik dia sebab dia rasa dia ni lemah dan cacat and tak mampu jaga adiknya. Tapi dia still cuba berusaha and struggle untuk menjadi seorang yang boleh adiknya banggakan dan bergantung walaupun dia seorang OKU. 

       Disudut mata heroin which is adik dia, adik dia sering menjadi pembela, backup abang dia time kena kutuk, diejek sebagai OKU dan dimata seorang adik, walaupun abang dia OKU, tapi abangnya adalah seorang yang hebat. Sebab masing masing suka sama suka tapi tak nak confess. So dorang buat perjanjian takkan bercinta sampai kedua duanya masuk universiti.

Kat mana nak tengok? Kat Youtube ada, Iqiyi pun ada.


3. Our Secret


Dia still typical chinese drama, tapi kenapa aku listkan sebagai 3 walaupun tiada kelainan adalah sebab cerita ni cute.

Dia cerita pasal Ding Xian dia duk kampung pindah ke bandah sekolah budak pandai. Bapak dia pun cikgu kat situ. So jumpa la ngna Zhao Shi Yue macam kawan lama ayah dia. So time pergi rumah Zhao Shi Yue ni kenal kenal apa semua, mak si heroin terlepas cakap yang dorang ni dulu nenek ada plan nak kawinkan 2 orang ni bila dah besar. So kawan si hero ni terdengar memang kena bahan la.

Mak si Ding Xian ni cakap besar, yang anak dia ni kat kampung study bagus selalu no 1 ranking sekolah, banding ngan Zhao Si Yue ni ranking 40 lebih. Tapi  si Ding Xian ni lupa yang Zhao SHi Yue ni 40 lebih ranking dekat sekolah pandai ahahahaha. So si kawan Shi Yue ni bahan si Ding Xian ni so dia macam asyik gaduh la.

Ding Xian ni pun dia jenis introvert, dia susah nak fit in and adapt kat sekolah baru and cari kawan. So episod 2 pun dah boleh buat menitis air mata, time tengok ayah dia je sorang cikgu kat sekolah tu yang tak dapat hadiah hari guru. hmmmmm.

So apa yang aku suka dalam cerita ni adalah watak Ding Xian ni. Pelakon dia tak la lawa mana, tapi watak dia tu comel.....ahahah kalau aku nak ada bini nanti aku nak bini yang watak macam dia. Tak banyak cakap. Macam comel la. Ayu je cakap pun lembut.


4. Le Coup De Fodre (BONUS)


Rating : 8/10


Satu yang aku suka tentang cerita ni adalah aku suka character adik beradik kembar dalam cerita ni je. Zhao Qiao Yi dan Zhao Guan Chao. Tu je. Zaman sekolah dia je best, bila dah ke zaman dorang besar, cerita dah makin bosan dan macam sinetron.

Untuk pengetahuan korang, opening lagu untun drama ni dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia Joyce Chu so antara yang kita boleh banggakan la.


Itu saja untuk review Chinese Drama kalini. Kalau korang suka entri cemni jangan lupa komen dan share dan klik iklan yang ada dalam blog ni dan jumpa lagi di entri akan datang.

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya suka tengok chinese drama, yang 1 dengan 4 tu best haha. Yang lagi 2 tu tak tengok lagi :)

    ReplyDelete